View: 5918|Reply: 15
|
kenapa air laut masin.............
[Copy link]
|
|
aku ternmpk soklan ni...mse masuk benang kpli..........tapi aku tatau nk jawab..ade sesaper tau...nape ek |
|
|
|
|
|
|
|
u science student kan? what 's your hypothetico deductive reasoning dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape tu hypothetico deductive reasoning?? |
|
|
|
|
|
|
|
senang bangat itu...
air hujan or air mata air contains impurities and minerals.. the ultimate journey of the water is to ocean. lepas ocean tadak tempat laen dah.. kecuWAli dia pi ke awan through evaporation process. so wut's left in ocean is garam..
this process continues.. garam dlm laut/ocean since day 1 ke day skrang makin concentrated.. sbb tu air laut masin..
sekian tkasih. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi stilll akan ada air hujan yang akan turun..so concentration to kirenye takkan makin pekat.....sbb akan ade air yang akan ganti...Originally posted by chiKenliTeL at 10-5-2009 11:40
air hujan or air mata air contains impurities and minerals.. the ultimate journey of the water is to ocean. lepas ocean tadak tempat laen dah.. kecuWAli dia pi ke awan through evaporation process ... |
|
|
|
|
|
|
|
ni kisah details, wallahu alam [ONLY god knows best].
------
Title: [Koleksi-Koleksi Terbaik] Mengapa Air Laut Masin?
Koleksi-Koleksi Terbaik has posted a new item, 'Mengapa Air Laut Masin?'
Mengapa Air Laut Masin?
Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.
Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.
Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.
Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.
Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.
Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai 搒argassum |
|
|
|
|
|
|
|
tu dah ada jawapan...tapi why do you think in different parts o the world ada different level of salinity ? kemasinan berbeza pada zon zon dunia tertentu ? why is it? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 10-5-2009 02:45 PM
tu dah ada jawapan...tapi why do you think in different parts o the world ada different level of salinity ? kemasinan berbeza pada zon zon dunia tertentu ? why is it?
For a very large system such as the sea, bende 1st yg kite perlu ingat adelah NOTHING is uniform. We are used to assuming temperature in a beaker is uniform, concentration is uniform, but as thing gets larger and more complex, uniformity is gone.
Ok, back to the topic. Amik contoh mudah. Kt Antartika, ais mencair. Kt Khatulistiwa, xde ais nk cair. So we expect salinity kt khatulistiwa to be greater since there is more salt in a given volume of water at the equator.
From this, kite expect kehadiran ais sebagai faktor penentu salinity. Byk lg faktor lain, which are available for research in the internet. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat PD tu air laut akan jadi lebih masin kalau public holiday. Sebab yang berendam kat pantai tu semua lepas kencing kat dalam air. Aku tau sangatlah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 paparock's post
alahai..the molality and the molarity tu negligible lah kot yer Papa? |
|
|
|
|
|
|
|
ko tanye nk test ke ko mmg tak tau?
ko org singapore ke kiasu? |
|
|
|
|
|
|
|
well okay , even then
Originally posted by aku_EnSeM at 11-5-2009 21:54
For a very large system such as the sea, bende 1st yg kite perlu ingat adelah NOTHING is uniform. We are used to assuming temperature in a beaker is uniform, concentration is uniform, but as ...
could we not then possibly tease out the main governing principles? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..baru tau.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|