CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2984|Reply: 1

BANGLADESH news: dapat PM baru; sheikh hasina

[Copy link]
Post time 30-12-2008 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Sheikh Hasina hampir pasti PM baru Bangladesh

DHAKA: Bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina Wajed semakin pasti menjadi Perdana Menteri baru Bangladesh apabila keputusan tidak rasmi hari ini menunjukkan beliau menang selesa ke atas pesaingnya, Khaleda Zia dalam pilihan raya umum negara itu.

Parti pimpinan Sheikh Hasina, Parti Liga Awami menang majoriti mudah pada pilihan raya itu hari ini, menandakan berakhirnya pemerintahan sementara selema dua tahun di negara itu.

Keputusan yang diumumkan stesen tv tempatan berkata, Sheikh Hasina menang 151 kerusi - majoriti mudah yang diperlukan untuknya kembali berkuasa di Bangladesh, yang pernah didudukinya pada 1996 hingga 2001.


Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pimpinan Zia pula hanya menang 27 kerusi sehingag awal pagi ini.

“ Parti Liga Awami kini secara jelas memperoleh majoriti besar," kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Humayun Kabir. - AFP



pada aku ler... dapat pm mana2 pun... bangladesh ni betul2 need WB dan IMF...sbb terlalu ler meskin negara dia.... dah tu  selalu kena bencana alam....tapi.. worang2 bangla kat sana ni.. taff  taff... gak ekkk   ; tak ada lagi gambar dia.. ada kalu aku paste ler..... sapa2 yg ada leh tulun pun no hal  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2008 10:49 PM | Show all posts
Sheikh Hasina kembali berkuasa

SHEIKH HASINA (kanan) menerima jambangan bunga
daripada penyokongnya selepas diumum memenangi
pilihan raya Bangladesh di Dhaka semalam.



DHAKA - Parti perikatan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina memenangi sejumlah besar kerusi parlimen dalam pilihan raya umum negara berkenaan.

Kejayaan pilihan raya tersebut mengembalikan semula demokrasi ke Bangladesh selepas dua tahun negara Asia Selatan itu diperintah oleh tentera.
Pilihan raya berlangsung kelmarin itu dianggap proses paling aman sejak beberapa dekad serta ia jauh berbeza berbanding pilihan raya pada 2007 yang dicemari rusuhan.

Bagaimanapun, pilihan raya terbaru itu masih diselubungi kontroversi apabila lawan Hasina, 61, mendakwa berlakunya penipuan undi dan rasuah yang berleluasa.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Humayun Kabir berkata, parti perikatan yang diketuai Hasina memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen selepas peti undi kebanyakan daerah dikira.

" Pilihan raya ini berlangsung dengan bebas dan adil," katanya.

Bagaimanapun, seorang pegawai di parti yang dipimpin oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia berkata, pihaknya akan mencabar keputusan pilihan raya itu.

Menurut pengiraan terkini, parti dipimpin Hasina memenangi 261 kerusi daripada 300 kerusi Parlimen dan parti yang dipimpin Khaleda, 63, hanya memenangi 30 kerusi.

" Proses pilihan raya ini menghasilkan keputusan yang secara tepat menggambarkan aspirasi rakyat Bangladesh," kata Constance Berry Newman yang mengetuai delegasi 65 pemantau asing dari Amerika Syarikat.

Hasina dan Zia ialah tokoh politik dari dua dinasti. Zia dilantik sebagai perdana menteri pada 1991 manakala Hasina dilantik pada 1996. Zia dilantik semula pada 2001. - AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.379771 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list