|
♥ ADA MASA MATA dan wajahmu menghiasi laman majalah ♥
[Copy link]
|
|
cover intrend february 2009
|
|
|
|
|
|
|
|
lain-lain picts dalam intrend which semua gambar ct lawa-lawa belaka!!
[ Last edited by kerekarlu at 26-1-2009 01:18 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by kerekarlu at 26-1-2009 01:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Impian Roslan Aziz
KALAU berbicara tentang Roslan Aziz, satu yang Papa tabik dengan anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah kreativitinya dalam menghasilkan sesuatu karya.
Bukan calang-calang orang boleh berbuat demikian dan Roslan sudah termaktub dalam direktori seni tempatan sebagai salah seorang penerbit album, lagu, pengarah muzik serta penggubah yang hebat.
Lihatlah sahaja bagaimana dia membina empayarnya satu ketika dahulu menerusi Roslan Aziz Productions (RAP) yang berjaya membawa nama Sheila Majid dan Zainal Abidin merantau sehingga ke Jepun menerusi muzik hasil sentuhannya.
Memang tidak dinafikan, kehebatan dan sentuhan Roslan memang cukup berbeza dengan penggiat seni yang lain dan Roslan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Antara album yang mendapat sentuhan Roslan yang menjadi kegemaran Papa adalah album Ratu (Sheila Majid) dan Sangkar (Atilia).
Bukan itu sahaja, kejayaan konsert Datuk Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005 juga merupakan hasil kreativitinya yang berjaya membuka mata ramai pihak terhadap Siti sebagai seorang penyanyi dan penghibur.
Selepas kejayaan itu, Papa sebenarnya teringin benar untuk melihat Roslan terlibat sebagai penerbit keseluruhan untuk album Siti tetapi malangnya, sehingga kini, hajat itu tidak kesampaian.
Malah, ada yang membisikkan kepada Papa, Roslan sememangnya cukup menantikan peluang untuk menerbitkan album Siti kerana baginya, Siti merupakan penyanyi yang mempunyai bakat yang luar biasa.
Malah, seandainya impian Roslan itu terlaksana, dia akan memberikan yang terbaik untuk Siti dan menerusi album itu kelak, Roslan mahu melihat nama Siti diangkat ke peringkat yang lebih tinggi daripada sekarang.
Meremang bulu roma Papa bila mendengar impian Roslan itu. Insya-Allah, siapa tahu, satu hari nanti dapatlah Roslan menerbitkan album Siti. Papa yakin semua orang mahu melihat kolaborasi Siti dan Roslan kerana mereka percaya ia mampu menghasilkan magis. |
|
|
|
|
|
|
|
Fragmen: Stesen radio bukan sekadar siar lagu
Oleh Zainuri Misfar
[email protected]
Genre muzik kita jadi tidak banyak kalau hanya lagu tertentu boleh disiarkan setiap saluran
WALAUPUN ada banyak saluran radio, kita masih terasa seperti kekurangan lagu untuk disiarkan, terutama lagu hasil karya tempatan. Usaha untuk menyiarkan lagu dari Indonesia juga tidak memperlihatkan bahawa kita ada banyak pilihan mendengar lagu.
Akhirnya, sejak kebelakangan ini hampir semua stesen radio menyiarkan semula lagu dari tahun 80-an hingga sekarang sebagai usaha untuk menambah jumlah lagu yang disiarkan pada setiap hari.
Lagu baru memang ada, tetapi mengambil masa untuk popular atau mendapat tempat di hati pendengar dan peminat muzik. Begitupun, lagu baru ketika ini lebih menjurus kepada satu genre atau satu kategori muzik saja.
Apabila lagu indie diangkat menjadi sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL), maka semakin kerap stesen radio menyiarkan lagu daripada aliran itu.
Apabila stesen radio juga membataskan kepada satu atau dua genre muzik, maka dalam tempoh tiga atau lima tahun dari sekarang, dunia muzik Malaysia sekali tidak berkembang. Malahan ia akan kembali kepada asal apabila dunia muzik kita seperti sudah tidak ada apa-apa.
Ada stesen radio popular sekarang menyiarkan lagu atau genre muzik etnik kreatif atau pop Melayu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album terbarunya Lentera Timur. Mengapa hanya apabila Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu seperti itu, baru stesen radio hendak menyiarkannya?
Bagaimana pula dengan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi muda seperti Haziq atau Syura? Dua penyanyi muda ini juga turut tampil dengan lagu berkonsep etnik kreatif atau pop Melayu. Mengapa lagu mereka tidak diberi peluang untuk disiarkan di stesen radio popular kita?
Kita juga hendak menyatakan bahawa sungguhpun XFM dilihat sebagai stesen radio yang kerap menyiarkan lagu terbaru, tetapi genre muziknya seperti dibataskan kepada jenis muzik tertentu saja. Radio XFM ini tidak terbuka untuk menyiarkan lagu genre pop Melayu atau irama etnik kreatif seperti muzik yang dibawakan oleh Haziq atau Syura.
Agak malang sekali kepada penyanyi atau generasi muda yang berbakat dan mempunyai minat dalam genre muzik aliran pop kreatif atau pop Melayu apabila usaha mereka bagaikan tidak mengundang minat stesen radio popular kita.
Kita yakin format atau dasar stesen radio yang rigid dengan sesebuah muzik boleh menimbulkan masalah dalam jangka masa panjang. Kita sedia maklum, radio boleh mempopularkan dan menenggelamkan sesuatu ciptaan muzik daripada pengkarya tempatan. Kuasa itu kalau digunakan dengan sebaik-baiknya boleh meningkatkan khazanah lagu kita pada masa akan datang tanpa bergantung dengan lagu dari luar.
Pada minggu lalu, kita menonton rakaman persembahan program hiburan terbitan RTM iaitu A Jazz Tribute To Malaysian Songs di Auditorium Besar, Angkasapuri. Ia adalah sebuah Konsert Jazz yang dilaksanakan bertujuan mengembalikan semula kegemilangan Jazz Orkestra RTM dalam genre muzik dan juga mahu menyumbang kepada memperkenalkan lagu Malaysia dalam corak jazz di peringkat antarabangsa.
Konsert yang dipersembahkan secara orkestra pimpinan Datuk Mokhzani Ismail ini cukup menarik kerana biarpun ia jazz, tetapi pemain atau pemuziknya adalah orang muda belaka. Malahan sebahagian besar daripadanya adalah dikalangan penuntut pengajian muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara). Muzik jazz itu digabungkan atau fusion dengan lagu popular semasa seperti Diari Seorang Lelaki.
Melihat kepada bakat pemuzik muda ini, tertanya-tanya juga bagaimana mereka hendak mengembangkannya? Apakah platform untuk mereka mengasah bakat dan kebolehan masing-masing. Sekiranya, mereka memilih untuk menghasilkan karya bukan muzik kontemporari, adakah ada stesen radio dan TV berminat untuk membantu mengembangkan bakat mereka itu?
Apa yang penting dalam hal ini ialah stesen radio, TV dan pengkarya muzik perlu berbincang daripada semasa ke semasa untuk melihat apa yang perlu dilakukan supaya dunia muzik tanah air terus mempunyai karya baru.
M Nasir dalam kenyataan menerusi Hip semalam, turut menegaskan muzik kita perlu perubahan dengan penyanyi dan pemuzik berkumpulan tempatan mesti sentiasa buat lagu baru dan segar untuk kekal bersaing.
Menghasilkan lagu baru dalam erti kata yang dimaksudkan oleh M Nasir bukanlah sekadar corak baru saja tetapi menambah nilai atau menyegarkan semula corak muzik yang sedia ada. Dalam ini, termasuklah lagu yang berkonsepkan pop etnik atau pop tradisional.
“Macam lagu irama tradisional. Ia juga perlu diperbaharui, ditampilkan dengan imej baru. Tapi kena berhati-hati kerana kalau terlalu advance, irama dalam lagu tradisional kita akan kedengaran seperti world music pula.
“Kita beruntung kerana Siti Nurhaliza masih hendak buat lagu tradisional. Stesen radio pun hendak siarkan lagu nyanyiannya sebab dia Siti Nurhaliza. Kalau orang lain, saya rasa stesen radio tidak akan siarkan (agu nyanyiannya),” kata Nasir dalam satu perbualan ketika satu majlis di Balai Berita, Berita Harian, baru-baru ini.
Memang kita tidak salahlah stesen radio semata-mata. Pengkarya muzik juga harus memikirkannya. Karya mereka harus dicipta seiringan dengan kehendak dan keperluan semasa. Inilah cabaran kepada karyawan muzik.
Bagaimanapun, semuanya belum terlambat. Seperti yang kita katakan, stesen radio juga harus ada timbang rasa untuk memastikan lagu kita terutama daripada genre pop tradisional tidak tenggelam begitu saja sedangkan pada masa muzik kontemporari seperti muzik indie, tidak pula begitu dapat pergi ke mana sangat.
Mengimport lagu dari negara jiran hanyalah penyelesaian jangka pendek kerana pada satu peringkat, pendengar pula cepat jemu dan mereka akhirnya kembali mencari lagu tempatan sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
majalah media hiburan covergirl siti.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|