|
Aku ulangi,
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman. (QS. 51:55)
Tapi korang telah menolak manfaat itu dan lihatlah bagaimana daripada penolakkan itu akan keadaan hidup korang sekarang ni, adakah korang dapat istiqamah solat berjemaah ke masjid setiap hari?, adalah korang rasa sedih bila tengok masjid kosong?, adakah korang akan susah hati jika melengahkan solat dengan sengaja? adakah korang semakin sayang atau semakin benci terhadap orang yang memberi peringatan?
Kalau korang betul betul nak tolak hadith daif, korang kena ada ilmu dulu, jangan nak tolak sebarang jer, korang sekurang-kurangnya kena ada ilmu Asbabil Hadith(ilmu munculnya hadith), ilmu Rijalil Hadith (Ilmu tentang orang-orang yang penting meriwayatkan hadith), Ilmu Al-Jarh Wat-Ta抎il, (Ilmu tentang kebengkokkan Dan Meluruskan hadith) dan ilmu Mushtalahui (Ilmu tentang istilah yang berlaku dalam hadith)
Dan aku percaya jika berkumpulnya semua ulamak akhir zaman hari ini, dan cipta satu nasihat atau pendapat, maka tarafnya adalah jauh lebih rendah daripada mana mana hadith Daif, kerana hadith daif adalah dari Nabi sendiri, Cuma dilemahkan kerana kesilapan perawi dan ulamak terdahulupun tidak berani mengatakan ianya palsu sebab memalsukan apa yang Nabi sabda boleh masuk neraka.. faham?
Aku bagi contoh standard budak tadika pulak, jika hadith soheh berkata jangan lalu lorong itu nanti kena gigit, kemudian ada pulak hadith daif yang berkata jangan lalu lorong tu nanti kena gigit oleh ular, maka orang bodoh jer yang tolak hadith daif tu sebab kena gigit dengan ular adalah bahaya jugak, faham tak?, arghh, malas aku nak ulas..
Kawan, sebenarnya ini bukan zamannya korang nak tolak hadith hanya dengan tafsir ustaz ustaz yang belum khtam ilmu hadith, sebab ulamak terdahulu dah buat kerja dia, mereka dah kaji hadith dan telah pecahkan ikut katogori masing masing, Imam Bukhari misalnya, telah catit 100, 000 Hadith, dan telah kaji maka 5000 sahaja hadith yang soheh, dan bakinya di pecahlan lagi kepada hadith daif dan hadith palsu...,
Begitu juga Ulamak sepeti Imam Muslim, dan pendek cerita ulamak telah bersetuju bahawa 6 kitab yang di kenali sebagai Al-Kutubusittah, iaitu kitab Sunnan Ibnu Majjah, Sunan Tarmidzi, Sunan An-Nasai, Sunan Abu Daud, Bukhari dan Muslim.. adalah kitab yang tidak akan sesat bila di rujuk...
Dan ada tambahan bahawa kitab Sunan Ahmad yang ditulis oleh Iman Ahmad bin Hambal, dan kitab Muwattha yang di tulis oleh Imam Malik juga tidak akan sesat jika di rujuk...
Aku juga memetik kata kata Bey Arifin seorang penterjemah hadith yang menulis;
"Ugama islam itu sempuna kerana adanya Al quran, 8 kitab Hadith soheh dan berpuluh puluh kitab hadith Daif.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
boleh tahan gak HENTAMAN dari mu
mungkin ada yg mahu mula memikirkannya
atau terus menDUNGU.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya edit sikit.. bahasa entah apa-apa... tuan rumah lain kali kalo nak tulis ke nak kopi pes banyak-banyak menda, mohon lah review dulu... mana-mana yg bahasa ntah apa-apa tu tolong lah tukar kan pada yg sedap sikit di dengar. Jangan lah main letak atau kopi pes je kat sini.
[ Last edited by antiQue at 17-11-2008 02:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sapa makan cili dia merasai la pedasnya....
hihihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ieyla1979 at 17-11-2008 09:11 AM
sapa makan cili dia merasai la pedasnya....
hihihihihi
Bukan bab tu.. tapi bab bahasa... janganlah guna bahasa mencarut lucah bagai dalam ni.. nak bercakap pasal islam guna lah yang lebih sopan. |
|
|
|
|
|
|
|
xder yg mencarut @ perkataan lucah pun mod .....
memang inilah yg berlaku skrg akibat FAHAMAN SALAFI & WAHABI ...
MENGANGGAP HADIS DHOIF ITU SAMA MCM HADIS MAUDHU' @ MUNGKAR ....
CAYA LAH IEYLA .... GUA SUKA LU PUNYA POSTING .....
TERUSKAN PERJUANGAN LU ....
WALLAHU A'LAM ...
p/s : thread nih bagus sebenarnya ... x payah delete la mod ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 sirri_khafi's post
Saya dah edit memang lah ustaz tak nampak dah perkataan mencarut tu , yg tu tinggal bahasa yg agak-agak sopan je kat atas tu ustaz.. yg merepek sumer saya dah buang
Tak.. tak terniat nak delete pun.. saya tegur pembuka thread bab bahasa tu je... just as a reminder minta lain kali kalo nak buka thread bahasa tu jaga... tak guna cakap pasal islam berdegar-degar last-last mencarut.
[ Last edited by antiQue at 17-11-2008 11:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ieyla1979 at 16-11-2008 09:46 AM
Korang terus rujuk ustaz sekian-sekian yang tolak hadith daif, dan aku tak pelik, sebab akhir zaman ni ramai ustaz ustaz yang perasan betul, ustaz syiah, ustaz wahabi, ustaz salafi, ustaz al arqam dan macam macam ustaz lagi ler, yang mana bila ceramah kutuk kitab yang ada hadith daif, keluar fatwa haram baca kitab hadith daif.. bla, bla, bla..
Heheh...ustaz tabligh takder ker??
|
|
|
|
|
|
|
|
ok lah mod..aku minta maaf la....
maafkan aku..maaf kan aku...maafkan aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
x ada mata ganjaran kat MOD....hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ieyla1979 at 16-11-2008 09:52
Nanti bila korang lambat bayar dan aku petik hadith dari kitab MaulanaZakaria bab azab melengahkan hutang, korang langsung selamba tak takutsebab hadith tu daif dan mungkin palsu kata korang, maka korangpun taktakut dengan azab Allah dari Hadith daif tu, dan korangpun untungkerana menolak hadith daif sebab boleh lupa hutang aku dan aku pulakyang rugi sebab bagi hutang pada korang yang menolak hadith daif, makasilalah berambus dari hidup aku dan pergilah mintak hutang dengan oranglain...
pasal tang nie, tak merujuk Quran pung aku kena tau hutang tu harus dilunaskan secepat mungkin........ sbb nanti kita akan menyusahkan org yg bagi kita pinjam...... bab azab tu aku tak pasti laa, tapi selaku pemiutang, terasa gak azabnya bila si peminjam mendiamkan diri je bila sampai masa yg dijanjikan nak bagik pulang duit...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ieyla1979 at 16-11-2008 09:52
Aku bagi contoh standard budak tadika pulak, jika hadith soheh berkatajangan lalu lorong itu nanti kena gigit, kemudian ada pulakhadith daif yang berkata jangan lalu lorong tu nanti kena gigit olehular, maka orang bodoh jer yang tolak hadith daif tu sebab kenagigit dengan ular adalah bahaya jugak, faham tak?, arghh, malasaku nak ulas..
lebey kurang cam nie kot?!
Al- Baqarah
[67] Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
[68] Mereka berkata pula: " Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu? " Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
[69] Mereka berkata lagi: " Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
[70] Mereka berkata lagi: " Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
[71] Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
[72] Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
sib baik kaum Nabi Musa tak bertanya lagik bahagian mana yg Allah maksudkan dgn "sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu"........
Al- Baqarah [73] Maka Kami (Allah) berfirman: " Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
sumber rujukan: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
[ Last edited by Acong at 18-1-2009 10:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapakah Imam Ghazali digelar "Hujjatul Islam"? Oleh majoriti ulamak zamannya?
Ada orang kata gelaran itu kerana khidmatnya. Imam Ghazali telah mengutip pelbagai hadith dan amalan yang telah hilang dari umat Islam (termasuk hadith yang dianggap dhaif ) dan memuatkan mereka dalam kitab2nya seperti Ihya Ulumuddin, Minhajul 'Abidin dll untuk kegunaan umat Islam meningkatkan amal mereka dengan yakin kerana keyakinan mereka dengan ilmunya.
Imam Ghazali bukan seorang yang ignorant. Mustahil dia tak tahu perkara asas seperti hukum menyampaikan hadith palsu, dia seorang yang ilmuan. Dia melakukan perkara itu dengan sedar untuk berkhidmat memperbetulkan ugama, berkhidmat kepada umat Islam yang pada zamannya begitu terkeliru dan terpesong.
Dengan ilmu yang diberi Allah kepadanya, dia telah dengan sukarela menawarkan khidmatnya untuk kita, sebagai "Hujjatul Islam" - penghujah bagi orang Islam. Di akhirat kelak, inshaallah, Imam Ghazali lah yang akan menjadi penghujah untuk hadith-hadith yang dhaif yg dimuatkan dalam kitab2nya, kitab2nya yang sehingga kini masih menjadi bahan ilmuan, rujukan dan panduan kepada umat Islam.
Kita yang tak ada ilmu macam dia, fokuslah kepada peningkatan amal kita, jangan dok fokus pasal nak berhujjah, tambahan dengan ilmu kita yang sedikit - kot-kot habis masa dok berhujjah ajer, nak beramal tak sempat!
[ Last edited by always_typo at 23-1-2009 09:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 always_typo's post
imam al ghazali sedar bahawa ILMU ITU ADALAH UTK MENDEKATKAN DIRI KPD ALLAH , meningkatkan iman & yaqin terhadap perkara2 ghaib seperti AKHIRAT dll ...
sebab itulah beliau akhirnya meninggalkan aliran falsafah , ilmu kalam & ilmu perbezaan @ pemikiran bermazhab @ perbezaan mazhab2 dll ...
dan akhirnya beliau cenderung dgn ilmu tasauf yg bermatlamatkan REDHO ALLAH & KEBAHAGIAAN AKHIRAT ...
natijah ILMU itu adalah ZIKRULLAH & AMAL ...
ILMU itu tidak sama dgn TEKNOLOGI MAKLUMAT ....
seandainya beliau hidup di zmn ini ... pastilah beliau akan menyertai jemaah tabligh ...
P/S : ALFATIHAH KPD IMAM AL GHAZALI RAH & SYAIKH MAULANA ZAKARIYYA AL KANDHALAWY RAH ...
WALLAHU A'LAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan umah nak tanye sket ble? saya ni orang baru x la baru sangat, tapi kurang arif lagi tentang stail penulisan dan penaipan tuan umah ni, jadi x dapat la nak beza sangat samada posting tuan umah tu original karang sendiri ke copy paste je? kalu copy pes x pe la.. tapi kalau karang sendiri.....ermmm.
saya nih suka baca pendapat2 macam ni, tapi kalau pendapat tu berbaur emosi, bahasa pun agak kasar, jadik mcm x sedap plak nak baca... mcm org xpuas ati jek bunyi... kot ye pun nak kasi kesedaran ke, rasanye lebih elok dalam bahasa dan intonasi yang lebih beradap.. saya kalau dengar orang bagi pendapat sambil hangin2 satu badan mcm ni, saya undur diri jek, wat tak tau aje la... nasib baik ni takat baca je. x yah undur2 diri bagai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|