|
dari pembacaan dan pemahaman aku ler...
tuan tanah nih ada kemungkinan takder rahim sbb kecacatan dari lahir dan BUKAN disebabkan tindakan abangnya itu.
sebab aku rasa (belum dapat kepastian doktor dan pakar) rahim tak boleh hilang begitu sahaja, samada mmg dari dalam kandungan lagi takda rahim atau dibuang. Untuk kepastian, aku suggest tuan tanah pegi check dgn doktor. Jangan assume aje abang awak penyebab kecacatan yang ada. Nanti jadi tuduhan pulak. Tak masuk lagi caci maki org terhadap abg awak tuh disebabkan assumption dan tuduhan awak.
Andai kata benar pon ianya disebabkan tindakan abang, kena selidik pulak, berapa umor abang masa tu? Kalau dah akil baligh, dah boleh berpikir dgn matang dan waras, mmg hampeh sgtlaa. Tapi kalau masa tu dia pon kategori kanak2, tak boleh salahkan dia sama sekali sbb kanak2 mmg tak boleh pikir secara betol. Ini semua tanggungjawab mak bapak untuk betolkan.
Dan kiranya ianya mmg salah mak awak, harap maafkan lah dia, ingatlah... Ibu kita bukan Malaikat... dia juga boleh melakukan kesalahan dan kesilapan.... anggaplah apa yang berlaku itu adalah ujian dan takdir daripada Allah..
Pasti ada hikmah di sebaliknya, janganlaa menyiksa diri dengan membayangkan apa yg kita tidak ada, lihatlah pada apa yang kita ada, insyaAllah bahagia milik kita....
Manusia paling sedih dan kasihan pada pendapat saya adalah manusia yang kasihankan dirinya sendiri.... janganlah bersikap begitu... sesungguhnya sikap yang begitu akan menjauhkan diri awak daripada sinar kebahagiaan...
Mengenai ibu susuan, awak masih belajar, tumpukan pada pelajaran, belum masanya untuk awak berfikir mengenai anak atau mempunyai anak.... walaupun saya kagum banyak jugak kawan2 awak yang kawen masa belajar yer? Ingatkan makin lama, perempuan makin lambat kawen... hehehehe |
|