CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2539|Reply: 3

Quran tulisan tangan tahun 1266

[Copy link]
Post time 26-4-2009 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Al -Quran Tulisan Tangan Jadi Perhatian Juru Lelong

Oleh Manik Mehta



FRANKFURT, 22 April (Bernama) -- Sebuah kitab al-Quran tulisan tangan, yang diperoleh seorang pengumpul artifak semasa berada di Parsi (kini sebahagian daripada Iran) menarik minat jurulelong di Eropah.

Shabahat Ali Khan, 82, yang berasal dari India dan menetap di Frankfurt lebih 40 tahun, berjaya mengumpulkan pelbagai artifak semasa beliau bertugas di Ceylon (Sri Lanka), Parsi dan Jerman.

Quran kecil sebesar tapak tangan tulisan bahasa Arab itu bergaris emas di tepinya.

Menurut beliau, Quran itu ditulis pada tahun Hijrah 1266. Walaupun muka surat di dalam kitab itu semakin mudah koyak, Ali Khan mengambil usaha memuliharannya. Walaupun sudah berusia, tulisan pada kitab itu masih boleh dibaca.

"Saya membelinya di Parsi pada awal 1950-an. Tetapi dua muka surat asalnya yang hilang telah diganti semula," katanya semasa ditemu bual Bernama di kediamannya di sini.

Ali Khan juga memiliki koleksi puisi yang jarang ditemui, nukilan Raziuddin Nishapuri, seorang penyair Parsi dan nukilan Syed Ghulamali Belgrami (1116-1194), seorang penyair terkemuka dari India.

JURULELONG ASING BERMINAT

Sebuah syarikat lelongan artifak menunjukkan minat terhadap kitab itu, katanya. Syarikat yang sama juga berminat dengan artifak lain yang dimiliki Ali Khan, termasuk setem-setem unik yang digunakan East India Company pada 1850-an.

Ali Khan turut berbangga menjadi pemilik setem pos India yang jarang ditemui. "India merupakan tempat menarik bagi pengumpul setem kerana ia yang memulakan pengeluaran siri setem biasa seperti yang kita ketahui secara konvensional," katanya.

Setem India digunakan di pelbagai negara di bawah pemerintahan British, termasuk Malaya.

" Pejabat pos India beroperasi di Singapura yang merupakan bandar tertua di Asia Tenggara semasa pemerintahan Britain dan kubu Empayar Britain. Satu lagi tempat yang menarik ialah Pulau Pinang. Saya mempunyai setem-setem India yang dicop oleh sebuah pejabat pos di Pulau Pinang," katanya.

Koleksi besar Ali Khan termasuk siri pertama setem yang dimulakan India pada 11 Sept 1851. "Terdapat empat jenis setem yang dikeluarkan oleh Scind (kini dieja sebagai "Sindh") Dak.

Setem cetak Litho dikeluarkan pada 1850-an dalam beberapa denominasi. Walaupun begitu, mereka menggunakan warna berbeza bagi denominasi berlainan, menurut penyelidikan saya," jelas beliau yang memiliki banyak setem yang diperkenal East India Company.

Satu daripada setem itu ialah setem East India Company yang digunakan seorang yang bernama Ramchandra di Cawnpore (yang kini dieja sebagai Kanpur) pada 10 Jun, 1888.

Sebenarnya beberapa daripada setem dalam koleksi Ali Khan pasti menjadi idaman mana-mana pengumpul setem, yang antaranya siri penuh Queen Victoria dan satu lagi King George V.

Juga terdapat setem yang meraikan perasmian Delhi pada 1931, satu siri penuh setem Mahatma Gandhi, dan dua set setem berlelubang dan tidak berlelubang yang dicetak pada 1942 bagi kegunaan pasukan Azad-e-Hind pimpinan Netaji Subas Chandra Bose.

SETEM YANG MEMBAYANGKAN SEJARAH

"Saya juga memiliki setem untuk menunjukkan khidmat angkatan tentera India di Congo, Korea, Laos, Kemboja dan Vietnam," kata Ali Khan sambil membuka beberapa album setem di dalam bilik bacaannya. Satu lagi setem berharga yang dimilikinya ialah setem memperingati "Penaklukan Everest" bersama tandatangan Sherpa Tenzing yang menawan puncak Everest bersama Edmund Hillary.

Beliau juga memiliki satu setem Sri Lanka yang unik dengan nilai denominasi dalam mata wang Britain. Juga terdapat setem dari Pakistan yang digunakan semasa India dibahagi menjadi dua negara, dengan perkataan

"Pakistan" dicetak bertindih dengan perkataan "India", memandangkan Pakistan belum lagi memiliki setemnya sendiri ketika itu.

Zanzibar (sebahagian daripada Tanzania hari ini) yang merupakan wilayah naungan Britain, mengendalikan satu khidmat pos India di negara itu dari 1868 hingga 1875. "Saya mempunyai setem-setem Zanzibar yang jarang ditemui," kata beliau sambil menunjukkan beberapa setem unik, termasuk beberapa daripada Gwadar dan Pasni (kedua-duanya kini di Pakistan) serta Aden (1857). Beliau juga memiliki setem-setem asal Queen Victoria dengan nilai denominasi satu anna (mata wang India pada masa itu) dan kesilapan dalam cetakan, dengan kata-kata "On Her Majesty's Service" (Urusan Seri Paduka Baginda) dicetak dua kali.

Bagaimanapun, satu arca silam Buddha, Gandhara, yang pasti dapat dilihat pelawat yang memasuki rumah beliau dikatakan berusia 2,000 tahun dan diperbuat di wilayah perbatasan barat laut Pakistan.

Ali Khan juga mempunyai panel berhala silam dengan ukiran Jataka yang menerangkan hayat Buddha. "Ini merupakan panel enam bahagian menunjukkan aspek-aspek spesifik kehidupan beliau, ia panel yang jarang boleh ditemui," kata Ali Khan.

Dilahirkan di Fatehpur di Uttar Pradesh, Ali Khan menamatkan pendidikan universiti di Allahabad dan pada mulanya bekerja sebagai guru selama dua tahun di Fatehpur. Kemudian, kerajaan British menawarkan beliau berkhidmat di konsulat Britain di Khorramshar, Iran, sebagai ganjaran bagi khidmat cemerlang bapa beliau Allahyarham Ihtishm ud Dalah Khan ".

Ali Khan yang menghabiskan masa 14 tahun di Parsi, kemudian bekerja sebagai penterjemah dengan misi diplomatik India di Tehran, dan menjadi `orang tengah' antara kerajaan India British dan Kementerian Luar Iran.

Beliau menerima penghargaan daripada bekas perdana menteri Iran Mossadeq yang menghadiahkan beliau dengan gambar beliau yang diautograf dan digantung di dinding bilik bacaannya, bersama gambar-gambar Raja Hussein Jordan, bekas presiden India Dr Rajendra Prasad, Dr Radhakrishnan dan lain-lain.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2009 12:11 AM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

tader gambor ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 04:58 PM | Show all posts
GAMBOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOORRRRRRRRRR!!!!!:@

nAK gAMbAR!!plZ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2009 09:08 PM | Show all posts
A page of the Qur'an has been beautifully decorated and written out by hand.



bukan yg ni... tapi cam nih ler  handwritten quran lebey kurang.... aku masih carik lagi.. ada kalu  MOSTI aku post wokeyyyy mate!!!  :victory:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.787385 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list