View: 4013|Reply: 7
|
Hawaii: tapak telescope TERbesar di doniya!!
[Copy link]
|
|
Hawaii jadi tapak teleskop terbesar dunia
GAMBARAN artis mengenai teleskop terbesar di dunia yang
akan dibina di Hawaii dan dijangka siap pada 2018. - AP
HONOLULU 22 Julai - Hawaii semalam dipilih sebagai tapak teleskop terbesar di dunia, iaitu sebuah peralatan yang berkuasa besar untuk membolehkan para saintis melihat sejauh kira-kira 13 bilion tahun cahaya dan mendapat petunjuk kepada kelahiran alam semesta
Cermin teleskop seluas hampir kira 30 meter dari garis pusat, atau hampir sama panjang dengan sayap pesawat Boeing 737. Ia akan menjadi begitu besar dan berupaya untuk mengumpulkan cahaya yang pernah dilihat dan digunakan kira-kira 13 bilion tahun dahulu untuk bergerak ke bumi.
Ini bermaksud ahli-ahli astronomi boleh melihat melalui teleskop untuk melihat imej pertama bintang dan galaksi yang membentuk kira-kira 400 juta tahun dahulu selepas berlaku letupan besar (Big Bang).
"Ia akan memberi kami mengetahui sejarah mengenai alam semesta,'' kata jurucakap Thirty Meter Telescope Observatory Corp., Charles Blue.
Teleskop itu dijangka siap pada 2018, dibina di puncak gunung berapi yang sudah mati dan popular di kalangan ahli-ahli astronomi kerana puncaknya berada pada ketinggian 4,205 meter dari paras laut dan menawarkan pemandangan yang jelas ke langit untuk selama 300 hari dalam setahun.
Kedudukan Hawaii yang di tengah-tengah Lautan Pasifik juga bermakna kawasan itu bebas daripada pencemaran udara. Bilangan bandar di dalamnya juga bermakna tidak akan ada cahaya buatan manusia yang menganggu pemantauan. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Kedudukan Hawaii yang di tengah-tengah Lautan Pasifik juga bermaknakawasan itu bebas daripada pencemaran udara. Bilangan bandar didalamnya juga bermakna tidak akan ada cahaya buatan manusia yangmenganggu pemantauan.
amazed Post at 23-7-2009 07:28
yang penting bebas dari pencemaran cahaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
the construction pf more telescopes on the peak of mauna has been a subject to environmental and political controversies. kesian sama hawaiian natives tempat goddess diorang dah tercemar di tangan2 penjajah barat |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye kalo jadi salah satu pengendali mesin tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya kalu bleh sampai Hawaii |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by me_ai at 24-7-2009 22:37
Cermin teleskop seluas hampir kira 30 meter dari garis pusat,
apadaaa...
luas = meter square
panjang = meter
maksud dia skang jejari, sbb dari garis pusat...
= 60 meter diameter.
1meter = 3 ft = 12inch*3 = 36inch
= 2+++inch
akunyer 8 inch...leh nmpk saturn dgn terang...
err..satu lagi....teleskop ni mungkin newtonian....sbb ni paling murah...utk di bina...
ada beberapa lagi baris ayat yg kurang tepat...aduhaiii..penulis2 skrg...kumpul maklumat biar le betul' |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
well...well...
berapa banyak observatory centres already in Hawaii ni
bukankah dulu ada nama Keck , in Mauna Kea? |
|
|
|
|
|
|
|
cool......... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|