View: 3739|Reply: 6
|
Set-top box: Pendapat anda?
[Copy link]
|
|
Kotak atas set (bahasa Inggeris: set-top box, STB) ialah sejenis peranti yang menyambungkan televisyen dengan sumber isyarat luaran, menukar isyarat itu menjadi kandungan untuk dipaparkan dalam skrin televisyen.
Televisyen digital
Kotak atas set digital khas disediakan untuk penerimaan siaran televisyen digital pada set-set TV yang tidak dipasang penala digital. Bagi sistem satelit siaran langsung (mini-dish) seperti Astro, kotak atas set merupakan penerima/dekoder bersepadu (integrated receiver/decoder, IRD).
Dengan ketibaan televisyen terestrial digital yang akan menggantikan televisyen analog, para penonton haruslah membeli kotak atas set yang sesuai mengikut piawaian setempat yang ditetapkan (ATSC di benua Amerika Utara dan Korea Selatan; ISDB-T di Jepun dan Brazil; DMB-T di China (termasuk Hong Kong); dan DVB-T di Eropah, Australia dan kebanyakan negara Asia), atau membeli set TV baru yang dipasang sedia penala digital yang juga menepati piawaian setempat.
Sesetengah kotak juga sedia dipasang perakam video digital (digital video recorder, DVR) yang biasanya menggunakan data penjadualan panduan rancangan elektronik dan merakamkan kandungan ke dalam cakera keras dalaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 93933\ catat
Apa pendapat yg ko nak suruh bagi??
Broadcasting kiter masih lagi dlm analogue...belum digital lagi..RTM jer yg dah start buat trial digital broadcasting ni untuk certain customer area Klang Valley...
So pendapat aku belum tiba masanyer lagi...heh!heh!heh! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 danedzya\ catat
Cuma setakat info saja tau. Kalau set-top box dapat menerima semua saluran TV terrestrial berkualiti digital kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by danedzya at 2-12-2008 01:11 AM
Apa pendapat yg ko nak suruh bagi??
Broadcasting kiter masih lagi dlm analogue...belum digital lagi..RTM jer yg dah start buat trial digital broadcasting ni untuk certain customer area Klang Val ...
x adanya.. yg ada RTM sedang menjalankan peniktarafan utk HDTV itu je, istilah digital kat atas kurang tepat, rtm masih guna channel 5 (rtm1) dan 8 (rtm2) masih dalam VHF (dipancar dari menara kl ) danTV3 dalam channel 12 dari pemancar bukit besi (kemudiannya channel 29 juga utk lembah kelang dari ulu kali )termasuk ntv7 ( pemancar ulu kali dlm channel 37 ) di lembah kelang. semua signal dipancar secara analog melalui stesen pemancar yang dikendalikn oleh Telekom Malaysia
setup box tu untuk siaran digital atau HDTV nanti...
biasanya perlu ada decoder card utk menukar isyarat digital/analog masuk kepada isyarat digital/analog terima supaya boleh dimainkan dikaca tv
memanndangkan bukan semua akan mampu memiliki hdtv ni dan pengguna yang masih gunakan tuner analog STB atau STU juga akan mengubah isyarat digital/analog
[ Last edited by sudugarpu at 3-12-2008 07:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 sudugarpu\ catat
Yang bagusnya set-top box dilengkapi dengan alat perakam video digital yang berkapasiti 6 terabait, boleh merakam pelbagai pilihan program TV terutama cerita-cerita best tak kira jenis animasi/anime, filem/movie dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 93933's post
bukan semua ada recorder..
ada kos xtra tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|