View: 3272|Reply: 4
|
Santa Claus Mengamuk - Bunuh 10 orang -
[Copy link]
|
|
Santa Klaus amuk, lapan terbunuh
SEKUMPULAN anggota bomba memadam kebakaran rumah yang
menjadi mangsa Santa Klaus mengamuk di Covina, California Khamis lalu.
LOS ANGELES - Seramai lapan orang terbunuh selepas seorang lelaki yang memakai kostum Santa Klaus mengamuk di rumah bekas mertuanya, kata para pegawai semalam.
Lelaki tersebut, Bruce Pardo, 45, mengetuk pintu rumah keluarga bekas isterinya di Covina di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum melepaskan tembakan rambang.
Seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang membuka pintu itu ditembak pada bahagian muka diikuti ke arah tetamu dengan menggunakan pistol separuh automatik.
Setelah semua tetamu melarikan diri, lelaki itu membakar rumah tersebut dengan melontar sejenis bom buatan sendiri sebelum menghilangkan diri.
Mayat Pardo dengan beberapa kesan tembakan kemudiannya dijumpai pada awal pagi semalam, beberapa jam selepas kejadian tersebut.
Seorang pegawai polis, Pat Buchanan memberitahu, Pardo sebelum ini dilaporkan berang dengan proses penceraian dengan isterinya.
Kanak-kanak perempuan yang ditembak itu terselamat dan dirawat di hospital manakala seorang lagi gadis berumur 13 tahun juga mengalami kecederaan.
Pihak polis turut menjumpai sejumlah 300 butir peluru dan sebatang bom paip di dalam sebuah kereta yang disewa oleh Pardo.
Seramai 80 anggota bomba ditugaskan untuk memadamkan kebakaran yang memusnahkan kediaman tersebut serta membantu mengeluarkan mayat rentung.
Buchanan berkata, jumlah kematian meningkat kepada lapan orang dan ibu bapa mertua Pardo dilaporkan antara mangsa yang dijumpai mati.
"Kejadian ini sangat luar biasa dan mengejutkan kerana ia berlaku ketika perayaan Krismas," katanya.
- AFP
************************************************************************************
the last few days bukan main banyak cerita santa claus kat TV
yang bagus2 aje depa portray santa ni... sayang budak semua...
last2 ..real life.. ada yang menyamar jadi santa dok mengamuk
bunuh orang - sedih baca budak perempuan umur 8 tahun
buka pintu yang dia ketuk - terus tembak kat muka -
tak guna punya orang -
10 mati dalam news kata tadi - sebab seorang termasuk
pembunuh tu
mati juga --
[ Last edited by dexa at 27-12-2008 11:08 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 hantu_jepun\ catat
haha....
payah jd santa claus ni...
gaknya bdak mintak benda plik2 kot...
mungkin mintak roti bom...
tapi dpt bom paip plak... |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 dah takut dengan santa dah
macam clown juga
clown tu kita associate suka budak2
tapi bila tengok IT or baca IT - novel stephen king -
dah jadi takut dengan clown pula - |
|
|
|
|
|
|
| |
|