View: 2752|Reply: 1
|
Ismail Haron - 28 Tahun Nyanyi di Australia -
[Copy link]
|
|
28 tahun menyanyi di Australia
Pembawaan lagu-lagunya yang ala bintang antarabangsa Tom Jones telah mengangkat nama Ismail Haron
ISMAIL Haron bakal membuat persembahan
bersama Jamal Abdillah tidak lama lagi.
"ILHAM dari pujangga, berdiam diri bukan ertinya kau kalah. Biar cercaan sekali datang menimpa, sudahlah memang adat di dunia. Bersuaralah kamu pada perkara berguna, itulah sifat orang bijaksana."
Jika kita biasa mendengar nukilan penuh bermakna itu, maka mengertilah kita akan bait-bait indah yang cuba dihamparkan oleh penyanyi dan pemuzik retro terkenal ala Tom Jones, Ismail Haron.
Beliau merupakan inspirasi kebangkitan genre irama pop suatu ketika dahulu. Era 1960-an merupakan pentas individu ini melonjakkan namanya. Pembawaan lagu-lagunya yang ala bintang antarabangsa Tom Jones telah mengangkat nama Ismail Haron.
Sebuah desa kecil berhampiran Killiney Road, Singapura menjadi saksi kepada kelahiran pujanga seni ini. Anak keempat daripada 12 adik beradik ini telah menunjukkan minat terhadap seni muzik dan nyanyian sejak berumur tujuh tahun lagi.
Minatnya telah digarap masuk melalui kugiran The Valiants, dan kelab-kelab malam di sekitar Singapura. Selepas The Valiants dibubarkan, dia menyertai The Vigilantes pula. Hijrahnya membawa kepada suatu rezeki yang sangat berharga kerana pada usia semuda 20 tahun pada tahun 1968 dia merakamkan album pertama bersama kugiran barunya itu.
Inspirasi Tom Jones menjadi inti pati album tersebut. Lagu Enam Belas Lilin dalam album tersebut telah memasuki carta muzik Malaysia selama 15 minggu.
Pada awal tahun 1970, dia ditawarkan menjadi penyanyi solo oleh EMI. Gandingan duetnya bersama biduanita Anita Sarawak telah mempopularkan lagi namanya.
Lagu-lagu duet yang pernah menjadi momen indah buat pasangan ini termasuk Menunggu Nasi Minyak dan Kisah Dol dan Minah. Kekuatan sebenar Ismail Haron adalah kebolehannya menguasai segala aspek seni muzikal.
Bagaimanapun, lelaki ini tidak pernah alpa akan keseimbangan antara kepentingan keperluan dunia serta kewajipan akhirat.
Meskipun aktif dalam dunia seni, dia tetap banyak meluangkan masa untuk belajar serta memahami ilmu agama. Dia juga sering menjadi qari jemputan semasa majlis-majlis keagamaan.
Pada tahun 1974, satu tawaran yang pastinya sukar untuk ditolak telah membawanya ke pentas hiburan yang lebih bermakna.
"Saya telah diberi peluang untuk membuat persembahan di sebuah kelab malam di Brisbane, Australia. Ia tawaran yang sungguh hebat," ujarnya.
Antara kelab malam lain di Australia yang pernah menyaksikan bakatnya ialah The Gat Club, The Brazil dan Pinocchio. Semua persembahannya itu diuruskan oleh ejen artis antarabangsa, Brian Heggarty Entertainment.
Setelah 28 tahun merantau, Ismail akhirnya kembali semula ke tanah airnya.
"Puas sudah rasanya saya hidup merantau. Sudah tiba masanya untuk saya kembali menemui kaum keluarga di Singapura.
"Lagipun saya rindukan suasana kampung dan riuh rendah ahli keluarga yang dah lama saya tinggalkan.
"Setelah berfikir dengan mendalam, saya ambil keputusan untuk pulang ke Singapura," katanya dalam nada terharu.
Pada usia 63 tahun, pengaruh seni Ismail Haron masih ketara. Buktinya, Konsert 38 tahunnya di Marquee Downtown East, Pasir Ris Singapura mendapat sambutan hangat daripada golongan tua dan muda.
Ismail juga bakal membuat persembahan bersama penyanyi pop Malaysia, Jamal Abdillah dalam konsert yang akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi.
*******************************************************************************
kalau buka klasik FM memang sokmo juga dengar nyanyian ismail haron ni
dan few lagu2 dia duet dengan anita sarawak -
pasal buat persembahan dengan jamal tu - rasanya masa konsert IB jamal
this coming august -- would be interesting tengok ismail haron ni nyanyi
sebab tak pernah pun tengok dia nyanyi kat mana2 pun -- |
|
|
|
|
|
|
|
i likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|