|
Perbuatan menangis di dalam solat dibenarkan iaitu menangis kerana perasaan sedih yang tidak dapat dibendung. Bukan kerana mengada-ngada atau dipaksa. Contohnya : kita akan dapat mendengar mereka yang memahami ayat al Quran apabila membaca ayat yang berkaitan dengan azab semasa solat lalu mereka akan menangis teresak-esak.
Dalil yang menunjukkan dibolehkan menangis di dalam solat dari hadith :
"AbduLLah bin Syikir katanya (yang bererti) Aku melihat RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek." (Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, serta Tirmidzi yang mengesahkannya)
Dan pernah juga Saidina Umar bin al Khattab radiyaLLahu anhu menangis ketika beliau membaca surah Yusof.
Sumber Rujukan :Ustazah Zurina Khalid, Fardhu Ain dan Permasalahan, Pustaka Haji Abdul Majid, 2000. |
|
|
|
|
|
|
|
Menangis dalam solat kerana kesedihan lantaran takut akan Allah atau kerana gambaran Neraka, azab kubur dan mahsyar, adalah baik dan terpuji dna merupakan petanda khusyu’.
Dalilnya: “Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis “AQT Maryam (Mary) 58 sekian WA |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kalo menangis bukan kerana akan ayat-ayat Allah SWT yg sedang dibaca, contohnya, imam sedang membaca ayat berkenaan dgn penyembelihan, tetapi boleh pula menangis kerana terkenang akan dosa-dosa lalu?..
terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|