CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayasukagame

Mahakarya Cinta - Keratan Media Faizal

[Copy link]
Post time 23-5-2009 11:20 AM | Show all posts

Balas #160 washere2\ catat

Hanya maniam yg mengenal samyvelu

larikkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2009 11:26 PM | Show all posts
Red Ribbon Programme Receives Support From Local Celebrities
BERNAMA 21/04/09

KUALA LUMPUR, April 21 (Bernama) -- The Red Ribbon Celebrity Programme organised by the Malaysian Aids Council is set to be a star-studded event with the likes of Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir and Fahrin Ahmad doing their bit to change the public's prejudice towards people with HIV/Aids, as well as educating them on the disease.

The council's executive committee member, Dr Soraya Azmi said, the programme was launched as there existed a stigma and discrimination againt those with HIV.

"Prejudice and discrimination will isolate them from society," she said at the programme's launching, Tuesday.

Other celebrities who lend their support to the programme are Umie Aida, Ayu, Dayang Nurfaezah, Shah Shamsiri, Zainal Alam Kadir, Owen Yap, Fish Leong, Aanantha and Uthayaa.

"We are confident that their talent, popularity and concern will help the council and the Malaysian Aids Foundation send the message across to the community," said a member of the foundation's board of trustees, Datuk Maznah Abdul Jalil, who was also present at the launching ceremony.

About 85,000 people have been identified to be HIV positive while between 10 and 15 people are infected by the virus each day in the country.


credit to ecahaishah & afzn.zhry @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2009 11:30 PM | Show all posts
'Jari jemari' pemusnah indstri seni-kosmo,04/06/09

Oleh HARYATI KARIM
[email protected]

SISTEM khidmat pesanan ringkas (SMS) mempunyai 'kuasa' yang sangat besar dalam menentukan masa depan dunia hiburan tanah air.

Mana tidaknya, di sebalik SMS terdapat jari-jemari yang begitu megah mendapat mandat oleh pihak stesen televisyen (TV) dalam menentukan juara sesebuah program realiti terutama yang membabitkan bidang nyanyian.

Jika sepuluh tahun lalu kuasa SMS menentukan juara pertandingan nyanyian seperti Akademi Fantasia dan One In A Million, nampaknya strategi itu sudah berjangkit ke dunia lakonan pula.

Kemunculan rancangan seperti Pilih Kasih dan Anak Wayang baru-baru ini membuktikan bahawa strategi penggunaan SMS tidak akan berakhir sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat ini.

Jangka hayat rancangan memilih pemenang berdasarkan undian SMS ini terus 'menyelerakan' stesen TV kerana ia membawa keuntungan berlipat ganda kepada mereka dan juga syarikat telekomunikasi.

Dakwaan tersebut memang tepat kerana program realiti Akademi Fantasia (AF) misalnya, berjaya mengaut jutaan ringgit setiap tahun penganjurannya.

Malah, jumlah undian yang diterima juga besar bermula daripada AF1 sebanyak RM4.5 juta undian manakala AF2 berjaya mengaut keuntungan paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM7.5 juta daripada 15 juta SMS yang diterimanya.

Barangkali sedar diri semakin 'tertipu' dengan fantasi sementara yang diketengahkan stesen TV, kemeriahan undian untuk AF tidak bertahan lama kerana pola undian yang diraih Astro menerusi AF semakin menurun.

Penurunan itu boleh dilihat dengan begitu ketara apabila AF3 mengaut 10.7 juta undian, AF4 (7.4 juta), AF5 (6.6 juta) dan AF6 (3.8 juta).

Khabarnya untuk AF7 yang baru saja menemui juara pada 9 Mei lalu, terdapat sedikit peningkatan, bagaimanapun ia tidak begitu ketara.

Berdasarkan penurunan undian yang diraih menerusi program realiti paling popular itu, apakah ini bermakna program realiti bukan lagi trend yang diingini penonton?

Ataupun, kepercayaan penonton terhadap sistem yang diguna pakai dalam memilih juara semakin diragui atau mereka tidak mahu terus 'ditipu' dan menjadi mangsa yang mana keuntungannya diraih pihak lain?

Menolak dakwaan tersebut, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul menjelaskan, keraguan terhadap proses undian AF bukan penyebab kepada turunnya kuasa mengundi penonton.

Malah keraguan itu sendiri katanya, tidak perlu wujud kerana Astro telah melantik badan audit bertauliah untuk memantau setiap undian yang masuk.

"Tidak perlu timbul sebarang isu tentang ketelusan peratusan setiap SMS yang masuk. Ini kerana semua keputusan telah diaudit sebelum diumumkan oleh pihak Astro. Kebanyakan penonton juga telah mengetahui sistem yang diguna pakai Astro sejak ia mula diterbitkan," ujarnya.

Berbeza pula dengan Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar yang mengakui dalam beberapa situasi, sistem penjurian SMS tidak membantu melahirkan penyanyi yang berkualiti.

Bagaimanapun perkara itu tidak boleh dijadikan persoalan kerana semua keputusan adalah mengikut kehendak pengundi yang mengeluarkan wang sendiri untuk memilih peserta kegemaran mereka.

Stesen TV tidak boleh dengan sesuka hati mengubah 'emosi' pengundi kerana jika itu berlaku itu bukan sahaja menjejaskan reputasi program, bahkan merugikan stesen untuk jangka masa panjang di samping membuatkan pengundi marah.

"Sama juga seperti stesen lain, 8TV ada melantik syarikat yang dipercayai untuk mengira undi, tidak ada sebab untuk penonton meragui keputusan.

"Saya sendiri pun tidak tahu keputusan sebenar sehingga diumum oleh pengacara program. Pihak produksi tidak campur tangan bab undian. Sepanjang program berlangsung hanya dua hingga tiga orang sahaja yang boleh mengetahui keputusan sebenar sebelum diumum," beritahu Izham.

Dalam temu bual yang sama, Izham bagaimana pun menafikan program One In A Million terbitan 8TV mengaut keuntungan besar sama seperti rancangan AF terbitan Astro.

Menurut beliau, penjurian SMS di dalam OIAM bukan untuk mencari keuntungan semata-mata tetapi untuk melihat sejauh mana sambutan penonton terhadap program realiti tersebut.

"Siapa kata kami untung juta-juta daripada undian SMS? Kebanyakan keuntungan telah pergi ke syarikat telekomunikasi, bukan stesen TV. Untung tu adalah, tetapi tidak banyak," katanya lagi.

Tidak Tahan Lama

Jika diteliti, kebanyakan juara yang dipilih oleh jari-jemari ini tidak bertahan lama meskipun meraih populariti yang menggunung semasa program realiti tersebut berlangsung.

Mereka juga tidak berjaya mengubah atmosfera dunia seni tempatan yang dilihat semakin mengecut semenjak lebih lima tahun lalu.

Lihat saja beberapa pemenang realiti seperti Suki (OIAM), Vince (AF 1), Faizal (AF4), Nita (Malaysian Idol) dan Daniel Lee (Malaysian Idol), apa sudah jadi?

Jelas kelihatan mereka masih tercari-cari arah yang sesuai untuk meletakkan diri di persada seni tempatan, malah ada yang terus 'lesap' tanpa sebarang khabar berita dengan hadiah kemenangan mereka.

Juga tidak keterlaluan jika dikatakan penyanyi bergelar Raja SMS, Mawi juga semakin hilang auranya apabila album terbarunya Allah Habeebi kurang sambutan setelah setengah tahun di pasaran.

Begitu juga dengan ramai lagi penyanyi kelahiran program realiti yang semakin merudum populariti mereka sejurus program berakhir.

Kalau begitu, mengapa masih berlambak program realiti yang secara tidak langsung merobek poket penonton setia melalui SMS, sedangkan penyanyi yang dipilih tidak bertahan lama dalam industri seni?

Persoalannya juga, kenapa dan mengapa rakyat Malaysia masih lagi menggilai penyanyi yang bukan dilahirkan oleh undian SMS seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah dan Amy Search setelah berdekad pengabdian mereka kepada dunia seni?

Menyokong kenyataan tersebut, Izham berkata, memang terdapat perbezaan antara bintang realiti dan bintang yang terbit dengan sendirinya.

"Bintang realiti merupakan bintang ciptaan televisyen. Bintang ini hanya gah dalam program yang mereka sertai, menang kerana mendapat undi tertinggi. Selepas itu, kalau tidak kena gayanya mereka akan gagal di pertengahan jalan.

"Namun, tidak semua begitu. Contohnya Jacyln Victor dan Faizal Tahir, mereka berubah daripada seorang penyanyi realiti kepada seorang penghibur. Mereka tidak mahu terus dikenali sebagai penyanyi rancangan realiti tetapi mencipta imej berbeza selepas keluar daripada pertandingan yang mereka sertai.

"Itu bezanya. Bila orang nampak perubahan itu minat orang pada mereka tidak akan berubah dan mereka diterima sebagai penyanyi yang sebenar-benarnya mampu bergelar bintang," katanya.

MAWI masih dianggap sebagai Raja SMS, gara-gara mendapat undian tertinggi dalam AF3, berbeza dengan Faizal Tahir yang berjaya merobah identiti seninya dengan cara tidak terlalu bergantung kepada status peserta OIAM.

Menurut Izham, meskipun peminat mengundi mengikut emosi, bukan semua juara program realiti tidak berkualiti. Semuanya bergantung pada nasib dan strategi pihak stesen untuk terus mengekal populariti juara program terbitan mereka.

"Setiap juara program nyanyian harus mempunyai album yang berkualiti, ini bermakna apabila juri SMS sedar bahawa pilihan mereka tepat, mereka akan terus menyokong penyanyi tersebut," katanya yang berpengalaman sembilan tahun mengetuai label sebuah syarikat rakaman tempatan, Positive Tone.

Kepada Izham juga, aliran juri SMS masih lagi relevan untuk terus dipraktikkan.

Ini kerana ia bukan sahaja sebagai penanda aras bagi menilai sejauh mana sambutan terhadap sesuatu program, sebaliknya boleh menjadi mekanisme menambah pendapatan sesebuah stesen TV.

"SMS masih relevan. Tidak perlu tukar kepada konsep lama kerana SMS antara cara terbaik bagi mengekalkan penonton setia. Malahan, apabila penonton terlibat dalam sesebuah program, mereka akan rasa ia satu tanggungjawab untuk mengikuti dan mengundi bagi memilih juara pilihan hati. Kita kena akui kebanyakan penonton mengundi mengikut emosi, bukannya kualiti. Bagaimanapun undian SMS tetap membawa banyak kelebihan lain" katanya.

Nampaknya benarlah andaian mengatakan SMS adalah faktor yang mampu membunuh industri seni tempatan, kerana Izham sendiri mengakui jurinya memilih pendekatan emosi kala mengundi.

Ini bermakna mereka yang mempunyai kualiti diketepikan dan masa depan industri hiburan akan terus malap, tidak bermaya jika aliran ini terus menguasai.

Apa yang boleh dikatakan, dalam kekecohan kemunculan artis 'mi segera', penyanyi program realiti kurang kualiti ataupun SMS diragui, hakikatnya, penonton masih suka dan setia menanti program realiti ini.

Mereka tidak pernah peduli kepada realiti sebenarnya, bahawa menjadi juri tanpa tauliah melalui jari jemari, hanya menghidangkan keseronokan yang sementara.

credit to miell @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2009 11:33 PM | Show all posts
Tomok 'belajar' dari Faizal Tahir ..BH 4/5/09

“Saya juga ingin bekerja dengan orang seni yang terhebat di Malaysia mahu pun luar negara jika berpeluang. Saya yakin bekerja dengan orang berbakat contohnya seperti Aubrey Suwito pastinya hasil yang diterima cukup berbaloi. Insya-Allah dengan duit kemenangan itu juga, saya akan adakan kenduri doa selamat dan menyalurkan sebahagian wang ke rumah anak yatim,” katanya yang banyak mengkaji cara Faizal Tahir sewaktu di OIAM musim pertama menjadikan lagu orang lain menjadi seperti lagu milik sendiri.

credit to arissa @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2009 11:38 PM | Show all posts
Faizal Tahir Bapa Sensasi - Jelita, Jun 2009
http://i304.photobucket.com/albums/nn184/daeischa/firstpage-1.jpg


credit to hidaya @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2009 11:41 PM | Show all posts
Faizal Mohon Maaf~B.Harian Singapura 18/06/09

Ekstra! : 18 Jun 2009

ARTIS SEBERANG


FAIZAL MOHON MAAF

Naib juara 'One In A Million' didakwa lewat sejam hadiri sidang media acara persembahan bersama Anita Sarawak

Oleh
Freda Hassan

SAYA tabik kepada penyanyi Faizal Tahir di atas keberaniannya mengaku kesilapan yang dilakukannya ketika terlewat menghadiri sidang media bagi acara persembahan Minggu Setiausaha Faizal Tahir bersama penyanyi superstar Anita Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur April lalu.

Anita Sarawak atau Kak Nita tiba tepat pada waktunya, sedangkan Faizal dikatakan datang lewat sejam daripada waktu asalnya.

Secara kebetulan, seorang wakil media yang hadir untuk sidang media tersebut menegur kelewatan Faizal menerusi akhbar sehingga membuat beberapa pihak begitu cepat melabelkan naib juara peserta One In A Million itu sebagai 'artis yang kurang berdisiplin'.

Hakikatnya, pemilik lagu Bencinta itu menjadi mangsa keadaan kerana terdapat perselisihan faham mengenai masa kemunculannya yang diberikan oleh penganjur acara kepada pihak Faizal.

Faizal menjelaskan beliau hanya lewat 20 minit, bukan sejam seperti yang dilaporkan oleh media. Laporan kurang tepat itu benar-benar membuatnya terkejut, kata Faizal.

Ditanya adakah beliau menyalahkan pihak media yang menegur sikapnya yang lewat hadir untuk sidang media itu, Faizal menjawab:

'Saya tiada masalah jika mereka tulis tentang kelewatan saya kerana faham dengan tugas wartawan. Cuma kekadang apabila saya datang sejam awal menunggu orang lain untuk acara lain, tak ada pulak yang menulis tentang hal ini,' kata suami Siti Raihanim Noran ini dengan tenang.

Faizal tanpa ragu-ragu lagi mengatakan beliau cuma boleh meminta maaf banyak-banyak atas kelewatan itu dan berjanji akan memperbaiki kelemahan tersebut.

Mengenai benar atau tidak beliau berjumpa Kak Nita sendiri untuk memohon maaf atas kelewatannya pada sidang media acara tersebut, Faizal menjelaskan:

'Saya meminta maaf kepada Kak Nita. Kalau saya sedar saya bersalah, saya akan meminta maaf sendiri, tak perlu sesiapa untuk menyuruh saya berbuat demikian.'

Penyanyi berusia 31 tahun itu menyatakan lagi Kak Nita begitu memahami, bersikap profesional dan cukup sporting apabila Faizal berjumpa dengannya untuk memohon maaf.

Meskipun tidak marah pada Faizal, namun Kak Nita sempat berpesan kepada Faizal untuk cuba memperbaiki kelemahannya itu, memandangkan jejaka tersebut masih baru lagi dalam industri hiburan kerana 'jika ia berlaku lagi, orang tak akan suka.'

Penyanyi yang serasi bekerjasama dengan komposer dan penerbit terkenal, Audi Mok, ini sempat juga ditanya mengenai kedua-dua pencalonannya untuk Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 anjuran Radio MediaCorp bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular.

Jelasnya gembira: 'Saya rasa sangat bersyukur dan terkejut dengan pencalonan-pencalonan ini walaupun saya tiada produk baru dalam masa dua tahun ini.

'Kategori artis serantau adalah kategori baru dan untuk dicalonkan dengan artis-artis lain membuat saya teruja.

'Saya harus bersikap realistik jika ditanya peluang untuk menang kerana saya tiada album baru. Terima kasih banyak-banyak kepada peminat dan juri APM.'

Untuk kategori Artis Serantau Popular (Malaysia), Faizal bersaing dengan kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussain dan Datuk Siti Nurhaliza.

Kita nantikan keputusannya pada 18 Julai nanti bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta.
credit to opah @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2009 03:49 AM | Show all posts
penat khatam
byk nye info sayasukagame
peminat tegar ni
bagus2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051514 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list