CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15406|Reply: 14

Warisan kolonial Kuala Lipis

[Copy link]
Post time 11-6-2009 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Warisan kolonial Kuala Lipis
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani





SEBAGAI bekas ibu negeri Pahang dari 1890-an hingga 1955, Kuala Lipis sudah menikmati pembangunan hasil perlombongan khazanah buminya.


SEBAGAI bekas ibu negeri Pahang dari 1890-an hingga 1955, Kuala Lipis sudah menikmati pembangunan hasil perlombongan khazanah buminya.

Warisan penjajahan ini dapat dilihat menerusi bangunan lama dengan seni bina kolonial yang masih kukuh hingga kini.



Rumah Rehat Residen yang dibina pada 1867, Sekolah Menengah Clifford yang didirikan pada 1913 selain kompleks pejabat kerajaan dan Pahang Club menjadi tarikan pelancongan di bandar kecil ini.

Kampung halaman penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ini turut memegang satu lagi rekod dengan Batu Tanda Kosong atau Zero Miles Stone.

Terletak berdekatan pejabat pos di tengah bandar, ia menjadi ukuran jarak tempat standard di negara ini.

Batu ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Pahang dan kiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Kata-kata seperti 'ada kilometer kosong rupanya kat Lipis'' daripada mulut warga luar sering terdengar apabila batu yang mempunyai kedudukan istimewa ini.

Lipis dengan keluasan 527,861 hektar adalah daerah ketiga terbesar Pahang selepas Jerantut dan Rompin.

Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi seperti hutan simpan, hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Bagi peminat aktiviti lasak, anda boleh meneroka Gua Bama di mukim Telang dan Taman Rimba Kenong di Hutan Simpan Yong. Ia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna serta landskap semula jadi yang belum diterokai sepenuhnya.

Ia turut menyimpan keindahan gua batu kapur di Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangga, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau. Ia menjadi tumpuan aktiviti jelajah gua, perkelahan, fotografi dan kayak.

Aktiviti sama boleh dilakukan di Tasik Empang Jaleh berkeluasan 73.74 hektar di Lebuhraya Timur Barat dan Taman Rekreasi Sungai Yu di mukim Batu Yon kerana aliran air sungainya yang bersih dan jernih.

Selain itu, Hutan Lipur Ulu Jerangsang (Lata Serondong) di Hutan Simpan Bukit Taching dan Pusat Rekreasi Air Jeram Besu turut menawarkan percutian rekreasi cukup menarik jika anda gemarkan aktiviti lasak.

Hutan Simpan Bukit Taching yang dibangunkan sebagai produk pelancongan pada awal 90-an kini popular dengan penemuan bunga terbesar dunia, bunga pakma atau Rafflesia.

Anda boleh meneroka keindahan Taman Negara menerusi pintu masuk Merapoh. Dan, jangan lupa melawat santuari kelah bagi merasai pengalaman berenang bersama ratusan ikan air tawar.

Jika bermalam di Taman Negara, pastikan anda menyertai acara merentas denai untuk melihat aktiviti hidupan liar. Kawasan Gua Gajah dan Gua Peningat menjadi tumpuan pelbagai spesies burung.

Kini, Lipis kian mendapat tumpuan peminat sukan motor lasak di litar Taman Tasik Burung Mandi. Dengan cerun curam dan litar berselut, ia memberikan halangan semula jadi kepada pelumba.

Jika mahu merasai percutian dalam suasana desa, Homestay Kuala Medang di mukim Ulu Jelai memang popular di kalangan pelancong asing.

Kuala Medang adalah kampung tradisional di pedalaman, jauh dari kesibukan kehidupan kota. Inilah peluang melihat pemandangan indah, jeram dan pokok bakau.

Mereka yang datang bersama ahli keluarga boleh membawa anak kecil ke Zoo Lipis di Bukit Bius, Kuala Lipis. Ia memiliki tarikan musang jebat dan beruk Jepun.

Banyak lagi yang menarik mengenai Lipis jika berpeluang merasai sendiri. Jadi, hantar borang cuti, sediakan bajet mencukupi untuk berseronok sepuas hati.




ghopernya ada gak warisan kat kola lipih nih.. ingatkan sohor sbb siti norhalijah dari situ... hah!!!     bley chekout zoo lipih kalu pi saner.. ekkkkkk  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 11:02 PM | Show all posts
woo yer .. aku rasa salah satu benda yg unik kat lipis ialah batu tanda '0 KM'



kat tempat lain takde rasanye
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 11:16 PM | Show all posts

Latar Belakang Lipis

Sejarah Ringkas Daerah Lipis

Tahun 1470M Hingga 1699M :

*  Diperintah oleh Raja-Raja Pahang berketurunan Raja Melaka dan Johor Riau.
* Orang Minangkabau yang berhijrah ke kawasan tebing sungai sekitar Hulu Pahang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2009 04:02 PM | Show all posts
RM20 juta diperlukan untuk baik pulih aset sejarah di Lipis
21/09/2009

KUALA LIPIS 21 Sept — Kementerian Pelancongan diminta supaya meluluskan peruntukan lebih besar dalam usaha membangun serta membaik pulih bangunan-bangunan lama, memorial, zoo mini dan bahan-bahan sejarah sebagai langkah menarik lebih ramai pelancong ke kawasan Pahang Barat khasnya di Lipis.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Lipis Abu Jimi Samat berkata peruntukan RM200,000 untuk tujuan berkenaan yang diluluskan kementerian itu ketika Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melawat Lipis baru-baru ini adalah tidak mencukupi.

“Sebanyak 14 bangunan bersejarah, zoo mini dan perhentian keretapi yang menjadi daya tarikan di sini perlu dibaik pulih dan dinaik taraf,” katanya kepada Bernama di sini.

Abu Jimi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pahang berkata sekurang-kurangnya RM20 juta diperlukan bagi usaha baik pulih dan menaik taraf bangunan bersejarah dan aset sejarah di kawasan itu agar lebih menarik kepada pelancong.

“Kerajaan tidak akan rugi dengan menyediakan peruntukan besar untuk pembangunan, lagipun Lipis mempunyai bahan sejarah yang tidak ternilai dan ia boleh menjadi daya tarikan untuk industri pelancongan,” katanya.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 07:33 PM | Show all posts
02 Disember, 2009

Mengenali Bandar Warisan Kolonial Kuala Lipis

Oleh Wan Nor Azura Mior Abd Aziz KUALA LIPIS, 2 Dis (Bernama) -- Daerah Lipis di Pahang mengangkat beberapa aspek penting dalam sejarah negeri dan negara. Selain bandarnya merupakan bekas ibu negeri Pahang dan pusat pentadbiran negeri, daerah ini juga rumah bagi beberapa nama besar Malaysia.

Antara nama-nama terkemuka ini ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Muhamad Ghazali Shafie (bekas menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Wartawan/penulis dan aktivis politik (allahyarham) Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, chef selebriti Redzuwan Ismail (Chef Wan) dan penyanyi kesayangan negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Kepada tetamu ke daerah ini, nama-nama ini disebut sebagai produk kebanggaan Lipis. Semasa lawatan Program Kembara Media 2009 ke sini baru-baru ini, rombongan itu dibawa ke rumah keluarga Siti Nurhaliza. Di rumah itu, tetamu dihidangkan nasi lemak dan kuih-muih tradisional seperti kuih koci dan karipap yang dimasak sendiri oleh ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik.

Hidangan itu, menurut ibu Siti yang lebih mesra dengan panggilan "Mak Mah", ialah makanan yang pernah dibawa Siti Nurhaliza berjual semasa zaman beliau bersekolah. Kembara media itu membawa seramai 22 wartawan ke Kuala Lipis, ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada 27 Ogos 1955.

DAERAH LIPIS

Lipis, daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin, mempunyai keluasan 527,861 hektar. Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi hutan simpan, kawasan hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Pegawai Daerah Lipis, Datuk Abu Jamal Nordin berkata Lipis mempunyai pelbagai produk pelancongan termasuk bangunan bersejarah yang dibina pada akhir 1880-an sehingga 1900 pada zaman pemerintahan British.

Sekurang-kurangnya ada 14 bangunan bersejarah di Lipis antaranya bangunan pentadbiran Daerah Lipis dibina pada 1919, Sekolah Menengah Clifford pada 1913, pejabat pos 1910, rumah kediaman bekas Setiausaha Kerajaan dan Masjid Negeri pada 1888 yang masih kekal yang dihasilkan oleh arkitek tempatan, Cina, India dan Arab.

"Bagi menambah baik dan menjadikan bandar warisan ini tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta setahun diperuntuk Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri bagi projek pembangunan secara menyeluruh," kata Abu Jamal.

Bagaimanapun tahun ini Kementerian Pelancongan menyediakan peruntukan lebih RM50 juta bagi pembangunan produk pelancongannya, katanya kepada Bernama selepas taklimat kepada media mengenai Pembangunan Pelancongan Lipis.

Kuala Lipis sendiri mempunyai banyak bangunan dengan seni bina menarik yang boleh dijadikan produk pelancongan.

MASJID NEGERI (MADRASATHUL FIRDAUS)

Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai Madrasathul Firdaus merupakan bangunan tertua di bandar Kuala Lipis dan dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.

Menurut seorang penduduk, Zaki Che Rahmat, satu daripada keistimewaan Masjid Negeri itu ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Kuala Lipis beberapa kali dilanda banjir besar.

Walaupun kedudukannya di tebing Sungai Jelai, Masjid Negeri ini tidak terjejas semasa banjir besar melanda pada tahun 1971, menurut Zaki yang menetap di Kuala Lipis lebih 60 tahun.

BANGUNAN BEKAS SUK PAHANG

Sebuah rumah bekas kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur terletak di atas Bukit Bius, Kuala Lipis. Di sinilah tempat lahir Perdana Menteri Keenam Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rumah bersejarah ini siap dibina pada tahun 1920 dan pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

Bapa Najib, Perdana Menteri Kedua (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein pernah tinggal di sini semasa menjadi setiausaha kerajaan negeri Pahang.

Bidan kerajaan Hospital Lipis menyambut Najib semasa dilahirkan di rumah ini.

PAHANG CLUB

Kembara Media itu turut dibawa melawat Pahang Club, sebuah daripada bangunan jajahan yang terawal dibina di Pahang. Penjajah British membina bangunan itu pada tahun 1907 sebagai kediaman Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan Suprintenden Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.

Apabila Residen British itu berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab itu didiami Inspektor Polis British negeri hingga tahun 1926.

Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini ditinggalkan dan kemudian kerajaan Inggeris menjadikan rumah itu sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British.

Pada tahun 1957, keanggotaan kelab ialah hanya untuk orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan, tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan, keanggotaannya dibuka kepada semua termasuk rakyat tempatan.

PEJABAT POS

Keunikan bangunan Pejabat Pos Kuala Lipis ialah ia berbentuk bersegi dan bersifat simeteri di mana terdapat sebuah tangga yang berbentuk geometri di bahagian belakangnya.

Pejabat pos yang dibina pada 1910 itu mempunyai keunikan pada bumbung, tingkap dan tangga dan menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf pada 2002.

Satu lagi tempat bersejarah yang unik di Lipis ialah batu bertanda kosong yang terletak berdekatan Pejabat Pos di tengah-tengah bandar Kuala Lipis.

Batu yang yang terletak di tepi jalan utama Lipis-Jerantut, menandakan permulaan sukatan jarak bagi negeri Pahang, di mana perkiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Batu itu dipercayai merupakan pusat bagi Semenanjung Malaysia jika diukur dari satu sudut Garis Pusat.

Bagaimanapun Jabatan Ukur Dan Pemetaan mengesahkan Batu GPS (Global Positioning System) merupakan batu tanda pengukuran yang digunakan oleh jabatan itu.

SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD

Para wartawan turut dibawa melawat Sekolah Menengah Clifford, sekolah Siti Nurhaliza semasa remaja, yang pada mulanya dikenali sebagai Government English School.

Sekolah itu dibuka pada tahun 1913 dan dinamakan sempena Sir Hugh Clifford, bekas residen British Pahang yang merasmikan sekolah itu pada 1929.

Nama Sekolah Menengah Clifford juga tercatat dalam sejarah sebagai sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936.

Ketibaan anggota media disambut dengan senyuman oleh Pengetua Kanan SMK Clifford, Datin Ragayah Omar yang memberi penerangan mengenai sejarah serta pencapaian terkini sekolah yang menjadi kebanggan rakyat Lipis ini.

Katanya Sekolah Menengah Clifford diisytiharkan Kementerian Pelajaran sebagai sebuah daripada sekolah utama di Malaysia pada tahun 1996. Setahun kemudian menjadi perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar terpilih tingkatan 4 terpilih dari Sekolah Menengah Clifford.

Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan Ibu pejabat Kempetai. Rombongan media turut dibawa melawat sebuah bilik darjah yang pernah dijadikan sebagai bilik tahanan dan penyeksaan sebelum tahanan dikatakan dihantar ke Melaka.

Kini bilik itu dijadikan bilik darjah pelajar Tingkatan Enam.

STESEN KERETA API KUALA LIPIS

Perkhidmatan kereta api yang mula beroperasi pada tahun 1926, merupakan jalan darat yang pertama diperkenal di Kuala Lipis di mana sebagai permulaan ia hanya menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Baharu di selatan, Chegar Perah di utara dan ke Tumpat, Kelantan.

Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan kereta api yang dibina pada 1920 oleh kerajaan British digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan Singapura.

Selain ia penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat, sebahagian besar hasil ekonomi daerah Lipis juga disalurkan melalui perkhidmatan ini seperti emas dan bijih.



KESIMPULAN PROGRAM KEMBARA DAN PERANCANGAN

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Zukri Valenteno, program Kembara Media itu bertujuan membawa wakil media melihat hasil pembangunan yang dijalankan kerajaan negeri di Lipis.

Program yang memberi peluang kepada wakil media mengenali lebih dekat bandar warisan sejarah Kuala Lipis itu bertujuan untuk memberi maklumat kepada rakyat akan pembangunan yang dijalankan serta usaha menarik pelancong ke Pahang.

Program tiga hari yang bermula 15 Nov itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Majlis Daerah Lipis.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 12:16 PM | Show all posts
Bandar kolonial Kuala Lipis
Apakah warisan kolonial dan produk pelancongan yang boleh diteroka di Kuala Lipis, Pahang?



MASJID Negeri yang dibina pada 1888 oleh saudagar Arab dari Yaman
yang mempunyai identiti Melayu Nusantara dan pengaruh Minangkabau di Kuala Lipis.

DAERAH Lipis di Pahang mengangkat beberapa aspek penting dalam sejarah negeri dan negara. Selain bandarnya yang merupakan bekas ibu negeri Pahang dan pusat pentadbiran negeri, daerah itu juga merupakan rumah bagi beberapa nama besar Malaysia.

Antaranya ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Muhamad Ghazali Shafie; wartawan/penulis dan aktivis politik, Allahyarham Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako; chef selebriti, Redzuwan Ismail (Chef Wan) dan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Kepada tetamu ke daerah terbabit, nama-nama itu disebut sebagai produk kebanggaan Lipis. Semasa lawatan Program Kembara Media 2009 baru-baru ini, rombongan dibawa ke rumah keluarga Siti Nurhaliza.

Di rumah itu, tetamu dihidangkan nasi lemak dan kuih-muih tradisional seperti kuih koci dan karipap yang dimasak sendiri oleh ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik.

Hidangan itu menurut ibu Siti yang lebih mesra dengan panggilan Mak Mah, merupakan makanan yang pernah dibawa Siti Nurhaliza berniaga semasa zaman persekolahan.

Kembara media itu membawa seramai 22 wartawan ke Kuala Lipis, sebagai ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada 27 Ogos 1955.

Daerah Lipis


Lipis merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin, mempunyai keluasan 527,861 hektar. Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi hutan simpan, kawasan hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Pegawai Daerah Lipis, Datuk Abu Jamal Nordin berkata, Lipis mempunyai pelbagai produk pelancongan termasuk bangunan bersejarah yang dibina pada akhir 1880-an sehingga 1900 pada zaman pemerintahan British.

Sekurang-kurangnya terdapat 14 bangunan bersejarah di Lipis antaranya ialah bangunan pentadbiran daerah yang dibina pada 1919, Sekolah Menengah Clifford pada 1913, pejabat pos (1910), rumah kediaman bekas Setiausaha Kerajaan dan Masjid Negeri pada 1888 yang masih kekal yang dihasilkan oleh arkitek tempatan, Cina, India dan Arab.

"Bagi menambah baik dan menjadikan bandar warisan ini tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta setahun diperuntukan oleh Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri bagi projek pembangunan secara menyeluruh.

"Bagaimanapun pada tahun ini, Kementerian Pelancongan menyediakan peruntukan lebih RM50 juta bagi pembangunan produk pelancongannya," kata Abu Jamal selepas taklimat kepada media mengenai Pembangunan Pelancongan Lipis.

Kuala Lipis mempunyai banyak bangunan dengan seni bina menarik yang boleh dijadikan produk pelancongan antaranya ialah :

* Masjid Negeri (Madrasathul Firdaus)

Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai Madrasathul Firdaus merupakan bangunan tertua di bandar Kuala Lipis. Ia dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.

Menurut seorang penduduk, Zaki Che Rahmat, keistimewaan Masjid Negeri itu ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Kuala Lipis beberapa kali dilanda banjir besar.

Walaupun kedudukannya di tebing Sungai Jelai, masjid itu tidak terjejas semasa banjir besar melanda pada tahun 1971, menurut Zaki yang menetap di Kuala Lipis lebih 60 tahun.

* Bangunan bekas SUK Pahang

Rumah bekas kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang terletak di atas Bukit Bius, Kuala Lipis. Di sinilah tempat lahir Perdana Menteri Keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rumah bersejarah itu siap dibina pada tahun 1920 dan pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.
Bapa Najib, Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah tinggal di situ semasa menjadi setiausaha kerajaan negeri Pahang.

Bidan kerajaan Hospital Lipis menyambut Najib semasa beliau dilahirkan di rumah itu.

* Pahang Club

Pahang Club merupakan salah sebuah bangunan jajahan yang terawal dibina di Pahang. Penjajah British membina bangunan itu pada tahun 1907 untuk kediaman Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan Supritendan Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.

Pada pertengahan tahun 1926, kerajaan Inggeris menjadikan rumah itu sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British.

Pada tahun 1957, keanggotaan kelab ialah hanya untuk orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan, keanggotaannya dibuka kepada semua termasuk rakyat tempatan.



SEKOLAH Menengah Clifford tercatat dalam sejarah sebagai sekolah
yang pertama mengadakan School Certificate Class pada tahun 1936.

* Pejabat pos

Keunikan bangunan Pejabat Pos Kuala Lipis ialah ia berbentuk bersegi dan bersifat simeteri. Terdapat sebuah tangga yang berbentuk geometri di bahagian belakangnya.

Pejabat pos yang dibina pada 1910 itu mempunyai keunikan pada bumbung, tingkap dan tangga dan menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf pada 2002.

Satu lagi tempat bersejarah yang unik di Kuala Lipis ialah batu bertanda kosong yang terletak berdekatan Pejabat Pos di tengah-tengah bandar.

Batu yang terletak di tepi jalan utama Lipis-Jerantut itu menandakan permulaan sukatan jarak bagi negeri Pahang di mana perkiraan kosong bermula di Kuala Lipis.

* Sekolah Menengah Clifford

Sekolah itu dibuka pada tahun 1913 dan dinamakan sempena Sir Hugh Clifford, bekas residen British di Pahang yang merasmikan sekolah itu pada tahun 1929.

Nama Sekolah Menengah Clifford juga tercatat dalam sejarah sebagai sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class pada tahun 1936.

* Stesen kereta api

Perkhidmatan kereta api mula beroperasi pada tahun 1926 di Lipis. Ia merupakan jalan darat yang pertama diperkenal di Kuala Lipis yang menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bahru di selatan, Chegar Perah di utara dan Tumpat di Kelantan.

Ketika zaman pendudukan Jepun, landasan kereta api yang dibina pada tahun 1920 oleh kerajaan British digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun dan hasil ekonomi daerah Lipis seperti emas dan bijih timah. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2009 12:21 PM | Show all posts
Kampungku..... yang lama aku tak jejeki...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 01:37 PM | Show all posts
Semasa ibu negeri Pahang dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan,siapakah Menteri Besar ketika itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 12:58 AM | Show all posts
di puncak bukit bius dan bukit rasiden ada satu terowong yg sengaja di tutup oleh pihak tempatan. ada yg mengatakan terdapat laluan terowong bawah tanah ke lombong emas yg memang byk di sekitar raub dan kuala lipis.

masih tertanya2, kenapa di pindahkan ibu negeri pahang dari kuala lipis ke kuantan?
erm~
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 01:00 AM | Show all posts
kuala lipis kampung che siti
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 01:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 4-5-2011 02:44

saya jugak

tmpt lahir dan membesar
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 01:10 AM | Show all posts
yeke hassell? la aku ingat kau org kelante ehehehe
[tp kuala lipis dah kurang popular la sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 05:50 PM | Show all posts
wow... lipis mmg tempat bsejarah.. pernah ddk kejap je huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 10:02 AM | Show all posts
Bandar Kuala Lipis kotor ler sekarang ... banyak tuan punya bangunan asyik dok buat rumah burung walit.

Kat area Centerpoint ... dekat dengan tempat makan pulak tu, Majlis Bandaran tak angkat sampah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 10:56 PM | Show all posts
aku pernah bersekolah kat sekolah menengah clifford, orang kata bangunan depan padang bola tu berhantu. banyak hantu jepun berkeliaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 1.063353 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list