CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 5

Larangan dr Rasulullah S.A.W

[Copy link]
Post time 9-8-2009 02:14 AM | Show all posts |Read mode
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam


Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan  orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat   berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asa

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2009 03:08 AM | Show all posts
alhamdulillah..info yg menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 07:48 AM | Show all posts
camne nak buat ni ek....banyak kubur2 yang bersimen marmar kat luar sana tu...

nak kena runtuhkan ke??
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 08:54 AM | Show all posts
salam semua....pekabo
wah sini dok ujan direct pagi pagi
syukur atas segala puji bagi Tuhanku yang maha agung....
memang benar hadis di atas ni
tapi bagi suasana keliling, semakin ramai yg meniru upacara atau ikutan agama lain..
kalau boleh kubur tu nak di hias cantik cantik penuh kemegahan
sedangkan kubur adalah tempat insaf dan mengingati Tuhan itu sendir...
ada pula dlm khutbah jumaat tu disuruh hias lagi kuburan kuburan ni
hai dunia akhir zaman
zaman skang ni yg mana Nabi larang yg tu org berlumba lumba nak buat
tak perasaan ke sedikit sedikit dah meniru agama Yahudi atau Nasrani?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 10:37 AM | Show all posts
kekadang manusia neh dia x sedar yg dia telah menyimpang dari jalan yg sebenar..

jd.. wajib bg kita yg taw n paham untuk mengingatkan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 05:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 9-8-2009 17:44

dan demikianlah KAMI perlihatkan atas mereka supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya janji ALLAH itu benar dan sesungguhnya kiamat itu tidak ada keraguan pd nya, ketika mereka berseliseh antara mereka akan urusan* mereka maka mereka berkata: binalah kamu atas mereka (kubur ashabul kahfi) SEBUAH BANGUNAN! TUHAN mereka lebih tahu tentang mereka! berkatalah org2 yg mengalahkan atas urusan mereka: sungguh kami pasti akan mengambil ke atas mereka ( kubur/gua ashabul kahfi) sebagai MASJID. ALKAHFI :21.




ayat ini menggambarkan bahawa ALLAH tidak mencela perbuatan membina bangunan &membuat masjid di atas kubur seperti MASJID NABAWI! seolah2 ayat ini KONTRADIK dgn HADIS DI ATAS (?). bagaimanakah kita nak MENGHARMONIKAN ayat ini dgn hadis di atas? mustahil nabi SAW menyuruh sesuatu yg berlawanan dgn ALQURAN!
fikir2kanlah...............




p/s: *URUSAN MEREKA= menurut mufassirin ialah URUSAN AQIDAH. mereka berseliseh tentang aqidah tauhid pd masa mereka. rujuk sejarah ashabul kahfi& agama nasara/kristian sebelum islam.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057773 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list