View: 1953|Reply: 9
|
H1N1 dan Solat Berjemaah
[Copy link]
|
|
Sekarang ni tgh gawat ttg wabak H1N1....
Aku rasa semua dah maklum kalau tak byk pun sedikit bagaimana cara wabak ni merebak....
Salah satu cara utk mencegah wabak ni dari terus merebak ialah mengelakkan perhimpunan beramai2...
Tetapi bagaimana pulak dgn solat berjemaah terutamanya solat Jumaat yang kita sedia maklum wajib dijalankan berjemaah..?
Aidilfitri pun dah semakin hampir....warga kota akan blk kampung dan menunaikan solat sunat aidilfitri....
Tak dapat dinafikan faktor ini mampu menyumbang kepada penyebaran wabak yang sedang ligat melanda negara kita....
Apa yg aku ingin tekankan di sini ialah bknnya aku menegah pergi solat berjemaah......tetapi kalau wabak ni dah mencapai ke tahap darurat..adakah kelonggaran atau cara2 efektif utk menanganinya (sebagai contoh: kementerian kesihatan letakkan kakitangan, sukarelawan atau mana2 ahli NGO Islam utk melakukan pemeriksaan suhu badan ke atas setiap jemaah)...
itu je utk setakat ni...terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan alasan besar sgt kot..tutup hidung masih ade... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan alasan besar sgt kot..tutup hidung masih ade...
033589 Post at 11-8-2009 23:23
yup...salah satu ikhtiar ni...mungkin masa nilah fund kariah blh di salurkan utk beli mask...atau kementerian bekal kan mask...maklumlah tak semua tpt blh dpt mask dgn mudah..terutamanya kat kawasan pedalaman.. |
|
|
|
|
|
|
|
3# matamata
boleh jugak dgn cara gitu..
tapi bagi aku..bape sgtla harga mask kalo beli/..paling mahal rm5
takkan kite nak tunggu terjebak baru nak mencegah sementara na tunggu bekalan... |
|
|
|
|
|
|
|
3# matamata
boleh jugak dgn cara gitu..
tapi bagi aku..bape sgtla harga mask kalo beli/..paling mahal rm5
takkan kite nak tunggu terjebak baru nak mencegah sementara na tunggu bekalan...
033589 Post at 11-8-2009 23:53
bg kita yes...tp kalo ko tgk kat kampung2 yg agak terceruk...benda ni diaorg tak kisah pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Allah tak suruh kita bergantung kpd takdir tanpa berusaha. Lepas berusaha habis-habisan barulah kita tawakal. Klu setakat tawakal jer tanpa usaha, itu bukan tawakal namanya. Sedangkan sahabat nabi pun berbincang panjang bgmn kaedah mencegah wabak dari merebak. Bukannya nak lawan takdir. Tapi Allah & Rasul suruh kita berusaha mencegah wabak dari menular lebih teruk.
Sekiranya wabak makin teruk & makin bahaya, mufti perlu mengeluarkan fatwa mewajibkan org islam pakai mask klu nak berjemaah ke, nak berhimpun ke.
*****************************************
1280 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a katanya: Sesungguhnya Umar bin al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan para pengikutnya. Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam. Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata: Cuba panggilkan para Sahabat Muhajirin yang pertama. Aku melaksanakan perintah Umar.
Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam. Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata: Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang.
Sebahagian yang lain pula berkata: Engkau diikuti oleh orang ramai dan para Sahabat Rasulullah s.a.w, jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Kemudian beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para sahabat Ansar. Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Lalu beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana. Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini. Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku. Abu Ubaidah bin al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain. Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga? Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, maka janganlah kamu mendatanginya. Sebaliknya, kalaulah wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya. Mendengar kata-kata itu Umar bin al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu.
http://www3.pmo.gov.my/WebNotesA ... 05560a?OpenDocument |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah tahap darurat
solat jumaat dah jadi tak wajib.
seperti juga
jika amat mengatuk
Banjir
yg lain akuj tak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Jika dibaca betul2 hadis Nabi diatas, Nabi berpesan jangan keluar atau memasuki daerah, bukannya rumah, jadi alasan untuk tidak bersolat jumaat/jemaah di satu2 daerah/mukim/kampung itu pada pendapat saya tidak boleh diterima hanya semata2 takutkan wabak.
Bukankah "iyya kanaq buduwa iyya kanas ta'in"? padaMu lah kami sembah dan kepadaMu lah kami meminta pertolongan? Bukankah jika umat islam dikawasan itu bersolat jemaah lebih afdhal doa yg dipinta?
Kebanyakan manusia akhir zaman ini hanya beriman tetapi tidak percaya, beriman yg Allah itu tuhan tetapi tidak percaya yg Allah itu maha berkuasa, adakah virus itu lebih berkuasa dari Allah? adakah kita takut sangat akan mati? bukankah mereka yg mati disebabkan wabak itu mati syahid jika dia redha akan ketentuan Allah itu? Kecuali lah jika "wahn" sudah muncul dihati.
http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/antara-selsema-biasa-h1n1-dan-emosi.html |
|
|
|
|
|
|
|
Bersolatlah dgn memakai mask klu anda kena penyakit batuk selsema or asyik nak bersin jer. Jgn ganggu konsenstrasi jemaah lain. Klu takmo pakai mask duduk rumah saja lagi baik. Haram hukumnya menyebarkan virus kpd org lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|