View: 4357|Reply: 14
|
Teater Mana Setangginya
[Copy link]
|
|
Banyak lagi tiket tak terjual... rasa mcm nak pi jer (ofcourse la amik yg paling murah RM33 je)
Rasa2 best tak? atau poyo jer? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tyrande_81 at 4-6-2009 16:46 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Banyak lagi tiket tak terjual... rasa mcm nak pi jer (ofcourse la amik yg paling murah RM33 je)
Rasa2 best tak? atau poyo jer?
ni yg jalan citernya dikatakan amik dari taurat tu kan? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Masih berbaukah 'Mana Setangginya' selepas 10 tahun?
Oleh ZIEMAN
NaskahMana Setangginya tidak boleh dirobah. Kalau dirobah, ianya akan jadilain dan temanya pun akan jadi lain," kata Noordin yang lebih mesradengan panggilan Cikgu
MANA Setangginya mungkin tidak akan berbau langsungseandainya dipentaskan 10 tahun yang lalu. Mujurlah, karya agung DatoNoordin Hassan ini masih dianggap relevan walaupun sudah lama jarakwaktu masa yang berlalu.
Di bawah inisiatif Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Mohamed JuhariShaarani, Mana Setangginya bakal dipentaskan untuk pertama kalinya dari13 Jun hingga 21 Jun.
"Saya anggap usaha Juhari agak berani kerana mahu mementaskan ManaSetangginya. Saya amat berbesar hati setelah sekian lama usaha ituditeruskan lagi.
"Sewaktu cadangan mementaskan Mana Setangginya 10 tahun yang lalu,IB tidak menolak skrip saya tapi saya yang tarik naskah itu setelahdiletakkan beberapa syarat.
Antara lain, naskah itu perlu dirobah. Tapi jika dirobah, ianya akanjadi lain dan temanya pun akan jadi lain," kata Noordin yang lebihmesra dengan panggilan Cikgu.
Halangan untuk mementaskan Mana Setangginya datang dari bermacamcara. Pernah seorang pengkritik teater yang sering menulismempertahankan naskah Mana Setangginya dilarang menjejak kakinya ke IB.Tapi semua halangan itu sedikitpun tidak membuat dia pernah putus asa.
Tutur kata Cikgu Noordin tengahari itu begitu lembut sekali disulamdengan hemah dan kiasan, persis seorang pendidik yang cuba menerangkansesuatu kepada pelajarnya.
"Sahabat-sahabat saya kata, nasib baik Mana Setangginya tidakdipentaskan. Kalau tidak, mungkin Mana Setangginya tidak berbaulangsung.
"Saya berharap, dengan ketrampilan yang ada, pementasan kali iniakan putuskan sesuatu....sesuatu yang boleh diterima oleh semua."
DI MANA LETAKNYA KEHEBATAN MANA SETANGGINYA
Menurutnya lagi, dia tidak mahu menceritakan apa kehebatan Mana Setangginya.
Kata Cikgu Noordin, skrip Mana Setangginya tidaklah begitu panjang tapi interpretasinya saja yang berbeza
Baginya, penulis sekarang kena bijak mencari dan mentafsirkannyasendiri seperti yang pernah dilakukan oleh pengkritik teater tersohor,mendiang Krishen Jit.
"Krishen akan mendatangi pementasan beberapa kali sebelum membuatreviewnya. Mula-mula dia akan mencari 'salient points' sesebuah teateritu dulu untuk gerakkan minat penonton supaya datang melihat teater.
"Kemudian dia akan datang tengok rehearsal, barulah dia menulis review," kata sasterawan negara yang sudah berusia 80 tahun ini.
Katanya lagi, skrip Mana Setangginya tidaklah begitu panjang tapi interpretasinya saja yang berbeza.
"Saya harap pementasannya tidak sampai dua jam. 1 jam setengah punsudah cukup. Kalau ditanya tentang apa istimewa Mana Setangginya. Itukena cari sendiri," kata Cikgu yang cukup terkenal dengan naskah-naskahhebat seperti Bukan Lalang Ditiup Api (BLDA), Sirih Bertepuk PinangMenari, Peran, Cindai dan banyak lagi.
Kali ini, tanggungjawab mengarah teater ini diserahkan kepada ZaifriHusin, anak didik beliau yang pernah mengarah mengarah Sarah dan monodrama Angin Mengambang.
Zaifri adalah salah seorang anak murid Cikgu Noordin yang berjaya menambat hatinya untuk mengarah karya agung beliau.
Yang lain-lain seperti Sufiat Mukri, Rohani Yusoff, Adnan Hamzah danSamad Salleh semua sudah diberi peluang mentafsirkan buah tangan CikguNoordin.
Dan terbaru yang akan mengikut jejak langkah kumpulan ini ialah pengkritik filem/teater Wahab Hamzah.
Wahab akan diberi peluang mengarahkan dramanya yang bertajuk, IntanYang Tercanai dan akan dipentaskan pada 8 Julai di Dewan Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka.
JALAN CERITA MANA SETANGGINYA
Penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkapikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untukmenangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.
Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar (lakonanShaharuddin Thamby) telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidupmewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza (Iqbal Taufik) selakuorang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.
Mana Setangginya mempunyai banyak keistimewaan
Juda (Tony Eusoff), iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam(Sabrina Ali), iaitu anak Ibra (Azman Abu Bakar). Tetapi Silbi (MohdNor Fatih)dan Subhat (Rudy De Luna Jr) menabur fitnah akan asal usulIriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi pendudukkampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai'raja'.
Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza.Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza denganpersetujuan Juda.
Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yangmembelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakantuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wagamurahnya.
ILHAM MANA SETANGGINYA DARI BUKAN LALANG DITIUP ANGIN
Ketika ditanya oleh wartawan Sidek dari Utusan Jawi, bagaimana diamendapat ilham membuat Mana Setangginya, wajah Cikgu Noordin bagaikanteruja untuk menceritakan titik mula dia didatangi inspirasi menulisnaskah ini. "Ketika saya menjadi guru di MPSI (Maktab Perguruan SultanIdris) Tanjung Malim dulu, saya selalu dinasihatkan jangan tulissesuatu yang sensitif kerana takut diISAkan. Jadi karya saya banyakmenggunakan metafora dan simbol.
"Tapi bila saya menulis Bukan Lalang Ditiup Angin (BLDA), banyakpemimpin-pemimpin ketika itu seperti Allahyarham Tun Razak tidak kataapa-apa.
"Saya bukan seorang yang rasis, buktinya isteri saya berbangsa Cina.Pada saya hanya ada dua jenis manusia - yang baik dan yang kurangbaik," katanya.
Sewaktu Cikgu Noordin melihat senario pada ketika itu, yakni tragediperkauman 13 Mei 1969, berdetik di dalam hatinya, orang Melayu kenasedar sikit. Justeru di dalam BLDA, dia menggunakan metafora yangberbunyi..."Bunyi berdentum, mungkinkah hujan. Bukan Lalang DitiupAngin."
"Tidak sangka pula selepas 40 tahun, satu dentuman yang lebih dasyatakan berlaku tapi sekarang, bukan lagi lalang.... Saya terkenang satuformula. Saya sering membaca kisah Yahudi dalam kitab Taurat. Yangmenariknya orang Yahudi dilarang tangkap ikan pada hari Sabtu (Sabbathday) kerana itu hari beribadat.
Tanggungjawabmengarah teater 'Mana Setangginya' diserahkan kepada Zaifri Husin yangpernah mengarah mengarah Sarah dan mono drama Angin Mengambang
"Jadi mereka kepung ikan pada hari Jumaat. Bayangkan undang-undangTuhan pun diputarbelitkan. Manusia selalu bersandarkan pada Tuhan sejakazali lagi. Apapun bala dan bencana yang berlaku semuanya petanda dosamanusia pada Tuhan," katanya.
Sambungnya lagi, "Untuk mengajar manusia, banyak cerita yang dibuatdan direka seperti cerita 'Sodom and gamorah'. Arkeologi mendapati,cerita ini tidak pernah berlaku?"
"Sekarang kita lihat sendiri, orang Melayu yang akan rosakkan orangMelayu seperti DEB dieksploitasikan bila diguna dengan cara tertentu.Apa yang berlaku pasal Yahudi tidak tangkap ikan pada hari Sabtu adakaitan dengan BLDA," kata Cikgu Noordin.
SEMUA NASKAH ADA KAITAN DENGAN ISU YANG MELANDA
Bekas pensyarah ini juga berkata keseluruhan teater yang dihasilkan ada kaitan dengan isu yang melanda.
"Setiap insiden ada penggeraknya seperti Sirih Bertepuk PinangMenari (tentang kerajaan yang bergolak), Peran (DEB dan sindromandropos yang dihadapi kaum lelaki), Cindai (kisah Umno yang dibubarkandan dihadapkan ke mahkamah)," katanya lagi.
Cikgu Noordin juga suka sekiranya naskahnya mendapat tafsiran berbeza dari pihak media.
"Mula-mula baca skrip dulu, lepas tu cari terjemahan. Kemudianbarulah cari tafsirannya. Baru boleh faham. Pemahaman jugaberperingkat-peringkat. Ada yang elementari, secondary dan seterusnya.
"Ni Zaifri sedang bergelut hendak tafsirkan Mana Setangginya?," kata Cikgu Noordin.
Dan di situlah letaknya kehebatan karya Cikgu Noordin di mana falsafah dan banyak elemen-elemen yang tersirat di dalamnya.
Seperti kata Cikgu Noordin memetik sepotong ayat dari al Quran,"Manusia dijadikan di tahap yang tinggi tetapi kembali kepada Tuhannyadalam tahap yang serendah-rendahnya."
Mana Setangginya akan dipentaskan dari 13-21 Jun 2009 pada pukul8.30malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Semua tiket berharga RM30,RM50, RM70 dan RM100. Dapatkan potongan diskaun 30% untuk tiket RM70dan RM100 sebelum 31 Mei
[ Last edited by tyrande_81 at 5-6-2009 10:07 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ini jer artikel yg aku jumpak di website... errr, apsal tiket byk lagi kosong... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah Dato Noordin Hassan penulisnya mesti la best. Teater dia semua best. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
So sapa yg dah tgk??
Best tak? Tgk preview kat TV1 mcm gempak jek...
And kat lobi masa tayangan apa buku2 yg dijual ek? Sapa-sapa bleh bg info tajuk2 buku yg dijual.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak pi........... ak minat teater nie |
|
|
|
|
|
|
|
[url=http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2009/06/noordin-hassan-nostradamus-teater.html]Noordin Hassan |
|
|
|
|
|
|
|
best giler tgk teater ni td.....rase cm nak g lagi je..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe... aku gak yg tak pi :p.. takder promotion laa!! |
|
|
|
|
|
|
|
Rhyno nak baca skrip Mana Setangginya dan Peran karya Dato Noordin Hassan ni...
Ada sapa tau skrip2 ni bleh dibaca dalam buku mana? Buku antologi ke...majalah ke...? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by *Orseas_Urusha at 18-1-2010 00:00
Okay, tadi kat TV1 ada tayang teater ni, pukul 3 sampai 5 petang. Puas aku tengok sorang2, conquer TV dengan aman damai, heheh.
I like it a lot. Mmg berkesan la Azizah Mahzan pegang watak sebagai Mira tukang cerita tu. Tapi ada unsur2 Hindu sket sebab katanya, cahaya lampu dia dok pegang hulu hilir tu datangnya dari Lord Krishna. Pastu ada dialog dia dengan Iriam (Sabrina Ali), dia kata baru balik dari kuil berjumpa dengan sami. |
|
|
|
|
|
|
| |
|