CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Dutch-Lady

Genocide of Cham Muslims by Khmer Rouge

[Copy link]
Post time 14-8-2010 07:28 PM | Show all posts
Orang Cheam len la... Melayu len... Melayu ada yang hijrah g Kemboja n masuk istana Kemboja. Raja Kemboja abad ke-15 M, seorang tu nama Chao Bana Chandra masuk Islam. Dia sorang ja raja Kemboja agama Islam, yg lain2 kapiq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2010 02:12 AM | Show all posts
Raja Kemboja, Sultan Ibrahim (ramadhipatti I)

Berdasar rekod babad Khmer n Belanda, raja Kemboja bergelar Ramadhipatti I menganut ajaran Islam pada sekitar tahun 1640-an. Banyak kejadian berlaku di Istana dinasti Oudong di Kemboja. Putera raja yang nama dia Chao Phonea Chand (Chao Bana Chandr) telah menggulingkan bapak sedara dia dan merampas kuasa. Kemudian memerintah dengan gelaran Ramadhipatti I. Lepas menganuti ajaran Islam dia memilih nama Ibrahim.

Masa zaman pemerintahan Ramadhipatti I, masyarakat Cheam n Melayu berjaya mendapatkan kuasa politaik. Pada 1643, berlaku keganasan bila wakil-wakil Serikat Hindia Timor Belanda (Verenigde Oost -Indische Compagnie, VOC) di Kemboja kena bunoh n kena kurong, ikot sumber Belanda kata kerajaan Kemboja kena hasut dengan Portuges. Kejadian ganas ni menyebabkan ekspedisi ketenteraan Belanda gagal jugak. Kalau berjaya Belanda, Pak Patam musti mai klaim lagi Kemboja pulak. Jenuh la berentam pulak Kemboja bukit ngan adik beradik Pulau Pak Patam, LOLLLLLLLLLLL

Kejadian ganas tu juga mengeruhkan hubungan antara Betawi dengan Kemboja masa sisa-sisa pemerintahan Sultan Ibrahim (Chao Bana Chand) di Kemoja.

Tahon 1640-an, kuasa kerajaan Kemoja mula melalui zaman gelap, tak macam kerajaan pemerintah Kemoja sebelomnya iaitu kerajaan Angkor (Anggar). Istana diraja Oudong n Lovek diselindungi oleh kekuasaan kerajaan sebelah dia, iaitu dinasti Ayutthaya. Tapi kat kawasan Kemoja pon walaupon x banyak, nampak la jugak kepelbagaian bangsa dalam kerajaan sebab ramai masyarakat antarabangsa dok di Phnom Penh sekitar abad tu. Ada pedagang China, Jepong, Portuges, India n Vietnam tinggal di Phnom Penh. Kat sekitar Kemoja tu pon ada masyarakat Melayu n Cheam sebab depa ada kemahiran perang. Tahon 1636, masuk lagi masyarakat Barat ke Kemoja, bila pegawai2 VOC sampai, kemdian diikuti oleh orang Inggeris, mubaligh Kristian dari Perancis n pedagang Denmark.

sumber: hikayat Ang Ing n sejarawan Kemoja, Mak Phoeun
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 02:34 AM | Show all posts
sorang kawan aku nih...

cerita dia lah, masa tu kecik lagi, kira sekolah rendah lagi lah.

masa mula kejadian tu, kerajaan lantik orang yang paling hina kat kampung tu, kira orang yang selalu kena buli ngan orang kampung, orang susah yang selalu dipandang keji leh orang-orang kaya nih... atau orang-orang jahat yang dibenci orang kampung.

mereka ni akan jadi mata dan telinga kerajaan lah, macam kgb dulu. atau macam jkkkkkk yang duk perati mana-mana orang yang tak sokong kerajaan lah... [cuma kat sini derang tukar duk je lah]

bila dah orang-orang gini diberi kuasa besar gitu, harus lah nak balas balik kat sapa yang penah kenakan dia dulu... sapa yang dia tak suka dan dendam nih...

tu yang jadi lagi teruk tu, derang main adu kat kerajaan ikut sedap je.

mujurnya, cerita kawan aku nih, orang yang jadik talibarut kerajaan kat kampung dia tu, orang susah yang selalu bapak dia tolong lah, tak amek duit kalau datang klinik dia.

jadik orang tu lah yang tolong bapak dia larikan diri keluar negara. datang umah dia malam tu, cakap askar tengah cari bapak kawan aku nih. terus je dia suruh blah malam tu jugak. siap tunjuk jalan lagi.

tapi pasal tergesa-gesa pegi, cuma bapak dia je lah yang pegi dulu malam tu.

yang lain blah dalam stengah tahun lebih kot.

masa kat tempat 'transit' tu. tempat ni orang panggil masa tu tempat orang kepala tiga.

kata dia punya lah susah, sampai kena minum air lam sawah [syukur kata dia, air tu memang jernih betul dan derang takde la pulak cam kira sekarang ni sembur racun kat padi kan, kira padi organik lah]
ada yang sampai makan tikus sawah tuh, pasal takde makanan. orang-orang sume jadik kurus, sampai kepala lutut tu sama besar je ngan kepala, kalau mencangkung nampak cam orang kepala tiga je.
tu lah sebab tempat transit tu orang panggil tempat orang kepala tiga. dia tak ingat dah exact location kat mana.

lepas setahun duk situ, barulah dapat bot datang ke malaysia. sekarang dah puluhan tahun dah duk sini, hari tu baru dapat ic biru.

tapi derang ni datang sume kaya-kaya weh... harta bertimbun je sorang-sorang. [ye lah, orang kaya je yang ada duit nak cabut awal-awal nih, yang susah takde duit la nak bayar tambang kapal nak cabut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 10:14 AM | Show all posts
Aku rase org Champa nie salah satu etnik Melayu laa.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4556.0
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:48 PM | Show all posts
Cheampa etnik pra-Melayu. Bukan Melayu. Melayu yang submit bawah Cheampa. Etnik yang dekat bahasa depa dengan bhs Cheampa adlaah etnik Acheh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:15 PM | Show all posts
Cuba cerita benda camni kat penyokong PKM yang bersarang kat bod ni tak lama dulu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 03:48 PM | Show all posts
Cuba cerita benda camni kat penyokong PKM yang bersarang kat bod ni tak lama dulu....
alphawolf Post at 25-8-2010 14:15


Ade lagi ke pendukung insurgent zaman skrg nie? Tak tau malu! Kalau dah tua2 tuh aku terima laa...idealogi menebal..tapi kalau yg muda2 nak mendukung idealogi mmg hampas laa..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.382034 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list