View: 7016|Reply: 7
|
The Heritage Station 100 tahun -
[Copy link]
|
|
Nafas hotel berkomuniti
Oleh ZAMRI RAMBLI
Bakal mencecah usia 100 tahun, The Heritage Station Hotel sarat dengan nilai estetika seni bina dan perjalanan kisah sebuah destinasi penginapan yang luar biasa.
HAMPIR enam tahun bermastautin di Kuala Lumpur, bahkan paling kurang seminggu sekali melalui Bangunan Stesen Kereta Api, Jalan Sultan Hishamuddin, memang penulis mengakui ia satu 'kesalahan besar'.
Ini kerana inilah kali pertama penulis menjejaki ke The Heritage Station Hotel (THSH) Kuala Lumpur yang berlokasi di bangunan warisan negara.
Walaupun pernah dua kali menaiki tren dari bangunan itu, namun beberapa kali penulis terpaksa membuat pengesahan dengan rakan setugas mengenai pintu masuk hotel tersebut. Ia memang agak memalukan.
Namun, itulah pengalaman penulis. Bahkan, tidak mustahil kebanyakan daripada 1.8 juta warga Kuala Lumpur juga mungkin mempunyai cerita yang hampir sama. Yang pasti, berdiri sebagai hotel bajet di sebuah bangunan lama menuntut kesungguhan dan kerja kuat 'pemain' belakang tabirnya.
Namun, apa yang mungkin lebih mengharukan, dalam kepayahan membina nama dan memastikan bilik-bilik THSH Kuala Lumpur itu berpenghuni, bangunan yang sememangnya bermula sebagai bangunan penginapan itu bakal menyambut ulang tahun ke-100 tahun depan.
Akui dua orang kuat hotel tersebut iaitu Pengurus hotel, Lloyd Gan dan Pengurus Operasi dan Jualan, Rosli Mohamad, di Malaysia bukan mudah menjual produk daripada sebuah bangunan yang berusia 100 tahun.
"Terlalu banyak cabaran sehingga pernah kami hampir berputus asa.
"Bukan sedikit orang yang tidak tahu di mana hotel ini walaupun ia terletak di sebuah bangunan warisan yang sarat dengan kisah sejarah dan estetika seni bina," ujar Lloyd.
GERBANG kecil pada pintu masuk hotel dipengaruhi
reka bentuk Gothe dan Yunani.
LLYOD (kiri) menunjukkan lif asal di bangunan itu yang masih
boleh digunakan walaupun hampir berusia 100 tahun.
Ujar Lloyd, kalau diimbas sejarah lampau bangunan itu, ia dibina oleh arkitek British yang bertugas dengan Pengarah Jabatan Awam, Arthur Benison Hubback dan dilancarkan pada tahun 1910.
Ia dikenali sebagai Federated Malayan States Railway. Bagaimanapun, bangunan yang menempatkan THSH Kuala Lumpur sejak awal lagi adalah sebuah hostel.
"Pada zaman dahulu, bangunan ini dijadikan hostel. Selain untuk penumpang yang menggunakan perkhidmatan ia juga menjadi penginapan transit untuk penumpang kapal pelayaran," ujar Lloyd.
Ia terus beroperasi dengan nama The Station Hotel sebelum diambil alih oleh pengurusan The Heritage Station Hotel Kuala Lumpur pada tahun 1994.
RUANG dalam kafe yang masih mengekalkan
suasana dan sentuhan kolonial yang nostalgik.
Rosli yang menjadi antara kakitangan paling lama di bawah payung THSH Kuala Lumpur selama 13 tahun perkhidmatan menjelaskan, selepas pengambilalihan tersebut konsep yang diperkenalkan ialah hotel bajet enam bintang.
Bagaimanapun, mereka berdua mengakui akhirnya konsep itu membuatkan THSH Kuala Lumpur semakin hambar daripada masyarakat yang melihat hotel itu berada dalam kelas tersendiri, sekali gus tidak memupuk minat terhadap nilai sejarah di kalangan masyarakat.
Dengan kadar penginapan yang rendah, hotel itu gagal beroperasi dengan lancar. Apatah lagi operasi memelihara dan memulihara nilai sejarah pada bangunan itu semakin sukar.
SEBUAH bilik khas untuk pasangan yang ingin berbulan madu.
PINTU masuk The Heritage Station Hotel yang
menyimpan seribu satu kisah menarik.
BILIK tidur yang kemas dan rekaan minimalis
untuk menjaga bentuk asal bangunan.
Apabila Lloyd mula bertugas di situ sejak setahun lalu, mereka berhempas pulas memerah otak mencari konsep terbaik untuk hotel itu.
"Kemudian lahirlah idea sebuah hotel komuniti yang kami mula perkenalkan sejak lima atau enam bulan lalu," katanya.
Konsep itulah akhirnya membolehkan THSH Kuala Lumpur kembali bernafas semula.
"Melalui konsep itu kami menjadikan hotel ini sebagai sebuah pusat komuniti. Kita jalankan pelbagai acara dan aktiviti yang melibatkan pelbagai golongan rakyat biasa dan sederhana.
"Orang ramai boleh datang ke sini untuk sesi fotografi atau rakaman video secara percuma tanpa sebarang caj. Kami cuma minta sekeping foto untuk dimuatkan ke dalam laman web kami. Ramai yang mengambil fotografi pra perkahwinan dan lokasi untuk pelajar fotografi," jelas beliau.
Tambah Lloyd, daripada konsep itu juga hotel tersebut berjaya mewujudkan rakan kongsi untuk memulihkan imej atau keadaan hotel. Contohnya, syarikat Venus Art menaja seni lukisan untuk mengindahkan rekaan dalaman hotel.
"Selain itu, kita juga akan mewujudkan galeri komuniti selain mini muzium sebagai penghargaan kepada Hubback. Malah, kini kita sedang dalam perancangan menerima majlis kenduri perkahwinan dengan pakej termasuk kad jemputan, makan minum untuk majlsi resepsi dan bilik penginapan pengantin hanya pada harga RM25 untuk satu kepala," katanya yang mengakui keuntungan bukanlah matlamat hotel itu.
Misi utama mereka adalah untuk mengembalikan perasaan cinta dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu yang sudah hampir dilupakan.
Lantas, selain kepelbagaian aktiviti itu apa lagi tarikan THSH? Bagi pencinta seni dan sejarah, melangkah masuk ke dalam ruang lobi hotel, mata pasti terpesona.
Melihat ruang Restoran Charlie di tingkat bawah yang masih klasik dengan dekorasi kaunter restoran, lampu hiasan dan sentuhan rekaan dalam, gaya tipikal kolonial masih terasa.
Malah, jubin lantai di situ ialah jubin yang digunakan sejak tahun 1910.
Masih belum cukup kagum, atur langkah untuk mencuba lif antik THSH yang masih kekal menggunakan dua pintu.
Ujar Llyod, 60 peratus barangan, hiasan dan kemudahan di THSH Kuala Lumpur masih mengekalkan keasliannya sejak ia dibina.
"Kita tidak banyak melakukan perubahan malah bukan setakat tangga atau jubin masih kekal, lampu hiasan pun kita tidak tukar, hanya lampu pijarnya sahaja," katanya yang mengakui perlu berhati-hati dan prihatin dalam melakukan pemuliharaan.
Malah, jika anda terlihat ada lampu yang tidak dipasang di sudut tertentu yang tidak berpenghuni, ia sememangnya disengajakan untuk membolehkan lampu itu tahan lebih lama.
Bercakap soal harga bilik, pasti ramai tersenyum dengan harga menarik THSH Kuala Lumpur. Berlokasi di tengah-tengah bandar yang memudahkan pelancong yang ingin berlibur di kawasan sekitar Kuala Lumpur, THSH mempunyai variasi jenis bilik. Ini termasuklah superior single, superior twin, superior triple, deluxe double/triple, bilik famili dan bilik untuk bulan madu.
************************************************************************
saya dah pernah pergi THSH ni.. tapi bukan stay overnight...
pi makan kat cafe situ dengan kawan2.. best juga.. -
tak ada mahal sangat.. dan building dia memang antique la sangat -
tapi nampak masih kukuh.... cantik hotel ni ---- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...100 tahun ekss?
ni cerita pasal adik dia pulaks, adik kandung satu bapa AB Hubback.... tempat masa muda muda dulu aku lepak malam minggu sambil makan satay....
Ipoh Railway Station, with its resemblance to the railway station in Kuala Lumpur, was designed by AB Hubback, the same man who desinged Kuala Lumpur railway station. Its construction began in 1914 and was completed in 1917.
Ipoh Railway Station was built in the "British Raj" Moghul style with Moorish domes and turrets. This imposing structure was important for transporting Kinta Valley's valuable mineral during the colonials rule. This impressive landmark is known as "Taj Mahal of Ipoh" by the locals.
The spesies of 'Epau' tree (antiaris toxicaria), where the name of 'Ipoh' comes from, can be found in front of the railway station.
There is a hotel, named Station Hotel, above the station, on the second and third floors. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenduri kawen rm25 je satu kepala???murahnyerrr...kalu akak saya kawen nnti nak sruh wat kat sni je la. dah la tmpt cantik pastu agak dekat ngan umah so senang sedare mara ngan jiran2 nak datang. nak wat kat umah pon ruang terhad...untung gak kalu wat kat sni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah tdo kt sini..ms tu ada event 10 hr kat Traders Hotel..tp laki aku saja nak spent time ngn aku n anak..so dia booking hotel ni...(nak bwk tdo kt traders segan kt kengkawan) rasa cam berada di zaman P.Ramlee..ms tu satu bilik rm110...skrg tak tau la..teringat plak lif dia yg antik...perabot2 lama...mlm2 mcm menakutkan jugak...sunyi sepi |
|
|
|
|
|
|
|
xtau plk ada hotel kt situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
penah stay kat hotel ni dua kali. bath tub dia agak scary,ok. hu hu. tp suka lif antik dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tpi 2 bulan lepas aku gi hotel tu dah kene sita n ade notis mahkamah katenyer ade hutang so ditutup huhuhu
mintak2 pihak berwajib seperti jabatan kesenian n warisan ambik alih ar pengurusan hotel nie... dah termasuk dalam warisan dunia kut bangunan keretapi KL nih huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|