|
syukur dah dibumikann |
|
|
|
|
|
|
|
Koroner Los Angeles sahkan kematian MJ sebagai kes bunuh
Propofol sebelum ini sering dikaitkan dengan kematian Jackson. foto-AFP
KEMATIAN Michael Jackson disahkan sebagai satu kes bunuh atau homosid menurut laporan yang telah didedahkan kelmarin.
Salinan laporan koroner Los Angeles menyebut, badan Raja Pop itu mempunyai kandungan anestatik Propofol yang cukup tinggi.
Dalam siasatan yang dijalankan, doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray memberitahu polis dia bertanggungjawab memberi dadah tersebut kepada Michael pada pagi sebelum penyanyi terkenal itu meninggal dunia.
Conrad menjelaskan tujuannya berbuat demikian adalah untuk merawat penyakit insomnia yang dihadapi Michael.
Pendedahan itu menjelaskan mengapa polis menangguhkan untuk membuat pengumuman mengenai laporan toksikologi Michael dan tujuan mereka membuat serbuan di rumah dan pejabat Dr Conrad.
Detektif yang menyiasat rumah sewa Michael selepas kematiannya menemui lapan botol propofol dan juga beberapa pil preskripsi yang lain.
Laporan tersebut menyatakan: "Ketua Koroner Perubatan yang menyiasat kes kematian Michael Jackson, Dr Sathyavagiswaran, menjelaskan hasil ujian toksikologi Michael menunjukan kematiannya adalah disebabkan kandungan propofol yang terlalu tinggi."
Dr. Conrad Murray dikatakan bertanggungjawab terhadap kematian Michael Jackson. foto-REUTERS
Dr. Conrad juga sebelum ini memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia sedang merawat penyakit insomnia Michael selama lebih enam minggu.
Beliau memberikan penyanyi itu 50 miligram Propofol setiap malam mengunakan titisan intravena.
Bagaimanapun Dr. Conrad yang juga seorang kardiologis risau Michael akan ketagihan anestatik.
Menurut Conrad lagi, pada pagi sebelum kematian Michael, dia terpaksa memberi Michael 25 miligram propofol selepas semua ubat yang dicubanya gagal membuatkan penyanyi terkenal itu tidur.
Beliau menghubungi paramedik selepas mendapati Michael tidak lagi bernafas.
Polis tiba di rumah Michael pada pukul 12.30pm dan beliau disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital. |
|
|
|
|
|
|
|
Michael Jackson dikebumikan esok
LOS ANGELES: Dua bulan selepas kematiannya, Michael Jackson akan dikebumikan esok, dalam satu majlis persendirian matahari terbenam, yang akan menyaksikan mendiang bersemadi bersama-sama bintang Hollywood lain.
Kematian tragik bintang muzik pop itu pada 25 Jun lalu, yang dikatakan mempunyai unsur homisid oleh pegawai bandar itu minggu lalu, akan dikebumikan di makam Taman Peringatan Forest Lawn di luar bandar Glendale.
Majlis terbabit hanya akan dihadiri keluarga terdekat dan sahabat kepada raja pop itu, berbanding acara memperingati awam yang diadakan Julai lalu dan dihadiri 20,000 orang.
Beberapa laluan masuk ke tanah perkuburan di Glendale akan ditutup bagi memastikan peminatnya tidak dapat masuk. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Harta Michael Jackson biayai kos pengkebumian: Hakim
LOS ANGELES: Hakim Long Angeles semalam mengarahkan harta Michael Jackson akan digunakan untuk membiayai kos pengkebumian Raja Pop itu yang dianggarkan menjangkau perbelanjaan yang luar biasa.
Hakim Mitchell Beckloff membenarkan permohonan ibu Michael selepas peguam yang menguruskan harta penyanyi itu turut bersetuju membiayai semua kos pengkebumian di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park yang dijadual berlangsung hari ini.
Jeryll Cohen, peguam yang dilantik oleh pentadbir harta Michael, John Branca dan John McClain, berkata kos perkhidmatan lain untuk upacara pengkebumian itu juga akan ditanggung.
"Kos yang diperlukan mungkin agak luar biasa sedikit kerana Michael juga adalah seorang yang hebat," kata Cohen tanpa menyatakan secara spesifik butiran perbelanjaan berkenaan.
Peguam Margaret Lodise yang mewakili tiga anak Michael berkata, beliau tidak membantah penggunaan wang daripada aset Michael untuk kegunaan upacara pengkebumiannya.
Michael yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu dilaporkan akan dikebumikan di Forest Lawn dengan hanya dihadiri kalangan ahli keluarga, kenalan dan rakannya. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat golongan rich&famous ni kan..
ingat kan masa hidup jer penuh kontroversi
dah meninggal pun, kontroversi tak hbs2
minat kat MJ, tak kesah la dia islam ke (kalau btol dia islam, alhamdulillah)
pidopil ke..hitam ke..putih ke..
yg ptg lagu & tarian dia kekal 'hidup' |
|
|
|
|
|
|
|
Michael Jackson selamat disemadikan
GLENDALE, California: Raja Pop Michael Jackson, akhirnya selamat disemadikan di Forest Lawn Glendale, hari ini, selepas lebih dua bulan meninggal dunia.
Upacara pengebumian tertutup yang dihadiri oleh lebih 200 jemputan terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat pengibur tersohor dunia itu dimulakan beberapa jam lewat kerana menantikan ketibaan keluarga Michael di tanah perkuburan itu.
Pada awalnya, upacara itu dijadualkan bermula pada pukul 7 malam (waktu tempatan).
Al Sharpton turut berucap di upacara itu manakala Gladys Knight telah membuat persembahan. Sebelum pukul 10 malam tadi (waktu tempatan), Sharpton menulis di dalam laman web Twitter, "Michael Jackson telah disemadikan." |
|
|
|
|
|
|
|
betulkah ini wajah MJ sewaktu bedah siasat, sukar untuk ditafsirkan. maybe btul.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa MJ nih nampak macam baik jeh...soft spoken, sayang budak2...macam pemalu..tapi bila on stage..mak oii..keletah dan lincah betol..memang simpati betol membaca perjalanan hidup seorang MJ...kalau dia benar2 islam..aku doakan yg baik-baik untuk dia.alfatihah! |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada dadah terlarang dalam tubuh Michael
Michael Jackson
--------------------------------------------------------------------------------
LOS ANGELES - Laporan bedah siasat Raja Pop, Michael Jackson menunjukkan penyanyi itu berada dalam keadaan sihat dan tiada dadah terlarang dalam tubuhnya.
Keadaan fizikal Michael yang diperincikan dalam laporan autopsi itu boleh menjadi bahan utama untuk pendakwa raya mengemukakan pertuduhan terhadap doktor peribadinya, Dr. Conrad Murray yang sebelum ini memberitahu polis dia menyuntik ubat pelali sejurus sebelum penyanyi lagu Beat It itu meninggal dunia.
Koroner memutuskan kematian Michael berpunca daripada keracunan ubat pelali propofol dan beberapa ubat bius lain.
Pihak koroner juga mendapati propofol disuntik tanpa keperluan perubatan.
"Jelas Michael merupakan seorang individu sihat yang kematiannya disebabkan oleh suntikan ubat bius yang kuat," kata peguam bela dan bekas pendakwa persekutuan, Mark Werksman.
Laporan koroner Los Angeles County menunjukkan berat Michael ialah 61.7 kilogram sesuai bagi lelaki setinggi 1.75 meter.
Jantung Michael kuat dan tidak ada tanda-tanda pembentukan plak manakala ginjal serta lain-lain organ penting juga berada dalam keadaan normal.
Penyanyi itu masih mempunyai masalah kesihatan tetapi kebanyakannya akibat umurnya yang meningkat seperti sakit sendi pada tulang belakang.
Micheal meninggal dunia pada 25 Jun lalu di kediamannya di sini selepas jantungnya berhenti berfungsi. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun pemergian Jacko
Oleh WARTWAN HITS
KALAU sudah namanya Michael Jackson, apa saja yang berkaitan dengan namanya sudah tentu akan mengundang kekayaan!
Ya, ada kebenaran pandangan sesetengah pihak bahawa kematian Michael tidak akan membuatkan keluarganya merana kerana dilanda kemiskinan.
Sebaliknya, pemergian Michael menawarkan kekayaan yang lebih berganda berbanding selama dia hidup sebagai superstar pujaan ramai.
Hasilnya, segala harta yang ditinggalkan seniman itu kini meningkat jumlahnya sejak dia meninggal dunia genap setahun yang lalu.
Tanpa Michael yang terkenal kerana sikap suka berbelanja dengan boros dan ditambah pula dengan nilai nostalgia di atas kemasyhurannya, pentadbir pengurusan kewangan Michael, John Branca dan John McClain telah membantu mengubah nilai kekayaan tinggalan Michael secara drastik.
Kekayaan yang pernah dibina oleh seniman unggul itu pernah suatu ketika berada di kedudukan yang parah apabila nilai hutang Michael dianggarkan berjumlah AS$500 juta (RM1.6 bilion).
Namun begitu, apa yang difahamkan, jumlah kekayaan tinggalan beliau sudah mampu untuk menyara kehidupan tiga orang anak Michael dan ibunya selain masih ada ruang untuk disalurkan kepada tabung-tabung amal kanak-kanak.
Sudah banyak hutang tinggalan Michael yang berjaya dikurangkan dalam tempoh setahun ini. Semuanya hasil daripada pengurusan bijaksana kedua-dua pentadbir bersama itu.
"Semua ini merupakan permulaan yang sungguh hebat. Bagaimanapun, masih ada masa yang panjang untuk memastikan segala hutang diselesaikan," kata Lance Grode bekas peguam Michael yang juga seorang profesor di University of Southern California.
Angka berkenaan disifatkan sebagai satu catatan paling hebat dalam sejarah industri muzik.
Dengan catatan 8.3 juta unit terjual di Utara Amerika, Michael mencatat rekod sebagai artis yang albumnya paling banyak dijual pada tahun 2009 dan dengan mudah menewaskan penyanyi Taylor Swift yang albumnya hanya terjual 4.6 juta unit.
Angka jualan album Michael juga mengenepikan penyanyi Usher yang pernah mencatat rekod jualan album sebanyak 8 juta unit pada tahun 2004.
"Pada tahun kematian Michael, baru kami benar-benar menyedari bahawa dia memiliki bakat seni yang sangat luar biasa. Lelaki itu sememangnya Raja Pop dunia," kata Ketua Eksekutif Sony/ATV, Marty Bandier.
Kekayaan Michael juga dijangka tambah berganda berdasarkan pertambahan nilai kekayaan yang dianggarkan dapat diperoleh menerusi urusniaga berikut:
lRoyalti hasil daripada perjanjian yang dibuat selepas si penama meninggal dunia. Ia berkaitan dengan penjualan karya-karya seni Michael dengan syarikat rakaman Sony Music yang menjamin sebanyak AS$200 juta (RM646 juta) dalam tempoh tujuh tahun.
lHasil jualan hak cipta filem This Is It - anggaran kasar kutipan daripada jualan tiket sebanyak AS$252 juta (RM814 juta). Sony Pictures juga sudah membayar si penama AS$60 juta (RM194 juta) secara pendahuluan serta satu jumlah tertentu (tidak diumumkan) hasil daripada penjualan cakera padat digital.
lPerjanjian lesen perniagaan cenderamata Michael oleh Universal Music Group's Bravado serta permainan tarian yang dicetuskan oleh Ubisoft Entertainment bernilai AS$26 juta (RM84 juta) yang dibuat secara pendahuluan. Dianggarkan lebih banyak unit jualan cenderamata dapat dijual pada masa depan.
lRoyalti hasil daripada hak cipta lagu dan lirik tulisan Michael yang dikendalikan oleh The Mijac Music memberikan pulangan sebanyak AS$25 juta (RM80 juta) pada tahun sebelum ini. Semua ini hasil daripada penyiaran lagu-lagu seniman itu di radio-radio serta penjualan album.
lSumber pendapatan lain termasuk penjualan buku biografi Moon Walk dan banyak lagi. Syarikat rakaman Sony Music pula berkata, sebanyak 31 juta unit album Michael terjual di seluruh dunia semenjak seniman itu meninggal dunia setahun yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|