|
Amik contoh Arab Saudi dah ...... meme bagus wat hudud nie.....
Tapi ngeri ooo nengok lam Youtube...... pesalah kene hukum pancung......![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
11# stania83
yang menariknya
bila citer tentang hudud mesti kuat iman dulu baru boleh laksana
tapi kalau
simpan dadah 2 gm boleh pulak hukum bunuh
macam mana ya . . . |
|
|
|
|
|
|
|
iman dulu ka.. hudud dulu?
soalan yg susah nak jawab..
tp sbb Islam tu syumul.. Islam itu adDin... mesti ada jawapan..
sbb nak tunggu iman sempurna, kita letakkan 1 syariat Allah ke tepi.. adakah tjamin bila kita letak ke tepi iman akn sempurna?
knp masih dsebut Islam sbg agama? sedangkan Islam itu adDin.. meliputi seluruh aspek kehidupan xde yg tkecuali... bila kita letak ke tepi soal hudud, kita x mengakui Islam itu adDin.. Islam itu x sempurna ke?
sbb kita nak tunggu iman kuat... x laksanakan hudud.. adakah blaku penambahbaikan dlm sistem masyarakat? makin parah ada la.. mcm mana iman nak sempurna, solat lgsg x buat.. x solat, leh dakwa ker?![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
penat la nak pk pjg2 apa nak taip.. jawapan aku; terima ketetapan Allah, hukumlah dgn hukum Allah.. sbb xguna hukum Allah, sistem perundangan lg senang nak manipulate utk kepentingan peribadi.. sbb xguna hukum Allah, yg mengaku dirinya Islam selamba katak tonggang arak... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by alien7749 at 8-7-2009 08:39
Hujah Kassim Ahmad.
Pertama, sekularisme tidak diharamkan dalam Islam. Kedua-dua dunia dan akhirat dikehendaki. Sekularisme Islam sekularisme bermoral.
Kedua, Islam menganjurkan penggunaan sains dan teknologi moden, yang ditolak oleh Islam jumud dan reaksioner PAS.
Ketiga, hukum hudud itu satu kesilapan besar yang dibut oleh ahli-ahli hukum dulu. Tidak ada bentuk hukum yang tetap. Bentuk berubah-ubah.
Keempat, satu tafsiran yang saintifik perlu melihat ajaran Quran dari dua dimensi: yang terikat dengan sejarah, dan yang universal.
Kelima, Islam itu untuk semua manusia, bukan umat Islam saja.... Read More
Keenam, sila lihat esei saya tentang Piagam Madinah dalam <www.kassimahmad.blogspot.
kita harus sedar bahawa apa yang dikatakan Syariah itu ialah interpretasi ahli-ahli hukum klasik terhadap nas-mas Quran dan Hadis. Sesetengah daripada interpetasi ini terang-terang bercanggah dengan ajaran Quran. Umpamanya, hukum-hukum murtad, zina, faraid, dan banyak lagi. Apa yang perlu kita lakukan ialah meletak ajaran Quran ... Read More di atas sekali. Ajaran-jaran lain, seperti Hadis/Sunnah dan falsafah moden duduk pada tahap kedua.
Memang kita harus bertanya kepada orang-orang yang ketahui tenatang sesuatu perkara. Ada dua alasan yang cukup kuat untuk kita tolak hukum hudud. Pertama, ayat-ayat Quran berhubung dengan perkara ini. Kedua, hukum hudud tidak disebut dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri. Dalam pada itu, sarjana Islam di ... Read MoreUIA, Dr. Mohammad Hashim Kamali dan Dr Chandra Muzaffar mempunyai pendapata yang sama dengan pendapat saya.
Tuhan memberikan kita akal untuk kita gunakan. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada Nabi Isa. Bukankah ulama mereka yang menjadikan dia Anak Tuhan dalam doktrin Trituggal? Kita tidak boleh mendewa-dewakan ulama sehingga kita fanatik kepada mereka dan diselewengkan oleh mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kassim Ahmad ni kah puak anti-hadis yang diheboh2kan. Kumpulan ini bernama Jemaah al-Quran Malaysia. beberapa Mufti di dalam Malaysia dah mengeluarkan fatwa bahawa mereka2 ini telah sesat.
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah ... Read Morekitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."
H.R. Abu Daud
boleh d/load ceramah puak anti-hadis kat sini.
http://www.mediafire.com/download.php?zp1tbx1jwzi |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu aku hukum hudud ni hukumnya Wajib. Maka kalu tak buat, jadi haram & automatic berdosa.
Kalo nak tunggu semua orang faham - tentu susah dan it will take a very loooongggg time to implement.
Just imagine :
Kes 1
Baru2 ni, isteri, anak dan maid di tikam hingga mati oleh seorang lelaki yang mencuri masuk ke dalam rumah kat Ipoh tu, terang2 caught red handed. Punya trauma suami dan anak2nya. Kalau ikut hukum hudud kenalah qisas. Iaitu dibalas balik dengan apa yang dia dah buat. Tapi kalo ikut hukum undang2 manusia, kita masuk mahkamah dulu.... dan entah apa2 lagi (aku tak berani nak komen cause aku bukan arif ttg hukum mahkamah), jadi dimanakah keadilan bagi trauma si suami dan anak2? Tambahan si suami caught that murderer red handed!
Kes 2
Seorang penunggang motosikal, ditahan polis lalu didapati dalam bakulnya terdapat segumpal kertas. Apabila dibuka didapati ianya adalah dadah. Si penunggang motosikal tak sedar langsung ada segumpal kertas di dalam bakulnya. Tetapi malang sekali, dia didapati bersalah kerana membawa dadah. Apabila disabit kesalahan, dia dijatuhkan hukuman mati. Adilkah?
Sebagai hamba, rasanya we have no choice but to obey what our Master said. |
|
|
|
|
|
|
|
''Ooooiii cepatlah sikit, lembab betullah ko ni. Semalam campur kelmarin aje kita dah dapat RM1,000, itu baru cash, belum masuk handphone, purse, handbag, card credit... syoknya kerja macam ni.' kata Kamal sambil mengira2 lagi wang yang ada ditangannya.
'Aku tak beranilah. Teringat2 aku jeritan wanita semalam yang kita ragut tu, entah2 dah meninggal kot dia?' jawab Said
'Kalo dah meninggal tu, apa kita boleh buat. Dah ajal dia'. kata Kamal lagi.
'Tapi kali ni aku betul2 tak berani, kalo ko nak buat, ko buat sendirilah..' kata Said lagi.
'Wey, bro, kita bukan sekali dua buat kerja ni... dah banyak kali dah... apa nak takut.' kata2 semangat dari Kamal.
'Engko tak baca suratkhabar ke? Kerajaan dah nak laksanakan hukum hudud berkuatkuasa hari ini. Gila ko, kalo kena tangkap. Tak pasal2 tangan aku kena potong. Tak mau le aku.. Kalo ko berani sangat, gilah ragut hari ni. Tak pasal2 tangan ko kena potong. Padan muka. Jangan cakap aku tak nasihatkan ko.' Terang Said dengan panjang lebar.
'Aduh! kenapalah kerajaan ni laksanakah hukum hudud. Dulu kata nak bagi semua orang faham dulu. Alek2 dah nak laksanakan pulak. Tak jadilah aku nak ragut lagi, takut ooo...'
See??? Hukum Hudud is one way of preventing criminal, murder dan robbers. Hukum Allah ini adalah untuk menginsafkan orangramai dari melakukan kesalahan. Tak seronok ke kalo semua masyarakat hidup dalam keadaan Makmur, Aman dan Selamat??? |
|
|
|
|
|
|
|
hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini atau di mana-mana negeri dalam negara ini selagi perkara 4 dan perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda. Satu-satu pindaan dalam perlembagaan boleh dibuat sekiranya mendapat sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat. Maka kalau tuan2/puan2 ingin melihat undag-undang hudud terlaksana di negara ini atau di mana-mana negeri dalam negara ini tuan2/puan2 hendaklah memastikan 2/3 kerusi parlimen di Dewan Rakyat diduduki oleh MP-MP yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud... kalau tidak, pelaksanaannya hanya sebuah angan-angan sahaja! |
|
|
|
|
|
|
|
bkn angan2
tp satu pihak mmg berusaha nak amalkan,
tp satu pihak lagi cuma anjing2kan. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi hamba ............politik lah yg dpt melaksanakan segala2 nya dlm pentadbiran sesebuah negara termasuklah melaksanakan hukum hudud.................dengan itu barulah rakyat akan faham dgn hukum ini dan mudah untuk dilaksanakan...............akhirnya manusia akan berubah dan terdidik |
|
|
|
|
|
|
|
demi menjaga keamanan negara dan kemakmuran rakyat................ini penting |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya hukum hudud lebey berperikemanusiaan berbanding dgn hukuman sivil........ ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hukum hudud bagus.. tp mampukan cerdik pandai kita melaksanakannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai juge yg taknak hudud dilaksanekan......sedey![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yang tak laksana tu tak cerdik la... |
|
|
|
|
|
|
|
selagi kita tidak melaksanakan hukum ini .....maka tak selesai segala permasalahan dlm masyarakat.............terutama kes minum arak seperti sekarang ni......nak rotan tp takut sbb bersamaan dgn hukum hudud |
|
|
|
|
|
|
|
arak je ke? ganja, ketum, gam, ice, batu, ubat batok dan segala spupu spapatnyer yang merosakkan otak tu tak masuk skali ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|