View: 2302|Reply: 0
|
KSA akan halau jemaah yg tarak permit!!!
[Copy link]
|
|
Jemaah tiada permit diusir
KOTA suci Makkah setiap tahun dikunjungi umat Islam serata dunia.
|
Arab Saudi beri amaran kepada pekerja asing syarat haji 2008
JEDDAH: Pekerja asing ke Arab Saudi akan diusir serta-merta jika cuba mengerjakan haji tanpa memiliki permit, menurut amaran Gabenor Makkah, Putera Khaled al-Faisal, kelmarin.
Khaled berkata, pegawai keselamatan akan ditempatkan di Makkah dan bandar raya suci lain untuk mencari jemaah yang tidak memiliki permit haji dan mereka akan dikenakan denda berat.
"Mereka akan dikenakan hukuman yang dianggap sesuai , termasuk diusir," lapor agensi berita Saudi Press Agency (SPA) memetik gabenor itu sebagai berkata.
Khaled menggesa majikan tempatan mengarahkan pekerja mereka supaya mengikut peraturan.
Kempen kesedaran akan dilancarkan menerusi media untuk mengingatkan penduduk tempatan dan pekerja asing mengenai kepentingan mendapatkan permit haji bagi memastikan ibadat itu lancar.
Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan tetapi ramai umat Islam, terutama di Arab Saudi, berulang kali mengerjakan ibadat itu yang menyebabkan kesesakan di kawasan suci umat Islam dengan menduduki tempat awam dan kaki lima secara haram.
Beribu-ribu penduduk Arab Saudi dan warga asing mengerjakan haji setiap tahun tanpa permit haji dan tanpa berhubungan dengan agensi perkhidmatan haji. Mereka tidur di tempat awam, terutama di kawasan pejalan kaki antara Mina dan Muzdalifah dan sekitar kawasan membaling batu di Jamrat di Mina. � Agensi
bukannya sorang dua jemaah haji ni weyyyyy juta juta lemons!! bukannya kerja senang nak trace pekerja mana ada permit pekerja mana tadak permit yg buat haji nih.... aku rasa benda ni kena start dari belum musim haji lagi... mana2 yg keroja kat ksa tu... check ler dulu ada permit ke idok... senang sikit ler nak pantau bila depa nak buat haji lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|