View: 2472|Reply: 12
|
揈kin tidak mengawal saya
[Copy link]
|
|
]APABILA mahu membicarakan tentang penyanyi lelaki popular yang seorang ini, ada kalanya sukar juga untuk diluahkan.
Ini kerana hakikatnya sudah terlalu banyak kisah tentangnya terpampang di media baik sewaktu dia masih bujang mahupun selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya, Nora扐sikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember tahun lalu.
Menjadi seorang artis popular seperti Asmawi Ani atau Mawi memang begitu sukar sekali kerana apa sahaja yang dilakukan sering kali menjadi perhatian dan perbualan mulut orang sekeliling.
Sudah menjadi adat manusia, ramai yang suka dan tidak kurang pula yang mengeji dan bagi Mawi sendiri, dia sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan isteri tercinta.
Kisah Ekin yang kelihatan setiap masa bersama Mawi mungkin boleh dianggap sebagai satu kisah menarik untuk dikupas.
Masakan tidak, hampir setiap masa dan dalam apa jua majlis sekalipun, kelibat Ekin akan tetap ada untuk berada di samping suaminya sehingga ramai yang sudah jelik melihatkan gelagat mereka.
Sehinggakan ada yang mendakwa Ekin mengawal Mawi dari semua aspek sehingga tiada lagi kebebasan untuk Mawi menguruskan dirinya sendiri.
Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang singgah di telinga bahawa kaki dan tangan Mawi sudah dikunci rapat isterinya.
Tidak kurang pula yang dengan nakal merumuskan Mawi kini hidup di bawah ketiak isterinya sehinggakan langkah Mawi akan dituruti oleh Ekin.
Semua itu menimbulkan perasaan kurang selesa orang sekeliling terutama sekali peminat fanatik Mawi.
Banyak juga maklum balas yang diterima Hits yang memperkatakan tentang gelagat Ekin sehingga mereka sendiri berasa mual dan mempersoalkan kredibiliti Ekin sehingga mampu untuk bersama Mawi setiap masa.Kata mereka, jika hendak diukur kejayaan, sumbangan dan populariti Ekin dalam bidang seni, bagaikan langit dan bumi dengan pasangan selebriti lain.
Mengajukan persoalan ini kepada Mawi dan Ekin sewaktu sesi fotografi yang berlangsung di studio Utusan petang Jumaat lalu, Mawi tenang menjawab setiap dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Kalau sudah namanya suami, sudah tentu Mawi akan menyebelahi isterinya.
Malah, Mawi berpendapat, segala dakwaan itu bukanlah satu perkara yang seharusnya diperbesarkan kerana apa yang dilakukan tetap ada batasnya.
Setidak-tidaknya, kata Mawi, kehadiran isterinya itu adalah bertujuan untuk mengelakkan fitnah mahupun kata-kata dusta dilemparkan kepadanya.
揝aya tidak pernah ikut telunjuk Ekin mahupun dikawal olehnya seperti mana yang diperkatakan. Dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Malah, saya senang apabila dia ada bersama untuk menjaga penampilan dan pakaian saya.
揃ayangkan kalau dia tidak ada bersama saya, orang boleh berkata macam-macam kepada saya dan seterusnya akan sampai ke telinga isteri saya, |
|
|
|
|
|
|
|
aiikk baca saja ka???? tadak sepatah kata pun komen ka?? terkedu ka??? jadik dia tau la jugak eekkk selama nih apa pandangan peminat kat dia baguih la mcm tu paling kurang dia berkesempatan utk pulihkan mana2 yg patut kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 cloroc\ catat
Rasanya dah ada dah citer ni dalam board mawi...x ingat thread yg mana...niy yg postkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
saja aku nak letak sini cuba tengok ohbulan.com tulis apa
Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBH 2008)
Ada telahan penulis yang tepat kena pada sasaran, ada yang sebalik’nya pula (Rujuk entri (ABPBH 2008) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Malam Ini!). Paling mengecewa’kan penulis adalah apabila trofi Artis Baru Popular di’menangi oleh Stacy. Argghh, kenapa bukan Lisa Surihani? Pemilik BeautifulNara.com juga kecewa, kata’nya mengapa bukan Scha?
Menarik juga persembahan live daripada kumpulan Kristal, ada Jefry Din! Caya’lah!
OHBULAN! juga akan update entri ini dari masa ke semasa, anda seharus’nya refresh page ini sepanjang ABPBH 2008 berlangsung. Setakat ini, keputusan adalah seperti berikut :
1. Pengacara TV Lelaki Popular —> Aznil Haji Nawawi
2. Pengacara TV Wanita Popular —> Fara Fauzana
3. Penyampai Radio Lelaki Popular —>Faizal Ismail
4. Penyampai Radio Wanita Popular —>Fara Fauzana
5. Artis Nasyid Popular —> Rabbani
6. Artis Komedi Lelaki Popular —> Nabil Raja Lawak
7. Artis Komedi Wanita Popular —-> Noorkhiriah
8. Artis Baru Lelaki Popular - Nabil Lagi..Hehehe
9. Artis Baru Wanita Popular - Stacy (kenapa bukan Lisa Surihani?)
10. Pelakon TV Lelaki Popular –> Rosyam Nor (Adus, tak kena target!)
11. Pelakon TV Wanita Popular –> Dynaz (Rezeki mengandung anak)
12. Penyanyi Kumpulan / Duo Popular –> Meet Uncle Hussain
13. Penyanyi Wanita Popular –> Siti Nurhaliza
14. Penyanyi Lelaki Popular –> Suami Ekin…
15. Pelakon Filem Lelaki Popular –> Que Haidar (Dok bersayang-sayang je)
16. Pelakon Filem Wanita Popular –> Maya Karin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ABPBH) - dimenangi Jamal Abdillah
Anugerah Bintang Paling Popular 2008 jatuh kepada Nabil Raja Lawak 2 dengan undian 127,524. Tahniah Nabil, tapi, peh, Nabil selamba peluk Irma Hasmie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 niy's post
dah lenyap ker peminat mawi ....semalam sunyi sepi jer bila ekin naik pentas
mawi menang pun semua terkejut .... aku mati2 ingat aizat atau nubhan yang menang |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 KartikaBudiasih\ catat
o000000...
kalau rajin dan lapang
datanglah borak-borak kat benang borak
title: bulan madu di langit biru (hijau)
kitaorg kat sini baik baik <chewah.. masuk bakul angkat sendiri >
|
|
|
|
|
|
|
| |
|