|
i have fate in him...
he'll bring brighter future with his vision
Peace! Make love not war |
|
|
|
|
|
|
|
'Jangan kecewakan kami'
PENDUDUK pelbagai etnik di Amerika menulis mesej mengucapkan tahniah kepada Obama di sebuah papan besar di depan bangunan Lincoln Memorial, Washington, semalam.
|
Warga Arab mengharap Obama ubah hubungan AS, Asia Barat
KAHERAH: Walaupun kebanyakan orang Arab sedar Amerika Syarikat akan terus menyebelahi Israel, ramai masih menaruh harapan bahawa bakal Presiden, Barack Obama akan membawa perubahan lebih baik ke Asia Barat, rantau yang paling banyak menyaksikan perasaan benci terhadap Amerika.
Perubahan pentadbiran di Amerika dan tempoh George W Bush sebagai presiden yang hampir tamat menyumbang kepada pandangan lebih optimis ini.
Di sebuah salun di Kaherah, pengurusnya, Mahmoud Hassan berkata beliau lega dengan kemenangan Obama.
"Saya lihat diri saya dalam diri beliau - yang berwajah seperti kita, seseorang dari Afrika dan kini memerintah dunia.
"Jika saya terjumpa Obama, saya akan memberitahunya, tolong jangan kecewakan kami. Jangan biarkan harapan ini terus pudar dan biarlah kami rasa selamat dengan kamu," katanya.
Untuk sekian lama, pertumpahan darah di Iraq, kebimbangan bahawa Amerika akan berperang dengan Iran, penyalahgunaan kuasa di penjara Abu Ghraib dan Guantanamo mengukuhkan pandangan ramai bahawa Amerika adalah anti Arab dan pembuli Muslim.
Perasaan kecewa dan putus harapan semakin meluas dan tidak ramai yang percaya dasar Amerika akan berubah sampai bila-bila.
Sebelum kemenangan Obama, warga Arab mengingatkan diri supaya bersikap lebih realistik. Amerika, kata mereka, akan terus menunjukkan kuasanya dan sentiasa menyokong Israel.
Walaupun Obama ingin mengambil pendekatan baru di Iraq, Palestin dan peperangan terhadap keganasan, beliau mungkin tidak dapat melakukannya dan pada peringkat awal, beliau begitu sibuk menguruskan krisis ekonomi Amerika.
Cuma, bagi kebanyakan mereka, Obama nampak berbeza, mungkin kerana warna kulit, kaitan keluarga kerana bapanya dari Kenya adalah Muslim atau kewibawaanya.
Ramai juga percaya beliau akan bersikap lebih bersimpati terhadap Palestin atau mengadakan dialog mengenai isu berkenaan dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Ada yang menyaksikan pilihan raya dramatik itu di Amerika berharap perubahan demokratik sama boleh berlaku di negara Arab meskipun ditadbir pemimpin autokratik yang terus mengekalkan kuasa menerusi penipuan undi.
"Apabila Obama menang, saya rasa ia adalah impian rakyat Amerika. Saya menitiskan air mata kerana ia memberi saya harapan bahawa orang yang baik akan menang, dalam dunia ini di mana orang baik jarang menang," kata Iman Bibars, aktivis wanita dan penulis dari Mesir yang sering mengkritik Amerika dalam penulisannya.
Turut menjadi persoalan adalah tentangan Amerika terhadap Iran kerana program nuklearnya dan pengaruh Teheran yang semakin meningkat di Asia Barat. � AP
yg perang lawan pakistan tu kena stop tuh!!! habis ramai mati civilian pakistan pasai perang nih!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Barisan Kabinet Obama?
Barack Obama dijangka mengumumkan barisan Kabinet beliau bagi memulakan usaha menangani krisis ekonomi serta isu-isu lain termasuk perang di Iraq dan Afghanistan. Berikut adalah calon-calon yang mungkin dipilih:
SETIAUSAHA PERTAHANAN
- Robert Gates: Setiausaha Pertahanan sekarang. Pernah bertugas sebagai Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) dari tahun 1991 hingga 1993.
- Richard Danzig: Salah seorang penasihat rapat Obama. Pernah berkhidmat sebagai setiausaha Tentera Laut di bawah Presiden Bill Clinton.
SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
- Lawrence Summers: Pernah memegang jawatan tersebut di bawah pentadbiran Clinton. Bekas Presiden Universiti Harvard dan merupakan penasihat tertinggi Obama.
- Timothy Geithner: Presiden Bank Rizab Persekutuan New York. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Rendah Perbendaharaan untuk hubungan luar di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton.
SETIAUSAHA NEGARA
- John Kerri: Senator dari Masschussetts pernah menjadi calon Presiden mewakili Parti Demokrat pada pilihan raya Presiden 2004.
- Sam Nunn: Bekas Senator dari Georgia yang kini mempengerusikan Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat.
- Chuck Hagel: Senator dari Nebraska yang terkenal sebagai bermulut celupar dalam Jawatankuasa Hubungan Luar, adalah antara anggota Republikan yang lantang mengutuk pencerobohan Iraq.
PENGARAH PEJABAT PENGURUSAN DAN BELANJAWAN
- Peter Orszag: Mengetuai Pejabat Belanjawan Kongres sejak Januari 2007 dan pernah menjadi penasihat ekonomi kepada Presiden Bill Clinton.
WAKIL PERDAGANGAN AS
- Dan Tarullo: Seorang profesor di Fakulti Undang-Undang di Universiti Georgetown. Pakar perdagangan dan ekonomi antarabangsa. Pernah menjadi pembantu kanan White House kepada Clinton.
PEGUAM NEGARA
- Eric Holder: Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Peguam Negara di bawah Clinton. Penasihat kanan undang-undang dalam kempen Obama.
- Janet Napolitano: Gabenor Arizona, dipilih buat kali pertama memegang jawatan itu pada tahun 2002 dan sekali lagi pada 2006.
SETIAUSAHA PERTANIAN
- Tom Vilsack: Bekas Gabenor Iowa yang merupakan negeri pertanian yang diperjuang Obama. Pada tahun 2006, beliau menjadi anggota Parti Demokrat pertama mengumumkan pencalonan merebut jawatan Presiden sebelum menarik diri dan menyokong Hillary Clinton.
- Kathleen Sebelius: Gabenor Kansas, dipilih semula untuk memegang jawatan tersebut untuk penggal kedua pada 2006 dan pernah dianggap sebagai calon Naib Presiden.
- Charles Stenholm: Bekas anggota Kongres daripada Parti Demokrat di Texas, merupakan seorang pengeluar kapas sebelum bertanding ke Kongres. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Obama, Bush discuss world of challenges
Gambar AFP US President George W. Bush (L) and First Lady Laura Bush (2nd L) greet president-elect Barack Obama (R) and his wife Michelle at the South Portico of the White House in Washington, DC. Obama and Bush held their first meeting at the White House on Monday, a cherished US political ritual ahead of the president-elect's historic January 20 swearing-in.
|
WASHINGTON (AFP) - US president-elect Barack Obama, on his way to his historic January 20 swearing-in, held his first face-to-face talks with President George W. Bush on Monday and got his first look at the Oval Office.
Bush and Obama, who routed the incumbent's fellow Republican and chosen successor John McCain in the November 4 election, met privately for about an hour in the chamber from which the US president makes world-shaping decisions.
Obama and wife Michelle Obama had arrived about 10 minutes early for their two-hour visit and got a warm welcome from Bush and First Lady Laura Bush at the mansion's South Portico, a gateway to the mansion for many world leaders.
As their wives took a tour of the 132-room White House's residential areas, the 43rd president and his successor strolled along the Rose Garden and into the Oval Office, Obama's first ever visit to the storied seat of power.
Bush guided Obama into the room for private, one-on-one talks 71 days before the Democrat formally becomes the first black US president and inherits two wars and a global economic crisis that some compare to the Great Depression.
The outgoing leader described the talks as "good, constructive, relaxed and friendly," said spokeswoman Dana Perino.
"They spoke about both domestic and international issues, though since it was a private meeting the White House will decline to comment on specifics." Bush also showed Obama the living quarters at the White House, including the office the president uses, the famed Lincoln Bedroom, and the rooms for Obama's two young daughters, said Perino.
"The president enjoyed his visit with the president-elect, and he again pledged a smooth transition to the next administration," said the spokeswoman.
Obama for his part thanked Bush "for his commitment to a smooth transition and for his and First Lady Laura Bush's gracious hospitality in welcoming the Obamas to the White House," said Obama transition spokeswoman Stephanie Cutter.
The "productive and friendly" talks focused on efforts to ensure a smooth transition given the economic and national security challenges at hand, she said in a statement. Laura Bush showed Michelle Obama around the residential section and talked about raising children in the White House, with the First Lady sharing her experience with twin daughters Jenna and Barbara, said Cutter.
Obama's young girls, Sasha, 7 and Malia, 10, will be the youngest children living in the presidential mansion in a generation.
The Obamas flew in from their hometown of Chicago for the rite of passage, a highly symbolic step in the first US presidential transition since the September 11, 2001 terrorist attacks, and flew back shortly after.
With Bush and Laura Bush standing outside on the sunny but chilly day, Obama's armored limousine pulled up and the 44th president got out first, then helped Michelle Obama, who was wearing a bright red dress, out of the vehicle.
Obama, who won the White House in a bitterly fought campaign in which the Democrat pounded on the vastly unpopular incumbent's "failed policies," later flew back to Chicago.
The two leaders, who made no public remarks, observed US political custom, muting their deep differences and any resentments to share an in-depth discussion in private of the world of challenges that awaits Obama.
Earlier, the president-elect seized a chance at a rare moment of family routine, dropping his young daughters at their Chicago school for the first time since his decisive victory.
The carefully choreographed political truce came as Obama's advisers pored over eight years of Bush decisions with an eye on reversing course, including on curbs on federal funding for embryonic stem cell research and moves to open new lands to oil drilling.
The two leaders had been expected to talk about the wars in Iraq and Afghanistan, as well as the November 15 summit in Washington on the global economic meltdown -- though Obama was not expected to take part.
The Monday meeting came sooner after the election than usual, and far earlier than Bush's own similar talks with then-president Bill Clinton, which had to await a Supreme Court ruling that ended the botched 2000 election.
The president-elect, who had not been inside the Oval Office until Monday, recalled in his memoirs, "The Audacity of Hope," a memorable visit to the White House for a breakfast for new senators shortly after the 2004 election.
Bush called him over, introduced him to Laura Bush, got some hand sanitizer from an aide, and offered it to the bemused Illinois senator, who accepted, he recalled, "not wanting to seem unhygienic." Bush also gave chilling advice to the up-and-coming Democrat, warning that his stunning rise meant people would "start gunning for you" and cautioning: "Everybody'll be waiting for you to slip, know what I mean, so watch yourself." |
|
|
|
|
|
|
|
Obama di White House
OBAMA dan Bush berbual di Oval Office. White House kelmarin.
WASHINGTON - Terbit sahaja matahari Barack Obama akan menghantar dua anak perempuannya ke sekolah di Chicago tetapi menjelang tengah hari beliau sudah berada di Oval Office di White House, lapor sebuah akhbar semalam.
Begitulah hebatnya kehidupan Obama dan isterinya, Michelle.
Obama sempat mengucup dua anak perempuannya, Malia, 10 dan Sasha, 7, serta membantu mereka keluar dari kereta kalis peluru sebelum kedua-dua pergi ke pekarangan sekolah.
Namun, Obama kemudian bergegas ke White House yang menempatkan pejabat serta kediaman Presiden AS.
Namun, White House tidak pernah menyaksikan perpindahan kuasa paling bersejarah sejak lebih 200 tahun pembentukan Amerika Syarikat (AS).
Hampir 22 bulan sejak Obama memulakan kempen, beliau kini boleh bermimpi untuk berjalan memasuki Oval Office sebagai Presiden AS pertama berkulit hitam.
Kelmarin, sudah tertulis dalam sejarah bahawa beliau melihat sendiri keadaan pejabat barunya untuk tempoh empat tahun akan datang.
Beliau tidak akan memperoleh 'kunci' ke White House sehingga majlis angkat sumpah diadakan pada 20 Januari depan.
Ketika Obama dan Presiden George W. Bush berbual-bual di Oval Office, wanita pertama AS, Laura Bush menemani Michelle melawat kompleks White House yang mempunyai 132 bilik.
Kedua-dua pemimpin itu menekankan bahawa perlunya peralihan kuasa dilakukan dalam keadaan lancar terutama ketika AS berhadapan dua perang dan krisis ekonomi.
Setiausaha Akhbar White House, Dana Perino berkata, kedua-dua pemimpin itu berbincang panjang lebar dan semuanya berjalan dalam suasana harmoni dan konstruktif.
"Saya tidak fikir ada antara kita yang akan faham situasi itu kerana mereka berada di dalam kedudukan sangat berbeza untuk memimpin negara ini," katanya.
Bush turut menunjukkan Obama kawasan kediamannya termasuk pejabat Presiden, bilik tidur Lincoln dan bilik untuk dua anak gadisnya.
Sementara itu, White House semalam enggan mengesahkan laporan bahawa Obama menekan Bush untuk menyediakan bantuan kepada industri kereta AS yang terjejas akibat krisis kewangan global.
Jurucakap White House, Tony Fratto berkata, perbualan antara Bush dengan Obama kelmarin adalah kekal bersifat peribadi. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Kod rahsia Obama
GAMBAR fail ini menunjukkan Obama berlari bersama-sama anggota-anggota perisikan rahsia di Stadium Ed Smith, Sarasota pada 30 Oktober lalu.
WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memilih nama Renegade sebagai kod perbualan yang merujuk kepada dirinya di kalangan anggota-anggota perkhidmatan rahsia AS, lapor sebuah akhbar semalam.
Isteri Obama, Michelle dan dua anak mereka, Sasha dan Malia masing-masing memilih nama Renaissance, Rosebud serta Radiance.
Pemilihan nama kod itu bukanlah sesuatu yang baru di kalangan penghuni White House kerana ia merupakan tradisi sejak lebih 100 tahun lalu.
Preiden George W. Bush yang akan bersara pada 20 Januari depan dan isterinya, Laura mahu mereka dikenali sebagai Trailblazer serta Tempo.
Penggunaan nama kod oleh anggota-anggota perkhidmatan perisikan bukanlah satu rahsia tetapi ia merupakan amalan biasa di Washington.
Obama mempunyai kata putus dalam memilih nama kodnya yang akan digunakan oleh pegawai pengiring apabila beliau berbisik kepada mikrofon yang terselit di lengan baju.
Beliau diberi beberapa pilihan dengan nama tertentu yang bermula dengan abjad R.
Semua ahli keluarga White House akan memiliki nama kod yang bermula dari abjad yang sama.
Perkhidmatan rahsia yang bermula pada 1865 bertujuan untuk mengelak penipuan dan mereka ditugaskan untuk melindungi Presiden.
Agensi itu dipindahkan ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada 2003 dan mereka kini bukan sahaja melindungi Presiden dan Naib Presiden tetapi turut ditugaskan melindungi para pegawai tertentu serta tetamu asing.
Senarai nama kod pelindungan khidmat agensi rahsia dikeluarkan oleh Agensi Komunikasi White House iaitu satu cabang ketenteraan yang berkhidmat khas untuk White House dan perkhidmatan rahsia.
Ia mencari nama yang senang disebut dan mudah difaham menerusi perbualan radio.
Regu Obama, Joe Biden memilih nama kod Celtic tetapi bekas calon Presiden daripada Parti Republikan, John McCain, memilih nama Phoenix manakala isterinya, Cindy, dikenali sebagai Parasol.
Sarah Palin menggunakan nama kod Denali dan suaminya yang bekerja dalam industri petroleum memilih nama kod Driller. - Agens |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 14-11-2008 09:20 AM
Kod rahsia Obama
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1114/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg
GAMBAR fail ini menunjukkan Obama berlari bersama-sama anggota-anggota perisikan rahsia di Stadium ...
Thanks for the all info shared by you
it was great to read 'em.. |
|
|
|
|
|
|
|
Obama terima banyak 'mel maut'
Ancaman bunuh ke atas Presiden kulit hitam pertama Amerika meningkat
WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjadi Presiden terbanyak menerima ancaman, termasuk ugutan bunuh berbanding pemimpin sebelumnya.
Pasukan Perkhidmatan Perisikan bagaimanapun enggan mengulas atau memberikan butiran mengenai bilangan kes siasatan berhubung ancaman berkenaan.
Bagaimanapun sejak berakhirnya pemilihan Presiden pada 4 November lalu, pegawai keselamatan mengakui menerima banyak aduan berhubungan ancaman dalam bentuk tulisan, paparan di internet dan kegiatan seumpamanya yang ditujukan kepada Obama yang muncul Presiden kulit hitam pertama negara itu.
“Apa yang pasti, Obama menjadi Presiden paling banyak menerima ancaman berbanding Presiden sebelumnya,” kata pegawai yang enggan dikenali atas alasan isu keselamatan Presiden sememangnya sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Awal minggu ini, pihak Perkhidmatan Perisikan menyiasat kes membabitkan ancaman dalam bentuk papan tanda diletakkan pada sebuah pokok di Vay, Idaho.
Ia antara lain memaparkan nama Obama, lengkap dengan tawaran menggantungnya di depan khalayak ramai.
Di Carolina Utara, pegawai hak asasi awam, turut membuat aduan mengenai tulisan menghina Obama yang ditemui dalam sebuah terowong dekat kampus Universiti North Carolina State.
Di sebuah pasar raya Maine, wartawan agensi berita Associated Press (AP), mendakwa melihat satu papan tanda mempelawa orang ramai bertaruh bilakah tarikh Obama menjadi mangsa dibunuh pembunuh upahan.
Malah, papan tanda itu turut memaparkan nilai taruhan sebanyak AS$1 (RM3.20 sen) bagi tekaan tarikh ‘The Osama Obama Shotgun Pool,’ yang secara terang-terangan mengaitkan Obama dengan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
“Wang ini akan dimenangi mereka yang dapat meneka tarikh serangan ke atas Obama. Semoga kita ada pemenangnya kelak,” kata papan tanda itu yang sudah dialihkan. - AP
the price for getting too femes and pawaful!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pemenang Hadiah Nobel sertai kabinet Obama
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2257256.asp
WASHINGTON - Barack Obama melantik pemenang Hadiah Nobel dalam bidang fizik, Steven Chu sebagai Setiausaha Tenaga dengan meminta saintis tersebut mencari alternatif kepada sumber tenaga pada masa ini.
Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata keutamaan pentadbiran beliau ialah menamatkan pergantungan AS terhadap minyak asing dan berusaha memerangi masalah perubahan cuaca.
Ketika mengumumkan pasukan alam sekitarnya, Obama berkata pergantungan tenaga AS kian meningkat ketika sumber-sumber tenaga di dunia semakin susut.
Obama juga berikrar untuk melakukan beberapa perubahan besar dalam dasar-dasar mengenai alam sekitar.
Menurutnya, selepas lapan tahun, AS tidak lagi boleh menerima janji-janji palsu apabila pentadbiran baru mengambil alih kuasa pada 20 Januari depan.
Beliau juga berikrar untuk menjadikan isu alam sekitar sebagai keutamaan selain berusaha mewujudkan 2.5 juta peluang pekerjaan baru.
AS perlu keluar daripada pergantungan terhadap minyak asing dan berusaha mewujudkan ekonomi baru, katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Obama umum beberapa nama duduki jawatan penting
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_05.htm
CHICAGO 16 Dis. - Barack Obama semalam mengumumkan calon-calon beliau untuk mengetuai Jabatan Tenaga dan agensi alam sekitar Amerika Syarikat (AS).
Ketika membuat pengumuman itu, Obama menjanjikan era baru kepimpinan AS dalam memerangi ancaman perubahan iklim selepas lapan tahun pentadbiran Republikan gagal bertindak terhadap ancaman tersebut.
Obama mencalonkan ahli fizik yang pernah memenangi Hadiah Nobel, Steven Chu sebagai Setiausaha Tenaga AS dalam pentadbiran beliau nanti.
Pemilihan itu meletakkan Chu, seorang pakar mengenai sumber tenaga boleh diperbaharui, di barisan hadapan dalam menggubal dasar mengenai perubahan iklim dan menamatkan pergantungan negara ini kepada minyak import.
"Usaha ini akan menjadi keutamaan dalam pentadbiran saya dan ujian penentuan bagi masa depan kita.
"Kita tidak boleh alpa dan tidak boleh lagi menerima janji-janji kosong," kata Obama kepada wartawan di sini.
Menyertai pasukan Chu ialah ketua kakitangan Gabenor New Jersey, Lisa Jackson yang dilantik sebagai ketua Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).
Obama juga melantik Carol Browner yang pernah berkhidmat sebagai ketua EPA di bawah Presiden Bill Clinton, untuk mengetuai sebuah majlis baru yang akan menyelaraskan dasar-dasar White House berhubung tenaga, iklim dan alam sekitar.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
too femes |
|
|
|
|
|
|
| |
|