|
[R-TV] Gadis Melayu Musim 2 [ FIQA JUARA!! ]
[Copy link]
|
|
Alahai Gadis Melayu!
![](http://www.bharian.com.my/Tuesday/Hip/20090901091140/mainpix1.jpg)
Peserta Gadis Melayu.
Program ubah format ikut selera penonton
APA sudah jadi kepada program realiti Gadis Melayu musim kedua? Program terbitan TV9 yang baru memulakan musim barunya pada 6 Ogos yang lalu seperti lari daripada objektif asalnya mencari sekumpulan gadis yang penuh dengan ciri kemelayuan.
Pada sidang media mengumumkan kemunculan semula program itu, wakil TV9 memberitahu memang wujud perubahan pada program Gadis Melayu kali ini yang berkonsepkan kontemporari dan moden. Seperti yang dijanjikan TV9, apabila program itu memulakan siarannya satu fasa perubahan besar berlaku kepada program berkenaan. Paling ketara, penampilan 12 peserta serta dua hosnya iaitu Sharifah Shawati dan Juliana Evans langsung tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuan.
Jika pada musim terdahulu, pesertanya kelihatan ayu berbaju kurung tetapi kali ini terutamanya pada episod yang ketiga, tiada lagi baju kurung atau kebaya tersarung pada tubuh pesertanya sebaliknya baju di paras lutut serta seluar ketat menjadi pilihan.
Kenapakah TV9 mahu memodenkan sebuah program unik? Sepatutnya mereka berbangga kerana belum pernah ada mana-mana stesen televisyen mewujudkan program sebegitu. Apabila Gadis Melayu dikontemporarikan, ia sekali gus meletakkan program ini sama dengan program stesen televisyen lain yang mencungkil bakat wanita muda dalam bidang pengacaraan.
Eksekutif Kanan Penjenamaan dan Pengurusan TV9, Zulkarnain Mokhtar, bagaimanapun menjelaskan biarpun musim ini lebih kontemporari tetapi mereka masih lagi mengekalkan ajaran mengenai adat resam serta budaya masyarakat Melayu.
Katanya, konsep program itu diubah bukan atas kehendak stesen sebaliknya mereka mengambil saranan penonton setia Gadis Melayu yang kononnya tidak percaya wanita Melayu bersifat lemah lembut masih wujud pada zaman ini.
“Apabila kami memperkenalkan konsep Gadis Melayu, antara maklum balas yang banyak kita terima ialah peserta program ini terlampau baik. Penonton tidak percaya pada zaman sekarang masih wujud gadis yang baik seperti peserta musim pertama. Daripada maklum balas yang kami terima itulah kami merombak konsepnya kali ini.
“Menerusi kajian, kami mencapai kata putus mencari peserta Melayu yang berperwatakan biasa. Kami juga membuka penyertaan kepada semua tidak kira sama ada peserta itu bertudung atau tidak bagi mewujudkan dasar kesaksamaan. Kita cuba membidas semula apa yang dikatakan penonton pada musim terdahulu,” katanya.
Sementara itu penerbit program itu, Shukri Ibrahim pula berkata, walaupun penampilan peserta kali ini lebih moden, namun peserta masih lagi perlu melalui pelbagai tugasan berkaitan adat serta budaya masyarakat Melayu.
“Kita masih tidak lari daripada adat dan budaya masyarakat Melayu. Pendidikan ke arah itu masih lagi kita terapkan, contohnya seperti belajar memasak masakan Melayu tradisional. Perkara itu masih lagi ada dalam musim ini cuma imej peserta saja yang sedikit berbeza musim ini,” katanya.
Pada episod ketiga yang lalu, peserta berasal dari Ipoh, Perak, Raja Nur Juliana Raja Mohd Zamani atau Julia, 23, menjadi peserta pertama yang disingkirkan daripada program itu apabila gagal menambat hati penonton dan juri yang masing-masing menyumbang sebanyak 50 peratus markah.
Ketika ditemui, graduan Taylor’s University College, Australia, berkata dia akur dengan konsep program realiti yang membabitkan penyingkiran tetapi tidak menyangka menjadi peserta pertama yang disingkirkan.
“Saya memang tahu konsep penyingkiran dalam program realiti tetapi tak sangka akan terkeluar sebegini awal. Apabila nama saya diumumkan berada di tangga paling bawah, saya memang amat terkejut. Saya berasakan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kumpulan dengan baik dan tidak mungkin akan disingkirkan.
“Ketika peratusan markah awal diumumkan, saya sangkakan kedudukan saya akan terselamat tetapi tak sangka pula apabila keputusan kedua diumumkan markah saya yang paling rendah. Saya rasa sedih sangat kerana baru tiga minggu mengenali rakan baru, tiba-tiba saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.
“Memandangkan saya belajar dalam bidang komunikasi masa, saya berharap pembabitan dalam program Gadis Melayu akan memberi peluang kepada saya untuk menceburi mana-mana cabang dalam bidang penyiaran sesuai dengan kursus yang saya ambil,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
15# Syd
Aku memang setuju komen yg diberikan tue dan hairan kenaper tv9 mengambil tindakan yg drastik nie... adekah tv9 di desak oleh pihak tertentu....
yg tak faham nie adalah... gadis Melayu pakai baju Melayu bertudung litupnya dianggap terlalu baik.... tidak pijak di bumi realiti?
bukankah itu lagi unik...  berbandingan program hiburan realiti yg laing?
apesal nak ambik yg terlalu jahat ker..?
ironikan dgn gambar yg tersebar meluas kat internet tue kan!
kalo masih teruskan jugak dgn format lagu nie.. aper bezanya dgn pertandigan lain seperti nona ?
fikir fikir kanlah! |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta Gadis Melayu sokong Jasmine Soraya dikekalkan
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
![](http://mstar.com.my/archives/2009/9/9/mstar_hiburan/013598006.jpg)
Jasmine kini lebih tabah untuk meneruskan perjuangannya dalam program 'Gadis Melayu' musim kedua. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
BIARPUN kontroversi silam membelenggu diri Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail, 21, rakan-rakan peserta program ‘Gadis Melayu’ musim kedua sentiasa memberikan sokongan padu.
Walaupun pada mulanya sedikit tertekan, Jasmine bertuah kerana peserta yang rapat dengannya dalam program terbitan TV9 itu, Shazfinas Hashim, 25, dan Nadia Adrianna Mohd Akbal, 23, sentiasa memberi sokongan kepadanya termasuk menemani Jasmine ketika ditemubual.
Selepas tersebar foto yang memaparkan aksinya sedang berseronok bersama teman sambil tangan memegang botol arak serta bercumbuan dengan rakan sesama jenis yang disebarkan di internet, Nadia dan Finas tidak henti-henti memberikan nasihat dan sokongan moral agar Jasmine tabah untuk meneruskan perjuangannya dalam program itu.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan positif..saya lebih memandang ke hadapan sebab perkara ini sudah berlalu dan tak guna saya nak ingat semula.
“Saya harap program Gadis Melayu akan menjadi platform untuk saya terus maju dan membuat perubahan.
“Gadis Melayu banyak membantu menyelami banyak perkara. Paling ketara, program ini membuka mata saya untuk lebih menghargai orang sekeliling dan keluarga,” luahnya ketika ditemui di majlis pelancaran program raya TV3 dan TV9 di One Utama.
Jasmine memberitahu gambar ‘sosial’nya itu dirakam ketika dia berusia 18 tahun dan dia mengetahui siapa yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu.
“Saya tahu siapa yang buat kerja ini..saya dan dia sudah tidak bertegur sapa sejak tahun lepas. Tetapi saya tidak akan mengambil tindakan terhadapnya,” ujar gadis berdarah kacukan Melayu dan Cina ini.
Lantas Jasmine turut memaklumkan yang dia tidak mampu untuk menutup mulut orang luar untuk terus berkata-kata tentang isu gambar ‘sosial’nya itu.
“Setiap perubahan yang berlaku dalam diri saya untuk menjadi lebih baik..Saya dan rakan-rakan dalam Gadis Melayu sentiasa memberi kerjasama, duduk sekali dan berbincang untuk masa akan datang.
“Saya tahu, jangkaan orang tentang isu ini begitu tinggi. Sampai sekarang pun kita tak boleh nak tutup mulut orang tetapi bagi saya biar yang kenal rapat dengan saya sahaja yang boleh menghakimi saya,” luahnya yang turut mengakui sudah berhenti ‘minum’.
Namun Jasmine berkata dia tidak mampu berjanji untuk mengatakan yang dia telah berhenti dari menjejakkan kaki di kelab-kelab malam.
Katakanlah dia akan dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu pada penghujung episod program ini nanti, Jasmine berkata dia hanya mampu memikirkannya selepas program ini berakhir.
“Saya sukar hendak buktikan yang menunjukkan saya sudah betul-betul berubah..takkan orang baru nak percaya hanya selepas saya bertudung litup dan berjubah..,” ujarnya yang agak berhati-hati untuk menjawab setiap soalan yang diutarakan sehingga kadangkala memerlukan bantuan Finas.
Dalam pada itu, Finas yang sentiasa bersama-sama Jasmine berkata dia dan peserta lain tidak akan meminggirkan rakan baiknya itu dan sentiasa memberi nasihat dan pujukan.
“Kami semua banyak memberi nasihat dan pujuk dia dengan mengatakan ‘it’s ok’ dan ‘be strong’. Lagipun dalam program Gadis Melayu ada sesi motivasi, tazkirah, ceramah yang banyak membantu serta solat jemaah setiap hari.
“Kita hanya perlu ubah diri kita dan program ini banyak membantu selain orang-orang di sekeliling kita,” tuturnya.
Program realiti ‘Gadis Melayu’ musim kedua bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di TV9. |
|
|
|
|
|
|
|
Gadis Melayu 2 ada muka kemelayuan
Oleh ABD. AZIZ ITAR dan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1009/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg)
(Duduk dari kiri) Hafiza Bustanul Ariffin dan Robeaha Ramza. (Berdiri dari kiri) Rahimah Ibrohim, Nadiah Adrianna Mohd Akbal, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, Putri Noor Nawal Ramlan dan Hashim.
DALAM bidang yang disinari kilauan glamor, kerjaya seperti model, pengacara, pelakon, penyanyi dan termasuklah juga personaliti televisyen (TV) biasanya mengutamakan serta menampilkan rupa paras personaliti yang menawan.
Selain itu, wajah-wajah kacukan terutamanya antara Melayu dan Barat juga sering menjadi tumpuan serta diketengahkan dalam bidang-bidang tersebut di mana ia secara tidak langsung sering mengetepikan bakat anak-anak tempatan.
Walaubagaimanapun, stesen TV9 menerusi rancangan terbitan mereka, Gadis Melayu bukan sahaja lebih mengutamakan peserta berwajah kemelayuan tetapi juga mempunyai kecerdasan minda dan stamina tinggi.
Menurut Penerbit Gadis Melayu musim kedua, Shukri Ibrahim, pertandingan itu yang kini sedang ditayangkan di TV9 amat mementingkan ciri-ciri kemelayuan ke atas para pesertanya sebagai salah satu identitinya yang tersendiri.
“Keutamaan kami ialah kepada para peserta yang mempunyai wajah Melayu sesuai dengan nama rancangan ini iaitu Gadis Melayu. Boleh dikatakan semua wajah peserta yang diketengahkan dalam pertandingan ini ada unsur kemelayuannya.
“Sebagai contohnya, Syafika salah seorang peserta Gadis Melayu dikatakan memiliki raut wajah gadis Melayu yang klasik,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama para peserta pertandingan itu baru-baru ini.
Jelas Shukri, Gadis Melayu bukan sahaja menitikberatkan raut wajah kemelayuan tetapi pertandingan itu juga akan memastikan agar setiap pesertanya mengetahui latar budaya bangsa mereka.
Ia katanya, sebagai salah satu cara TV9 menerapkan unsur-unsur seni dan warisan budaya Melayu menerusi para peserta Gadis Melayu supaya ia dapat disebarluaskan kepada penonton pertandingan tersebut.
“Sama seperti tahun lalu, kami akan memastikan semua peserta Gadis Melayu mengetahui sedikit sebanyak tentang adat dan budaya masyarakat Melayu. Misalnya, mereka harus tahu tentang rempah ratus atau masakan tradisional Melayu.
“Pendekatan itu kami mulakan sewaktu sesi uji bakat lagi supaya segala paparan yang kami tonjolkan akan benar-benar menggambarkan tentang gadis Melayu yang tahu tentang budaya mereka sendiri,” ujarnya.
Tambah Shukri, selain menerapkan tentang adat, budaya dan kesenian Melayu, para peserta Gadis Melayu turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti lasak yang mampu menguji tahap fizikal dan stamina mereka.
Semua itu jelasnya, bagi menyeimbangi antara nilai-nilai kesopanan dengan tahap keyakinan diri sebagai persiapan buat para peserta pertandingan itu berdepan dengan pelbagai cabaran yang akan mereka hadapi kelak.
“Dalam soal ini, kami meletakan elemen pengetahuan, kesopanan dan kekentalan fizikal serta mental 50 - 50 atau pun sama rata kerana kedua-duanya saling membantu bagi meletakkan mereka sebagai gadis Melayu zaman ini.
“Sebab itu jangan fikir gadis Melayu itu terlalu lembut atau pingitan tetapi mereka juga sebenarnya sama seperti gadis-gadis bangsa lain yang juga mempunyai taraf serta daya juang yang tinggi dalam kehidupan,” ulasnya.
Shukri tidak menafikan para peserta Gadis Melayu mempunyai banyak peluang yang cerah dalam kerjaya masing-masing pada masa depan berdasarkan pengalaman yang mereka tempuhi dalam pertandingan itu.
Antaranya menjadi pengacara dalam rancangan-rancangan terbitan TV9 ataupun syarikat-syarikat di bawah naungan Media Prima Berhad sama ada secara sepenuh masa mahupun kontrak.
“Biasanya, pemenang Gadis Melayu akan mengikat kontrak selama tiga bulan dengan TV9 selepas itu terpulanglah kepada tawaran seterusnya di mana ia atas pilihan mereka sendiri.
“Salah seorang peserta Gadis Melayu musim pertama iaitu Husna misalnya, kini telah diambil bekerja sebagai kakitangan di Media Prima Berhad ekoran pendedahan yang diraihnya menerusi pertandingan ini,” jelasnya lagi.
Sementara itu, kebanyakan peserta Gadis Melayu 2 berasa teruja untuk meneruskan persaingan mereka di mana tujuh peserta itu akan meneruskan saingan mereka sebelum pertandingan akhir diadakan pada November ini.
Mereka terdiri daripada Nadiah Adrianna Mohd Akbal, Shazfinas Hashim, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, Hafiza Bustanul Ariffin, Rahimah Ibrohim, Putri Noor Nawal Ramlan dan Robaeha Ramza Ramli.
Hits sempat menemubual sebahagian daripada finalis Gadis Melayu 2 bagi berkongsi pengalaman mereka sepanjang bersaing dalam pertandingan TV realiti tersebut.
Fiqa ambil cuti
Kebanyakan peserta Gadis Melayu 2 bukan calang-calang kerana selain memiliki personaliti yang menarik mereka juga mempunyai latar pendidikan yang tinggi termasuklah Fiqa.
Gadis berusia 20 ini merupakan pelajar bidang Sains Mikrobiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor yang pada masa sama turut meminati dunia penyiaran.
Sebab itu tidak hairanlah pemilik nama sebenar Siti Nursyafiqa Amirol Melvin ini sanggup mengambil cuti belajar sementara bagi mencuba nasib dalam pertandingan pencarian gadis Melayu sebagai personaliti pelapis dalam dunia penyiaran.
“Saya sepatutnya menyambung pelajaran dalam bidang itu dalam tahun kedua tetapi kerana minat, saya tangguhkannya buat sementara waktu. Kalau tidak kerana pertandingan ini pengajian saya akan berakhir pada 2011.
“Saya tidak kesal berbuat begitu kerana melalui program ini saya banyak menimba pengalaman baru antaranya ia sedikit sebanyak telah membina keyakinan dalam diri saya untuk berdepan dengan cabaran pada masa depan,” katanya.
Gadis berasal dari Parit Buntar, Perak ini misalnya melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti memandu kereta lumba di mana rasa keterujaan itu menambahkan lagi keberanian dan keyakinan dalam dirinya.
Nadia terapkan sifat qana'ah
Bagi gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, Nadia Adrianna Mohd Ikbal, Gadis Melayu 2 banyak mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Nadia yang secara jujur mengakui sebelum ini dia agak boros, tetapi selepas melalui hari-hari sebelumnya di dalam Gadis Melayu 2 membuatkan dia berasa lebih menginsafi tentang sikapnya itu.
Antara intipati yang diraihnya dalam membentuk sahsiah diri itu ialah menerusi beberapa program yang diselitkan dalam pertandingan TV realiti itu yang banyak memberi kesan terhadap dirinya.
“Dalam Gadis Melayu 2, ada seorang ustazah yang datang ke rumah penginapan kami dan memberi ceramah di mana pada masa sama mengajar kami lebih mendalam tentang ilmu agama Islam.
”Melalui ceramah itu, dia banyak memberi kami kesedaran supaya kami semua lebih menghargai rezeki yang diberikan dan mengamalkan sifat qana'ah,” ujar model sambilan berusia 23 tahun dalam nada bersyukur.
Tambah Nadia, antara pengalaman menarik yang dilaluinya ialah ketika tugasan memasak masakan Jawa di mana dia perlu mencari sendiri ulam cikra cikri di sebuah kebun dan menangkap ikan keli sendiri bagi menyelesaikan tugasan itu.
Finas lebih berkeyakinan
Bagi jurulatih meluncur ais, Shazfinas Hashim, Gadis Melayu 2 banyak mengajarnya untuk menjadi seorang yang boleh berdikari dan lebih berkeyakinan tinggi dalam meniti cabaran-cabaran hidup.
Finas yang tidak pernah berenggang dengan keluarganya sejak dari kecil mengakui dia menangis ketika berpisah dengan keluarganya kerana menyertai rancangan ini.
Namun, pengalaman dalam rancangan ini mengajarnya untuk menjadi lebih kuat dan berkeyakinan tinggi walaupun terpaksa berjauhan dari keluarganya.
Malah, dia tidak menafikan tugasan-tugasan yang dilakukannya dalam Gadis Melayu 2 banyak merubah sikap dan keyakinan dalam dirinya.
“Contohnya, tugasan menjual lukisan batik mengajar saya untuk lebih berani bercakap dengan orang ramai kerana sebelum ini saya seorang yang pemalu,” ujar Finas. yang kini berusia 25 tahun.
Putri tidak ‘ganas’ lagi
Sementara itu, bagi Putri Noor Nawal Ramlan pula, dia turut melalui transformasi yang agak besar pada dirinya sepanjang berada di dalam rancangan Gadis Melayu 2 ini.
Menurut Putri, jika sebelum ini dia boleh dikategorikan bersifat agak kasar kerana membesar bersama tiga orang adik-beradik lelaki, namun dia sekarang lebih lemah-lembut dan bersopan-santun.
”Sebelum ini, saya memang lasak, kasar dan lantang. Tetapi emak saya sedar perubahan saya menjadi seorang yang sedikit berbeza dan dia seronok.
”Bukanlah kalau tak masuk rancangan sebegini kita tidak akan berubah, tetapi rancangan ini membuatkan saya sedar lebih cepat.
“Saya akui gelaran ikon Gadis Melayu 2 adalah sesuatu yang berat untuk digalas oleh tetapi kami sudah asalkan hati ikhlas dan atas tujuan yang baik, gelaran itu pasti boleh digalas dengan sebaik mungkin,” kata pemilik Diploma Senireka Grafik Kolej PTPL, Shah Alam, Selangor, ini lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih tak ada lagi c Sharifah Jasmine Soraya (SJS) dalam program ni? Kalau ya, confirm haku tak lyn. Baik tgk TOWER 13 lagi best. Best thp extreme. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau SJS sampai final, maka program GADIS MELAYU musim kali ni mmg program sampah, from HELL, not from HEAVEN. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejutan Gadis Melayu 2
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1016/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg)
ENAM orang peserta Gadis Melayu 2.
DALAM sesebuah rancangan realiti televisyen (TV), tidak lengkap jika tidak diselitkan dengan adegan-adegan yang berbentuk kejutan. Begitu juga dengan rancangan realiti TV Gadis Melayu 2 terbitan TV9.
Rancangan bagi musim kedua ini memberi kejutan memasukkan kembali Hazlin Hussain, 26, yang terkeluar pada minggu keenam atas undian para juri.
Menurut Penerbit Gadis Melayu 2, Shukri Ibrahim, pemilihan Lyn oleh para juri bukanlah sekadar tangkap muat, tetapi mereka menilainya daripada setiap aspek.
"Lyn dilihat sebagai salah seorang peserta yang menyerlah dan bersemangat dalam menyelesaikan setiap tugasan dan jumlah undian yang diterimanya juga boleh tahan.
"Mungkin masa dia dikeluarkan dia tidak begitu bernasib baik kerana kalah pada tugasan minggu tersebut tetapi atas semangatnya, dia dimasukkan kembali.
"Saya pasti ada antara peserta yang mempersoalkan kenapa dia yang dimasukkan, sedangkan undian masuk ini bukanlah berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi tetapi atas pilihan juri. Mereka ada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama para peserta pertandingan itu baru-baru ini.
Menurut Shukri, undian masuk itu dilihat sebagai suatu usaha untuk menggalakkan persaingan yang sihat antara peserta bagi memberikan yang terbaik menjelang final November ini.
Final Gadis Melayu 2 akan disiarkan secara langsung di TV9 pada 5 November ini pada pukul 8.35 malam.
Sementara itu, keenam-enam peserta Gadis Melayu 2 termasuk Lyn berasa teruja kerana dapat melangkah sejauh ini dan mereka menyimpan impian yang sama iaitu untuk berada di pentas final dan merangkul gelaran juara Gadis Melayu 2.
Selain Lyn, para peserta Gadis Melayu 2 ialah Nadia Adrianna Mohd Akbal, 23; Shazfinas Hashim, 26; Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 20; Rahimah Ibrohim, 21; dan Putri Noor Nawal Ramlan, 23.
Hits sempat menemu bual keenam-enam peserta bagi berkongsi pengalaman mereka sepanjang bersaing dalam pertandingan tersebut.
Nadia dapat undi tertinggi
Nadia Adrianna Mohd Akbal dari Kota Kinabalu, Sabah ini, sentiasa berada di tempat yang selamat apabila undian SMSnya sentiasa yang tertinggi pada setiap minggu.
Namun, walaupun berada di zon selesa, itu tidak membuatkan Nadia berasa tenang dan melakukan tugasan yang diberi kepadanya secara sambil-lewa.
Sebaliknya Nadia berasa bertanggungjawab atas undian dan sokongan yang diberikan penonton dengan memberikan yang terbaik supaya tidak menghampakan mereka.
"Pada awalnya saya lemah dalam melakukan tugasan kerana saya bukanlah seorang yang lasak.
"Namun saya jadikan kepercayaan orang mengundi saya sebagai satu motivasi untuk melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan dan berharap ia akan kekal sehingga ke final nanti," ujar gadis tinggi lampai ini.
Sewaktu diminta komen tentang kemasukan Lyn pula, dia dan rakan-rakannya agak terkejut namun baginya itu sebagai penguat semangatnya untuk memberikan yang terbaik pada final kelak.
Finas terkilan jika terkeluar
Bagi Shazfinas Hashim segala harapan dan perit-jerih yang dilaluinya sepanjang berada dalam rancangan ini terbalas kerana layak sebagai finalis.
"Saya sudah pergi sejauh ini dan agak terkilan jika tidak dapat menjadi salah seorang daripada finalis.
"Sepanjang saya berada dalam Gadis Melayu 2, pelbagai dugaan dan cabaran telah dilalui dan ia menjadikan saya lebih berkeyakinan, kuat dan tegas.
"Bagi saya, Gadis Melayu 2 merupakan program realiti TV yang baik kerana ia berjaya menjadikan kami individu yang versatil.
"Semestinya saya mengharapkan untuk menjadi juara, namun dapat melangkah masuk ke final pun sudah cukup baik," ujar Finas yang juga merupakan peluncur ais kebangsaan.
Fiqa yakin punya ciri gadis Melayu
Melihat kepada wajah ayu Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin ini, tiada siapa menjangka yang dia baru berusia 20 tahun.
Namun baginya, usia bukan penghalang untuk bersaing dengan rakan-rakannya yang lain yang lebih senang dipanggil sebagai kakak itu.
Bagi Fiqa, setiap orang ada peluangnya yang tersendiri dan sama rata untuk menonjolkan diri. Dia yakin dengan sifat dalaman dan kebolehan akan melayakkannya memegang gelaran ikon Gadis Melayu 2.
"Bagi Fiqa, sifat seorang gadis Melayu bukan terletak kepada pemakaian tudung ataupun sifat lemah-lembut tetapi lebih kepada sifat dalaman yang mesti ada ciri-ciri kemelayuan.
"Kekuatan saya adalah pandai membawa diri dan menyesuaikannya dengan orang sekeliling. Tetapi pada masa sama saya masih menjaga batas sebagai seorang gadis Melayu," ujarnya yang masih menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana muda Sains Mikrobiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ima harapan keluarga
Bagi pemilik nama Rahimah Ibrohim ini, dia cukup bertuah kerana dapat membuat apa yang dia minati dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua ahli keluarganya.
Keputusannya mengambil cuti belajar sementara walaupun tinggal satu semester bagi menyertai rancangan Gadis Melayu 2 ini mendapat sokongan daripada keluarga.
"Memang sejak kecil lagi saya berminat untuk menjadi pembaca berita, bukan kerana mahu glamor ataupun menjadi terkenal tetapi saya memang suka bidang ini.
"Apabila diberi peluang untuk menyertai Gadis Melayu 2, keluarga saya menyokong 100 peratus dan tidak kisah saya mengambil cuti belajar.
"Apabila sudah sejauh ini, semestinya harapan keluarga kepada saya sangat tinggi dan saya bersyukur mereka semua menyokong perjalanan hidup yang saya pilih ini," ujar penuntut tahun akhir Diploma Hiasan Dalaman, Universiti Teknologi Mara.
Undi SMS Putri paling rendah
Putri Noor Nawal Ramlan mungkin agak cemerlang dalam setiap tugasan mingguannya. Namun, undian SMSnya pula sentiasa berada di antara yang terendah berbanding peserta lain.
Setiap minggu Putri sering diselamatkan dengan markah daripada para juri dan kemenangan imuniti kumpulannya sehingga dia dapat bertahan sejauh ini.
"Itulah rezeki yang Tuhan bagi kepada saya dan saya pasti akan melakukan yang terbaik kerana telah diberi peluang sebegitu.
"Sepanjang saya berada dalam Gadis Melayu 2, banyak perubahan yang saya lalui. Paling ketara ialah sifat saya yang lebih lemah-lembut berbanding diri saya dulu yang agak kasar.
"Cara saya berpakaian pun sudah lebih feminin berbanding dahulu kerana saya lebih senang bergaya dengan kemeja-T dan ini mungkin akan membuatkan emak saya tersenyum bangga," ujar Putri yang ramah dan gemar bergurau.
Lyn hargai peluang kedua
Kemasukan semula Hazlin Hussain atau lebih dikenali sebagai Lyn ini mengundang banyak rasa tidak puas hati antara rakan-rakannya yang lain.
Bagi mereka, Lyn yang terkeluar pada minggu keenam sudah terlalu lama berada di luar dan tidak berasa susah-payah yang mereka tempuhi.
Namun, walau apapun tanggapan mereka, Lyn tetap positif dan menghargai peluang kedua yang diberikan oleh para juri dan berjanji untuk melakukan yang terbaik.
"Saya faham perasaan mereka tetapi saya percaya juri ada sebab tertentu untuk memilih saya sebagai antara enam yang terkeluar untuk masuk kembali kerana sekarang ini adalah pilihan juri, bukannya berdasarkan SMS.
"Kalau mereka berada di tempat saya, saya pasti mereka juga tidak akan menolak peluang kedua yang diberikan kerana masing-masing punya impian yang sama iaitu mahu menjadi juara Gadis Melayu 2.
"Untungnya saya, sepanjang dikeluarkan, saya dapat menonton Gadis Melayu 2 sebagai seorang penonton dan tahu setiap kelemahan serta kekurangan yang perlu diatasi jika terus kekal dalam rancangan ini.
"Dengan peluang kedua ini juga, saya akan melakukan yang terbaik kerana saya menyertai Gadis Melayu 2 bukan sekadar mengisi masa lapang atau sekadar suka-suka. Sebaliknya, saya mahu menjadi yang terbaik di kalangan peserta lain," ujarnya yang meminati tarian tradisional Melayu sejak kecil lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Peribadi Gadis Melayu disiasat
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1104/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg)
FINALIS Gadis Melayu 2 (dari kiri) Putri, Nadia, Fiqa, Lyn dan Finas akan bersaing pada peringkat akhir pertandingan itu, malam esok.
SECARA luarannya, pertandingan program televisyen (TV) realiti, Gadis Melayu bertujuan melahirkan gadis-gadis Melayu yang bukan setakat ayu, berpendidikan dan berketrampilan tinggi, tetapi juga sebagai selebriti TV pelapis pada masa depan.
Malah, program terbitan TV9 itu turut menjaga nama baik serta penampilan setiap pesertanya agar ia selaras dengan imej gadis Melayu yang dikatakan mempunyai jati diri dan maruah yang tinggi di kalangan masyarakat sejak dari dulu lagi.
Menyedari pentingnya elemen-elemen itu, stesen TV di bawah naungan Media Prima Berhad itu akan lebih menitikberatkan soal latar belakang sosial para peserta Gadis Melayu pada musim akan datang bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai rekod bersih sahaja dibenarkan bertanding.
Menurut Penerbit Gadis Melayu musim ke-2, Shukri Ibrahim, perkara itu timbul apabila ada di kalangan peserta pertandingan itu yang menjadi bualan ramai selepas gambar-gambar tidak senonoh mereka seperti meminum arak di disko telah diedarkan menerusi Internet baru-baru ini.
Pengurusan TV9 ujarnya, memandang serius tentang perkara tersebut dan stesen itu akan membuat saringan terlebih dahulu untuk memastikan peserta program itu bersih daripada rekod buruk.
"Kami juga akan siasat latar belakang mereka. Bagaimanapun, ada juga perkara yang di luar bidang kuasa kami, contohnya aktiviti-aktiviti masa lampau mereka yang kami tidak ketahui dan ia hanya diketahui selepas bermulanya musim baru Gadis Melayu itu di kaca TV.
"Kalau betul mereka ada rekod tidak baik atau melakukan aktiviti-aktiviti negatif yang boleh menjejaskan nama baik pertandingan ini, memang awal-awal lagi kami akan singkirkan mereka," katanya kepada Hits sewaktu ditemui sebelum sidang media Gadis Melayu 2 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Shukri mendedahkan, terdapat peserta pertandingan itu yang terbabit dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat di mana perlakuan itu akhirnya telah didedahkan menerusi Internet iaitu ketika bermulanya pertandingan tersebut.
Namun katanya, peserta terbabit telah pun tersingkir dan pada masa sama beliau turut memberi jaminan bahawa lima finalis Gadis Melayu 2 tidak mempunyai rekod buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 buat juaranya itu.
Pengalaman yang berlaku sebelum ini kata Shukri, memberi pengajaran kepada stesen itu dan kerana itu TV9 tidak teragak-agak memanggil peserta terbabit untuk memberi penjelasan.
Menurut Shukri, peserta itu mendakwa, gambar tidak senonohnya telah tersebar di Internet selepas dia terpilih bertanding dalam Gadis Melayu 2.
"Katanya, ia disebarkan oleh kawan-kawannya sendiri yang mungkin iri hati atau sengaja mahu mensabotajnya.
"Perkara tidak senonoh yang dilakukannya itu dilakukan sebelum peserta terbabit menyertai Gadis Melayu 2 dan ia berada di luar pengetahuan kami," ujarnya pada majlis pengumuman lima finalis pertandingan itu.
Lima finalis yang akan bersaing pada pertandingan akhir di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada 5 November ini (esok) bermula pukul 8.30 malam itu ialah Putri, Lyn, Finas, Fiqa dan Nadia dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV9.
Gadis Melayu 2 merupakan program TV realiti yang mengadili para pesertanya menerusi 50 peratus daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala 50 peratus lagi melalui pemilihan panel juri profesional.
Para juri yang akan mengadili para peserta Gadis Melayu 2 ialah Datin Seri Normala Shamsudin, Nurfarahin Jamsari, Izza Safinaz Ibrahim, Rosyam Nor, Syafinaz Selamat dan Adam Salleh.
Tambah Syukri, lima finalis pertandingan itu bukan setakat mempunyai rekod bersih, malah mereka juga berpendidikan tinggi, versatil dan mampu diserapkan sebagai selebriti seperti pengacara pelbagai rancangan di TV9 ataupun TV3 pada masa akan datang.
"Kami dapati kesemua finalis Gadis Melayu cukup versatil untuk diserapkan sebagai pengacara TV yang baru termasuklah dalam rancangan yang berkonsepkan hiburan. Apatah lagi menerusi tugasan-tugasan berbentuk kewartawanan yang kami berikan kepada mereka turut membantu ke arah itu.
"Kami harap dengan adanya pertandingan seperti ini kita akan dapat mencari pengacara pelapis seperti Normala Shamsudin, Wan Zaleha Radzi dan Ras Adiba Radzi.
"Malah, kami juga optimis rancangan ini akan mendapat sambutan hangat pada masa depan. Setakat ini sahaja rancangan ini ditonton oleh lebih 1.4 juta penonton selepas ia bersiaran 12 episod," ujarnya lagi.
Pada pertandingan akhir Gadis Melayu 2 kelak, pasangan pelakon, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, Emelda Rosmila akan menjadi pengacara pertandingan yang semakin popular di TV9 tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cume suke baju2 diorang jek..
lawa2 manik baju diorang nie ek. |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg menang smlm?aku x tgk la.... |
|
|
|
|
|
|
|
yang menang Fiqa..satu2nya calon yang bertudung...muda lagi 20 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
GADIS MELAYU SEKSI DAN SEKSA! |
|
|
|
|
|
|
| |
|