|
Dan pemenangnya...
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]
Kontroversi dan kekeliruan meletakkan calon timbulkan tanda tanya dalam AIM edisi ke-16
SENARAI pencalonan Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM16) tidak terlepas daripada kontroversi, terutama apabila Datuk Siti Nurhaliza dan Reshmonu masing-masing menerima dua pencalonan bagi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita dan Lelaki daripada album yang sama.
Bagaimana mungkin perkara itu berlaku? Apakah juri terlepas pandang atau barangkali tiada calon lain yang layak untuk menduduki Top 5 kategori itu?
Dua pencalonan menerusi album Lentera Timur untuk Siti sebenarnya memberikan penyanyi terkenal itu ruang selesa untuk kembali mengungguli trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita).
Pengalaman 14 tahun dalam dunia rakaman pastinya memberi Siti kelebihan untuk mengungguli kategori itu apatah lagi saingannya terdiri daripada dua bakat muda yang sedang bertatih dalam industri hiburan iaitu Shila dan Ayu.
Andai pun ada saingan, Siti terpaksa berentap dengan Dina yang mempertaruhkan kekuatan vokalnya menerusi Sejauh Ini.
Barangkali saingan kategori ini lebih sengit jika Misha Omar yang turut memberikan persembahan vokal yang baik terutama untuk lagu Cinta Adam & Hawa turut tersenarai dalam Top 5.
Agak malang bagi Misha kerana namanya tercicir dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) sebaliknya album ketiga yang mengangkat namanya sebagai judul tersenarai dalam Top 5, Album Pop Terbaik.
Misha juga menerima dua pencalonan lain iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi ciptaan M Nasir dan Loloq, Nafas Cahaya.
Manakala Cinta Adam & Hawa sentuhan Azmeer dan Loloq serta Sampai Di Sini gabungan Ajai dan Slen bertanding dalam kategori Lagu Pop Terbaik, di saingi lagu Ketentuan (Azlan Abu Hassan/Azalea/Ramlah Ram); Dingin (Azlan Abu Hassan/Azalea/Ziana Zain) dan Lagu Kita (Aizat).
Turut membangkitkan persoalan apabila nama seperti Joe Flizzow dan Malique dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik. Atas kriteria apa mereka tersenarai dalam kategori itu sedangkan mereka sebenarnya bukan orang baru kalau dirujuk pembabitan mereka di atas nama Too Phat?
Beralih daripada penyanyi duo kepada penyanyi solo bukan alasan kuat untuk membenarkan mereka bertanding dalam kategori itu. Mungkin RIM mempunyai definisi tersendiri untuk perkataan 慴aru |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 ezal's post
saper dia nie??komposeer???[roducer??
oh yeerrr....reporter jerr..aa hati nk nilai album n vokal..hahhhaa |
|
|
|
|
|
|
|
tue lah manusia ada je bahan nak menjatuhkan org lain..
bila lah nak insaf dia nie kan..dah rezeki tuhan beri pada dia..terima je lah..
tue lah org ckp rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari..tapi dia nie mcm mencari musuh je..
apakata korang antar email pada dia, gi saound pada dia..baru dia senyap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by graxier06 at 9-5-2009 20:14
saper dia nie??komposeer???[roducer??
oh yeerrr....reporter jerr..aa hati nk nilai album n vokal..hahhhaa
kita patut gelakkan derang.. lihatlah CT berjaya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 eddysheddy's post
kalo aku jd tokti aku gelap guling2 kat dia psl dia jd reporter jerr....hahahhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 eddysheddy's post
especially lagu2 english.....
even dia mmg kureng ngan english tp dia study lagu tu ngan diction dia skali...2 psl kalo dia bwh lagu english dgr sedap n clear jerr... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.. sekali lagi ntah berapa kali fenomena siti tercetus lagi...
selagi siti menang, selagi tu la ada suara sumang/sumbing/sumbung! |
|
|
|
|
|
|
|
guys.. kita kene pk positif la perkara2 mcm ni..
seriusly aku tak rasa apa2 pon dgn apa2 pon yg mereka kata..
siti dah menang.. dorang nak bercakap lantak doranglaa...
kalau kita bising2 pon apa dapat
better kita buat rilek je
kalau kita rilek lagi derang panas tauu
btw.. senang citer lepas ni ct toksahlah lg masuk apa2 dah..
aku rasa tak rugi pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan apa.
aku sayangkan CT.. nanti kalau sebab2 benda macam ni.. tak pasal2 dia yg dibenci.. tugas dia hanya buat album yg terbaik.. dan dia sememangnya terbaik.. tapi kalau balik2 dia menang org jadi tak puas hati.. itu normal beb.. michael shumacher dulu pon ada org bengang tau walaupun its base on prestasi di litar.. yg tu bukan subjektif lg..
aku rasa ct mmg deserve menang.. dan lantak lah org nak kata apa.. CT tu mmg apa2 dia buat pun mmg terbaik.. derang tak leh banding dgn artis luar negara yg pemenangnye berubah2.. sebab pemenang derang tak konsisten menghasilkan album yg terbaik.. we should proud to have ct nurhaliza.. dia sentiasa buat yg terbaik.. itulah ct nurhaliza..
tapi dalam hal ni..kalau ct nak berundur dari award2 ni pun ada baiknye jugak.. dah ramai sgt reporter yg bersuara.. yg ni saniboey pulak.. org lama dalam industri ni taww.. aku pon agak seram.. nanti kalau dah ramai sgt org dalam industri ni tak suke ct.. lagi bahaya.. org meluat alasannya bukan SEBAB DIRI CT tapi SEBAB SELALU MENANG.. harga yg perlu dibayar kerana terlalu hebat..ct pun dah pegang album terbaik 4 kali which is title paling tinggi dalam AIM.. dan aku secara jujur pun merasakan CT bukan seorang pengejar award.. cuma dia rasa dia dah buat terbaik so dia nak hasil kerjanya dinilai.. aku juga merasakan CT tak kesah pon pasal award2 ni since CT pon dah sanggup berundur dari beberapa anugerah seperti AJL.. kita pulak jangan terlalu memaksa siti.. biar ct buat keputusan beliau sendiri mengikut kata hatinya sendiri.. ni kalau ct nak berundur kita pulak halang.. payahlah kan.. semua nak kene ikut cakap kita jer.. pastu yg tersepit dan terhimpitnya Hamba Allah tu jugak..
harapan aku.. cuma CT teruskan buat seperti mana yg dia biasa buat iaitu album yg terbaik.. andai kata ct tak join AIM lagi.. kita tgk apa pula kata reporter.. mungkin headline nya `ALBUM SI POLAN MENANG KERANA SITI TIADA?".. masa tu kita mungkin akan lebih berbangga dan yg penting pemenang2 tu takkan merasa sebegitu puas kerana dia bertanding tanpe menewaskan CT.. dan org akan keep on saying.. KALAU SITI ADA...... kdg2 dirasakan lebih baik kalau CT berundur dari dikalahkan oleh seseorang.. which means standard CT dapat dikekalkan dan sume org pon tak sure sape yg patut mendapat title no.1 berbanding kalau ct dikalahkan (maybe kalau atas alasan nak selamatkan industri muzik) dan org akan bercerita ttg kejatuhan Ct
apa2pun biar CT yg buat keputusan untuk diri dia sendiri.. dan di pihak kita.. kalau CT nak teruskan kita berikan sokongan dan kalau CT tak nak, kita akur.. sayang CT selalu..
[ Last edited by eddysheddy at 12-5-2009 13:01 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Artis baru belum cukup mampu saingi kehebatan Siti Nurhaliza
MEMANG dia terbaik dan paling unggul serta popular di mata dan hati rakyat Malaysia. Mula membina empayar 14 tahun lalu dan berkembang gah di persada seni suara tanah air sehingga kini tanpa digugat, tanpa di cantas oleh mana-mana artis atau pendatang baru.
Itulah keajaiban penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Namanya tidak pernah lekang di mana-mana majlis hiburan. Wajahnya tidak pernah terlepas pandang sama ada di media elektronik atau media cetak.
Biar pun sudah bergelar isteri sejak tiga tahun lalu, keistimewaannya tidak pernah membuatkan peminat dan pengikutnya berpaling tadah.
Peminatnya tetap setia mengikuti setiap perkembangan dan perjalanan seni Siti.
Namun, pertanyaan yang mula hebat dan hangat diperkatakan kini ialah sampai bila kita perlu bergantung kepada Siti saja?
Walhal bukan beliau yang minta dipuja dan diiktiraf tetapi masyarakat khasnya pengikut seni suara yang masih terus memburunya untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dan terhebat.
Walhal kita masih lagi ada pelapis baru yang tidak kurang hebatnya. Malah, kita juga mempunyai penyanyi yang hampir sehebatnya, namun mengapa masyarakat hanya tertumpu pada Siti saja?
Apakah tiada ruang untuk artis yang seiring dengan beliau atau artis yang baru membina tapak untuk menggantikannya?
Kita masih lagi ramai artis yang mempunyai vokal dan gaya yang tidak dapat di pertikaikan. Nama hebat seperti Ning Baizura, Misha Omar, Siti Sarah, Noryn Aziz, Ziana Zain, Liza Hanim dan ramai lagi bagaikan kurang mendapat perhatian masyarakat atau sama ada kita sendiri yang terlepas pandang untuk mengiktiraf mereka.
Kita sudah boleh memartabatkan Siti Nurhaliza di- singgahsana paling unggul dan atas. Beliau sudah berada dalam lingkungan tersendiri.
Beliau boleh menjadi ikon seni negara yang perlu diiktirafkan. Biarlah ada ruang yang jelas untuk penyanyi wanita lain membina empayar dan lingkungan mereka sendiri.
Perlukah nama Siti Nurhaliza disenaraikan pada setiap majlis penganugerahan seni?
Apakah nama Siti Nurhaliza wajar dicalonkan untuk beberapa siri anugerah yang akan datang?
Merujuk kepada pencalonannya dalam Anugerah Industri Muzik (AIM 16) yang baru berlalu, namanya terus tersenarai dan empat kemenangan diraih dalam beberapa kategori termasuk vokal terbaik.
AIM satu penganugerahan yang bukan sembarangan. Apakah wajib setiap kemenangan berpihak kepada beliau?
Berdasarkan mutu album dan rakaman termasuk suara menerusi album Lantera Timur, memang penghasilan album itu termasuk mutu suara beliau tidak perlu dipertikaikan.
Kualiti album adalah perkara utama dalam setiap penghasilan album setiap penyanyi.
Begitu juga dengan pencalonan baru beliau dalam Muzik-Muzik ke-24 anjuran TV3 yang terus mendapat reaksi peminat seni.
Pencalonan lagu Di Taman Teman dalam kategori Etnik Kreatif tanpa pengetahuan beliau dan Siti Nurhaliza Production juga tidak pernah mencalonkan mana-mana lagu dari album terbarunya (Lantera Timur) dalam Muzik Muzik.
Siapa yang perlu menjawab isu ini? Dulu Muzik Muzik atau Juara Lagu akan meriah dengan kemunculan beliau setiap tahun. Namun, sejak beliau menarik diri dan mahu berehat daripada Muzik Muzik, ada yang mengatakan program hiburan itu tidak sehebat dulu, sudah hilang seri tanpa kehadiran Siti.
Apakah beliau yang menjadi daya tarikan utama peminat seni suara negara?
Natijahnya, perlukah Siti dicalonkan dan tersenarai lagi di mana-mana acara anugerah sebagai calon yang bertanding?
Apakah namanya akan tersenarai lagi dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun depan?
Apakah juri Anugerah Industri Muzik (AIM) akan terus mencalonkan (jika beliau hadir dengan album terbaru), nama beliau untuk beberapa kategori lagi?
Apakah Juara Lagu untuk tahun ini akan menyaksikan kembali persembahan beliau di pentas akhir?
Tidak termasuk anugerah lain yang memang kita ketahui, kita terlalu mewah dengan anugerah seni untuk artis dan karyawan. Namun, jika Siti juga yang dipilih peminat dan jika juri yang bertanggungjawab terus meletakkan beliau yang terbaik, tiada apa yang kita mampu untuk menongkah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh beliau untuk terus bertakhta dalam dunia seni suara tanah air, melainkan hanya jika beliau sendiri mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.
Hanya ketika itu sajalah baru kita dapat melihat nama-nama baru memegang trofi keramat yang pernah digenggam erat oleh Siti Nurhaliza sebelum ini.
Walau apa pun, syabas untuk Siti Nurhaliza yang terus unggul dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
ADUKA,
Nilai,
Negeri Sembilan.
[ Last edited by afifahmis at 12-5-2009 18:12 ] |
|
|
|
|
|
|
|
AIM Tetap relevan.
Mereka yg tak menang atau tidak dicalonkan tentu cakap sini cakap sana... |
|
|
|
|
|
|
|
ala... wartawan tu suke kat si gigi besi... gigi besi kalah tu yg ngamuk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
KEEP IT COOL!! Tapi tak abih2 ngan word "fu#k"!!! KEEP IT COOL MAN!!!
Tapi aku kalau HUJAN menang, ok gak pe... jgn si gigi besi dah le.... cumanya tak semua org suka dengar album HUJAN yg jerit2!!
[ Last edited by kerekarlu at 13-5-2009 12:48 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 kerekarlu\ catat
saniboey tu juz xnak ketinggalan zaman...
die jakon dgn indie skrgg.. aku 3 tahun lepas da bosan dgr indie band ni sbb kwn aku bw masuk matriks album2 diorg ni...
so saniboey ketinggalan zaman.. org da puas dgr indie band, die baru jakon nak dgr..
kalo berpengetahuan sgt ttg muzik, mintak la kat kwn baik ko tu yg ko nak jd juri.. jd anugerak syok sendiri..
pk la, citarasa manusia lain2.. kebetulan citarasa juri lebih suke lentera timur.. or die ni xtau manusia ade citarasa berbeza..
xsemestinye kalo ko suke, album tu patut menang...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada terbaca kat somewhere(lupa lak kat ner) Lentera Timur & album Hujan saingan sengit 4 album terbaik tahun nih.. Jurang markah pun beza sikit jer..
So yg tercalon top 5 album terbaik dah kira baguslah kan.. Cuma mgkin kali nih LT terpilih album terbaik bg mengangkatkan kembali martabat muzik traditional yg hampir nak pupus tuh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|