|
tahniah......:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.......menang....
dah agak pun tp mmg lagu nih best!!! |
|
|
|
|
|
|
|
congrats |
|
|
|
|
|
|
|
congrats to audi, norfatima dan FAIZAL TAHIR..
pasni blh tgk klip video nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
17# shinkuro
ko nk ke?..
nnt aq tlg cakapkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Satu juara
Oleh ZULKIFLI JALIL, HELMI MOHD. FOAD dan THOMAS CHONG
[email protected]
Najib Tun Razak, Rais Yatim, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar (kiri) dan Ketua Pengawai Eksekutif Celcom, Datuk Shazaly Ramli (kanan) bersama pengubah lagu Malaysia Satu, Audi Mok (tiga dari kanan) penyanyi Faizal Tahir dan penulis lirik, Nur Fatima Abd. Wahab di Putrajaya semalam. - UTUSAN/ SAIFUL BAHARI ASHARI.
--------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA 2 Sept. - Lagu Malaysia Satu yang digubah oleh Audi Mok diumumkan sebagai juara pencarian lagu 1Malaysia Kita.
Lagu yang liriknya ditulis Nur Fatima dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir itu menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang pertandingan itu berlangsung sejak Ogos lalu.
Melalui pertandingan itu, pemenangnya membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 dan karya lagu tersebut akan menjalani penggambaran muzik video bagi diedarkan kepada media seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya menerima dengan baik keputusan rakyat Malaysia yang telah memilih lagu tersebut.
"Nampaknya mereka memilih lagu rancak dan bersemangat serta rentaknya sesuai dengan cita rasa golongan muda.
"Bagaimanapun mungkin kita boleh ubah suai sedikit kalau hendak dinyanyikan oleh kumpulan koir kerana nadanya yang tinggi, tidak ramai yang boleh sampai ke situ," katanya
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan pemenang pencarian lagu 1Malaysia Kita di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Pertandingan itu mendapat sambutan hangat apabila sebanyak 350 penyertaan diterima dan sejumlah 10 peserta akhir telah dipilih.
Ia membabitkan penyertaan pelbagai lapisan umur dan latar belakang, daripada pengubah lagu profesional hingga peringkat amatur tanpa mengira jantina dan umur.
Undian telah diterima melalui laman web Perdana Menteri, 1Malaysia.com.my, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan borang pos yang disiarkan dalam media massa.
Najib berkata, lagu Malaysia Satu boleh digunakan bersama lagu 1Malaysia yang telah dipilih oleh Kementerian Penerangan untuk dipersembahkan pada majlis-majlis rasmi kerajaan atau sambutan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, idea mengadakan pertandingan itu timbul daripada hasrat beliau untuk berinteraksi bersama rakyat dengan lebih mesra melalui cara mengenal pasti sebuah lagu yang dihasilkan oleh rakyat.
"Kita hendak lagu ini sesuai dengan slogan nasional iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan supaya ia lahir, datang dan terbit daripada hati nurani rakyat sendiri.
"Media memilih untuk menyiarkan lagu tersebut dan akhirnya rakyat juga menentukan mana satu lagi kegemaran rakyat dan pemenangnya dipilih oleh rakyat," katanya.
Ini kerana katanya, konsep 1Malaysia adalah bersifat inklusif dan tidak ada salahnya jika negara ini mempunyai lagu 1Malaysia yang sedap didengar lebih daripada satu. |
|
|
|
|
|
|
|
Karya Audi Mok menangi pencarian lagu 1Malaysia
Oleh Johari Ibrahim dan Mohd Hamizar Hamid
[email protected]
NAJIB bersama (dari kiri) Johan, Rais, Faizal, Mok, Nur Fatima dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Berhad, Datuk Shazaly Ramly dengan replika cek pemenang di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
Najib ambil masa lebih sejam dengar 10 finalis pilihan rakyat
PUTRAJAYA: Lagu Malaysia Satu ciptaan Audi Mok dan dinyanyikan Faizal Tahir dipilih menerusi undian rakyat Malaysia sebagai pemenang pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia, menewaskan sembilan finalis lain.
Kemenangan lagu berkenaan berirama rancak dengan lirik nukilan Nur Fatima Abd Wahab, membolehkan mereka meraih hadiah RM25,000. Keputusan pertandingan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Jabatan Perdana Menteri, semalam.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Najib berkata, beliau menerima lagu Malaysia Satu yang mendapat 30.77 peratus undian menewaskan semua lagu lain berikutan lagu itu adalah pilihan rakyat.
“Saya terima dengan baik keputusan ditentukan rakyat Malaysia sendiri. Nampaknya mereka memilih satu lagu rancak, bersemangat dan iramanya sesuai dengan generasi muda,” katanya.
Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar.
Pertandingan yang dimulakan bulan lalu dan disiarkan menerusi stesen radio Hotfm itu menyaksikan 10 lagu dipilih ke peringkat akhir daripada lebih 350 penyertaan yang diterima.
Mengenai ada dua lagu bertema 1Malaysia, iaitu satu dihasilkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Najib berkata, tidak ada masalah akan timbul, malah kedua-dua lagu boleh digunakan dalam majlis rasmi.
“Mungkin kita boleh ubah suai jika nak nyanyikan lagu ini (Malaysia Satu) secara koir kerana nadanya sangat tinggi. Lagu yang dihasilkan RTM senang dinyanyikan secara koir,” katanya.
Najib juga berkata, beliau menghabiskan kira-kira sejam mendengar semua 10 lagu itu pada Sabtu lalu, di pejabatnya.
Sementara itu, Mok pada sidang media berasingan berkata, lagu itu dicipta dalam tempoh dua jam.
“Saya tidak menyangka lagu ini akan menang, kerana ketika mencipta, saya sedang sibuk dengan pembikinan album kedua Faizal,” katanya.
Sementara itu, Yayasan 1Malaysia melancarkan program ‘Kisah 1Malaysiaku’ bagi memberi peluang kepada rakyat menghantar pandangan dan interpretasi terhadap konsep 1Malaysia di laman webnya di www.1malaysia.org.my.
Ketua Pegawai Eksekutif yayasan berkenaan, Noorhaina Hirawani Mohd Noor, berkata inisiatif dalam talian itu bagi membolehkan rakyat berkongsi pendapat melalui saluran betul.
“Rakyat memberikan pelbagai pendapat dalam cara berbeza terhadap konsep 1Malaysia ketika ia diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Untuk maklumat lanjut dan garis panduan penyertaan, lawati seksyen Komuniti 1Malaysia di www.1malaysia.org.my atau hubungi 03-6203 9313.
“Kami berasa penting bagi mereka berkongsi pendapat dengan rakyat yang lain supaya dapat memupuk perpaduan nasional,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pelawat laman web berkenaan boleh melihat segala pandangan yang disiarkan dan digalak memberi komen mereka. Mereka juga boleh menghantar respons dalam bentuk rencana, video atau pun foto.
Yayasan berharap usaha ini akan mendorong dialog yang berterusan di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan pemikiran dan pendapat seterusnya membantu memupuk perpaduan nasional.
Norhaina berkata, pihaknya amat menghargai perbezaan pendapat di kalangan rakyat negara ini, selagi ia dilakukan secara terhormat dan dengan keterbukaan terhadap pandangan pihak lain.
“Dengan peningkatan penyertaan rakyat Malaysia dalam aktiviti ini, pihak kami akan lebih maklum apa yang menjadi keutamaan kepada masyarakat umum berhubung kedudukan perpaduan nasional,” katanya.
Untuk maklumat lebih lanjut dan garis panduan penyertaan, lawati seksyen Komuniti 1Malaysia di www.1malaysia.org.my atau hubungi 03-6203 9313. |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis September 3, 2009
Faizal, Audi Mok, Nur Fatima menang pertandingan lagu 1Malaysia
Pemenang pencarian lagu 1 Malaysia meraikan kejayaan mereka selepas menerima hadiah wang tunai RM25,000 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. (Dari kiri) pencipta lagu Audi Mok penyanyi Faizal Tahir dan penulis lirik Nur Fatima Abd Wahab.
PUTRAJAYA: Lagu 'Malaysia Satu', yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir, hasil gubahan Audi Mok dengan lirik oleh Nur Fatima, semalam diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Lagu 1Malaysia Kita.
Mok memberitahu pemberita di sini, lagu itu diilhamkan daripada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apabila kami mendapat tahu mengenai pertandingan ini, kami memutuskan untuk menjadikannya satu kenyataan. Iramanya lebih rancak dan kami mahu menjadikan lagu ini lebih moden dan boleh didendangkan di manamana saja, bukannya kedengaran seperti sebuah lagu patriotik tradisional," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama pemenang pencarian lagu 1 Malaysia, Audi Mok (dua dari kanan) dan Nur Fatima Abd Wahab (kanan) di Banggunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (kiri) dan Penyanyi Malaysia 1, Faizal Tahir (tengah).
Faizal juga kelihatan gembira semasa mendendangkan lagu itu di hadapan penonton termasuk Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Nur Fatima berkata beliau mahu lagu itu menggambarkan sumbangannya kepada penduduk negara ini.
"Saya merasakan ia sebagai tugas saya dan sebagai seorang rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab saya untuk menulis sesuatu yang dapat mencerminkan masyarakat Malaysia, budaya kita, sumbangan kita dan sebagainya," katanya.
Najib ketika mengumumkan pemenang pertandingan itu, turut menyampaikan cek berjumlah RM25,000 dan ketika berucap, beliau berharap lagu itu akan menjadi inspirasi untuk menghayati makna dan maksud 1Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyampaikan hadiah kemenangan pertandingan pencarian lagu 1 Malaysia kepada pencipta lagu Audi Mok (tiga dari kanan), penulis lirik Nur Fatima Abd Wahab (kanan) dan penyanyi lagu Malaysia 1 Faizal Tahir (dua dari kanan) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (tiga dari kiri) dan Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar (dua dari kiri).
"Satu Malaysia bermatlamat menjurus ke arah perpaduan dan keharmonian untuk melonjakkan negara kita menjadi negara yang hebat dan berjaya di mana ia berasaskan Satu Impian, Satu Harapan, Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Malaysia," katanya.
Najib berkata lagu itu juga lebih mesra rakyat memandangkan proses untuk memilih pemenangnya terletak di tangan orang ramai yang mengundi lagu pilihan mereka dalam kalangan 10 lagu yang berjaya ke peringkat akhir menerusi laman web rasmi 1Malaysia dan HOT FM.
"Cara kita pilih merupakan satu cara baru dan bukan konvensional, maknanya kita nak lagu ini sesuai dengan tagline kita 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan supaya ia lahir dan terbit daripada hati nurani rakyat sendiri.
"Rakyat mencipta lagu itu, rakyat ilhamkan seni kata, rakyat dendangkan lagu itu dan media medium untuk penyiaran lagu itu dan akhir sekali rakyat yang tentukan lagu kegemaran mereka," kata Najib.
Sementara itu pada sidang media kemudian, Najib berkata beliau menghormati pilihan rakyat yang memilih lagu yang berirama rancak dan bersemangat membuatkan iramanya sesuai dengan cita rasa golongan muda.
Beliau berkata lagu itu juga sesuai untuk diperdengarkan di peringkat antarabangsa tetapi memerlukan sedikit pengubahsuaian memandangkan iramanya agak tinggi yang tidak semua orang mampu menyanyikannya.
"Lagu itu juga akan dinyanyikan bersama-sama lagu keluaran RTM untuk acara rasmi," katanya. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Audi Mo N super Faizal Tahir |
|
|
|
|
|
|
|
CONGRAT!
best2 haku suker lagu ni :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
congratz
asl suram je thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu patriotik pop rock pertama
Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
"Saya tidak mungkin dan sesekali menggantikan tempat Sudirman. Saya menyanyikan lagu ini dengan cara saya sendiri" – FAIZAL TAHIR
--------------------------------------------------------------------------------
Bukan mudah untuk mendapat penghormatan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sudah pasti penghormatan yang diberikan membawa makna yang cukup besar kepada sesiapa sahaja yang bergelar anak Malaysia.
Begitu juga halnya dengan pencipta, penulis lirik dan penyanyi lagu Malaysia Satu yang diumumkan sebagai juara pertandingan Lagu 1Malaysia Kita oleh Najib sendiri baru-baru ini.
Terkejut, kaget dan gembira. Semua perasaan itu bercampur baur buat komposer Audi Mok, penulis lirik Nur Fatima dan penyanyi Faizal Tahir.
Mereka bertiga tidak menyangka lagu yang menjalani proses rakaman hanya dua jam itu mampu mengalahkan sembilan buah lagu lain yang turut mara ke peringkat akhir, ini termasuklah lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Satu Malaysia.
Menurut Audi yang ditemui sejurus pengumuman tersebut di Putrajaya, kemenangan itu memang perkara yang mengejutkannya kerana ini kali pertama dia mencipta lagu patriotik.
"Saya bersyukur dengan kemenangan ini, memang tidak sangka sebab saya tidak pernah menganggap ia sebuah pertandingan dan lagu-lagu yang lain pun banyak yang bagus.
"Mungkin sudah rezeki berpihak pada kami kerana pemenang dipilih sendiri oleh orang ramai yang membuat undian secara SMS dan secara talian. Itu bermakna mereka sukakan lagu yang saya cipta dan itu satu penghormatan," jelasnya.
KREATIVITI bersama Audi Mok, Faizal dan Nur Fatima membuahkan hasil membanggakan apabila lagu mereka, Malaysia Satu muncul juara.
--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
Lagu yang berjudul Malaysia Satu itu, mempunyai keunikan yang tersendiri selain ia masih mengekalkan konsep lagu patriotik iaitu bunyian pancaragam tetapi lagunya juga moden dan mampu menarik minat terutama anak muda terhadap lagu patriotik.
"Sekarang saya sedang menyiapkan album terbaru Faizal dan seperti lagu Bencinta, memang banyak drum dalam lagu itu jadi secara tidak langsung apabila ditawarkan menyertai pertandingan ini lagu yang dicipta turut mempunyai bunyian drum ala pancaragam.
"Bagi saya apa yang penting adalah melodi dan lirik lagu, baru semangat naik ketika menyanyikan lagu itu," ujarnya tentang lagu yang memperoleh 30.77 peratus undian daripada orang ramai.
Tambah Audi lagi, pada mulanya Faizal menolak pelawaannya untuk menyanyikan lagu ciptaannya itu tetapi akhirnya mengalah setelah mereka membuat latihan bersama. Lama-kelamaan lagu yang asal itu berubah menjadi pop rock versi Faizal Tahir.
"Dia memang menolak permintaan saya pada mulanya kerana lagu itu seperti lagu patriotik yang biasa, kemudian Faizal cuba berlatih dan akhirnya kami menambah unsur rock untuk memberi kelainan.
"Macam lirik pun saya sangat cerewet kerana saya tidak mahu lirik patriotik yang tipikal. Saya mahu liriknya santai dan tentang impian," ulas Audi.
Saya bukan Sudirman - Faizal Tahir
Berkongsi wang tunai RM25,000 bersama komposer dan penulis lirik, Faizal sebetulnya berbangga apabila dipilih oleh Audi untuk menyanyikan lagu Malaysia Satu walaupun pernah menolak tawarannya.
"Saya menolak bukan kerana tidak suka lagu patriotik tetapi sebab konsep album yang saya bawakan, saya takut kalau saya nyanyikan lagu patriotik akan lari daripada konsep asal saya.
"Tetapi bila ditambah unsur rock, baru saya rasa sesuai dan berbeza dengan lagu patriotik yang sedia ada. Tetapi lepas ini tolong jangan cop saya sebagai penyanyi lagu patriotik. Saya menyanyi lagu ini kerana saya suka dan bangga jadi rakyat Malaysia," ujarnya.
KOMPOSER, penulis lirik dan penyanyi gembira dapat menunjukkan kreativiti mereka kepada pertandingan Lagu 1Malaysia Kita.
--------------------------------------------------------------------------------
Faizal yang juga pertama kali menyanyikan lagu patriotik tidak mahu dirinya disamakan dengan Allahyarham Sudirman kerana menganggap dirinya tidak setanding penyanyi hebat itu.
"Saya tidak mungkin dan sesekali menggantikan tempat Sudirman. Saya menyanyikan lagu ini dengan cara saya sendiri," luahnya.
Malah, Faizal juga tidak menolak jika diminta untuk menggubah lagu dendangannya itu untuk disesuaikan dengan nyanyian ramai.
"Perdana Menteri ada cakap lagu ini mungkin perlu diubah sedikit kerana lagu asal terlalu tinggi. Saya yakin kami bersedia membuat perubahan itu asalkan melodi tidak diubah.
"Tentang kesediaan saya untuk promosikan lagu ini ke serata Malaysia, sudah tentu saya bersedia. Saya anggap ini antara sumbangan yang saya dapat lakukan untuk Malaysia," ungkapnya lagi.
Sungguhpun begitu, Faizal tidak dapat menyembunyikan perasaan kekoknya menyanyikan lagu tersebut di atas pentas sambil disaksikan Perdana Menteri dan beberapa menteri yang lain diacara berkenaan.
"Memang agak kekok pada mulanya sebab menyanyi di hadapan Perdana Menteri tetapi dalam masa yang sama saya berbangga apabila lagu Malaysia Satu akan dibawakan dalam mana-mana majlis rasmi termasuk dalam acara konsert.
"Diharap melalui pendekatan ini akan memberi lebih ruang untuk anak-anak muda menyayangi negara Malaysia yang kita cintai ini," tuturnya.
Bagi Faizal, lirik lagu Malaysia Satu juga mudah diingati dan disusun dengan begitu kemas. Ia memudahkannya untuk menghafal lirik lagu tersebut dalam masa yang singkat.
"Saya seorang yang susah nak ingat lirik termasuklah lagu-lagu saya sendiri. Selalunya saya ambil masa yang lama untuk menghafal lirik tetapi berbeza dengan lirik yang dibuat oleh Nur Fatima kerana ia ringkas dan mempunyai jalan cerita," katanya.
Bercakap dengan penulis liriknya pula Nur Fatima seorang penyanyi yang kini aktif sebagai penulis lirik. Dia memberitahu lirik yang ditulisnya lahir daripada hatinya sendiri selaku seorang rakyat Malaysia.
"Saya tahu lirik yang ditulis haruslah berkaitan dengan konsep tentang 1Malaysia, jadi ia memudahkan saya untuk menulis liriknya. Ia tentang sumbangan dan impian kita terhadap Malaysia.
"Untuk menulis lirik tidak mengambil masa yang lama cuma saya diminta oleh Audi untuk mengolah kembali lirik tersebut beberapa kali supaya ia tidak bosan untuk dinyanyikan," katanya lagi.
PERDANA MENTERI turut memberi sokongan kepada penganjuran pertandingan ini.
--------------------------------------------------------------------------------
Nampaknya pertandingan Lagu 1Malaysia Kita benar-benar memberi impak bukan sahaja pada penyanyi dan penciptanya tetapi seluruh rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri kita sendiri.
Najib semasa sidang media memberitahu, beliau secara peribadi telah mendengar semua lagu yang mara ke peringkat akhir dan beliau turut mempunyai lagu kegemaran, namun enggan didedahkannya.
"Lagu yang menang dibuat oleh rakyat dan dipilih olah rakyat sendiri. Cara yang digunakan sesuai dengan konsep 1Malaysia dan saya menyokongnya. Tentang pilihan saya rasanya lebih baik tidak perlu diperkatakan kerana rakyat sudah membuat pilihan mereka.
"Saya hormati pilihan mereka. Bagi saya lagu memainkan peranan yang cukup penting kerana ia mampu menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama," tuturnya. |
|
|
|
|
|
|
|
'Ini bukanlah lagu patriotik'
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
NAJIB bersama (dari kiri) Johan, Rais, Faizal Tahir, Audi Mok, Nur Fatima dan Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Shazaly Ramli (kanan) pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pencarian lagu 1Malaysia, kelmarin.
Sentuhan rock dalam Malaysia Satu nyanyian Faizal Tahir pikat pendengar tanah air
TERKEJUT dan hampir tidak percaya komposer Audi Mok apabila lagu ciptaannya berjudul Malaysia Satu dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia anjuran stesen radio Hot FM. Malah sewaktu namanya diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemenang, dia masih terpinga-pinga seakan kurang pasti apakah benar lagunya itu yang bergelar juara.
Bukan menafikan keputusan yang dibuat pendengar stesen radio berkenaan, tetapi menurut Audi terlalu banyak peristiwa yang berlaku sewaktu lagu itu hendak dirakamkan. Malah dia sendiri tidak menaruh sebarang harapan untuk menang.
"Sebenarnya, lagu ini bukanlah lagu patriotik. Dan kalau kita dengar muziknya pun, ia memang berbeza dengan lagu patriotik yang lain. Ini berlaku kerana Faizal yang mahu rentak lagu asal diubah supaya peminat tidak keliru dengan konsep lagunya. Jadi saya pun membuat rombakan dan memberikan sentuhan rock dalam lagu ini dan jadilah lagu Malaysia Satu seperti yang anda semua dengar hari ini.
"Dan kalau ditanya siapakah saingan sengit saya dalam pertandingan ini, terus terang saya nyatakan yang saya sendiri sebenarnya tidak tahu siapa yang saingan saya. Sebaik saja menghantar penyertaan ini, saya terus terlupa. Lagipun penyertaan saya dalam pertandingan ini adalah suka-suka saja kerana pada masa itu saya sedang menyiapkan album terbaru Faizal. Terlanjur bermain muzik di dalam studio, jadi saya pun ambil kesempatan itu untuk mencipta lagu ini," ujar Audi ketika ditemui sejurus selepas majlis pengumuman itu berakhir.
Hadir sama pada majlis yang diadakan di Dewan Teater, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
DARI kiri; Audi Mok, Faizal Tahir dan Nur Fatima bergambar bersama replika cek yang dimenangi mereka sempena kemenangan Malaysia Satu.
Berkongsi cerita di sebalik pembikinan lagu itu, dedah Audi hampir saja lagu itu tidak dicalonkan kerana Faizal agak keberatan untuk merakamkan lagu itu hanya kerana muzik asalnya tidak bertepatan dengan cita rasanya.
"Sewaktu mula-mula saya berikan lagu ini padanya, dia tidak mahu merakamkannya kerana menganggap melodi lagu itu tidak kena dengan konsep yang dibawanya. Memandangkan saya memang mahukan dia menyanyikan lagu ini, jadi saya ikut apa saja katanya termasuk menambahkan elemen rock dalam lagu ini.
"Dan kalau anda dengar, lagu berentak marching ini lebih moden dan ada persamaan dengan lagu Becinta yang juga dinyanyikan Faizal," katanya mengenai lagu yang berjaya meraih undian SMS sebanyak 30.77 peratus itu.
Sebagai mengulas kenyataan Najib yang mahukan sedikit pengubahsuaian dari segi melodinya kerana melodi asal agak sukar untuk dinyanyikan penyanyi lain, Audi berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perkara itu.
"Saya tak kisah jika mereka ingin mengubah susunan muzik lagu ini tetapi saya harap lirik dan melodi asal lagu ini tidak diubah. Itu saja," ujar komposer yang banyak menghasilkan lagu popular ini.
Sambil mengakui tidak sukar untuk mencipta lagu ini, Audi berkata kemenangan itu juga tidak bermakna tanpa penulis lirik hebat seperti Nur Fatima. Dan dia gembira kerana Nur mampu menghasilkan lirik hebat seperti ini walaupun terpaksa merombak beberapa kali sebelum dirakamkan Faizal.
Sementara itu, menurut Nur Fatima untuk menghasilkan lirik ini, dia terpaksa merombak beberapa kali kerana ada di antara lirik itu tidak digemari Audi.
"Saya mengambil masa dua, tiga hari jugalah untuk siapkan lirik ini. Selepas menunjukkan kepada mereka berdua dan mereka berpuas hati dengan apa yang saya tulis, barulah lagu ini dirakamkan," katanya yang mengambil tema kejayaan individu dan negara sebagai inti pati kepada liriknya itu.
Tolak lagu kerana tak mahu peminat keliru
SEWAKTU menerima tawaran untuk merakamkan lagu berkonsepkan patriotik, jujur Faizal mengakui yang dia sebenarnya pernah menolak hasrat yang disuarakan kepadanya itu. Bukan kerana sombong atau terlalu memilih, tetapi tegas penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sampai Syurga dan Coba ini, dia sebenarnya tidak mahu peminatnya keliru dengan muzik yang disampaikannya itu.
"Sebaik saja Audi menyerahkan lagu ini kepada saya dan saya mendengarnya, terus terang saya katakan padanya yang saya terpaksa menolak tawaran itu. Sebab utamanya ialah lagu itu tidak selari dengan konsep muzik yang saya bawakan dan saya tak mahu bila single kedua saya keluar nanti, peminat jadi keliru. Jadi saya pun memberi syarat kepada Audi jika dia mahukan saya menyanyikan lagu itu, dia perlu merubah susunan muziknya. Dan dia menerima syarat saya itu," cerita Faizal.
Berkongsi pengalaman sewaktu merakamkan lagu itu, Faizal berkata dek kerana terlalu asyik dengan melodi serta keindahan liriknya, dia tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan lagu itu secepat mungkin.
"Saya hanya mengambil masa selama dua jam saja untuk menyudahkan rakaman itu. Apapun saya berterima kasih kepada Audi kerana memberikan saya tips bagaimana saya mahu merakamkan lagu itu dengan mudah.
"Pada rangkap pertama lagu itu, dia berkaitan dengan saya, kemudian rangkap kedua selepas korus, ia berkaitan dengan anda semua dan rangkap ketiga adalah untuk negara. Sewaktu melantunkan lirik lagu ini, saya akui amat tertarik dengan jalan ceritanya. Amat berkesan dan menepati objektif IMalaysia yang dilaungkan kerajaan.
Ditanya apakah bersedia untuk menyanyikan lagu itu pada mana-mana acara yang dihadirinya, Faizal nyata bersedia.
"Kalau untuk tujuan yang baik, apa salahnya? Saya sendiri memang teruja untuk menyanyikan lagu itu kepada peminat yang bersusah payah mengundi semata-mata untuk meletakkan lagu ini sebagai juara," katanya sambil mengakhiri bicara petang itu.
INFO
Komposer yang bertanding:
Perpaduan 1 Malaysia lagu dan dendangan Alex.
Satu Malaysia ciptaan Aubrey Suwito/Datuk Siti Nurhaliza, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.
Nyanyikan Lagu Mu ciptaan Ng Ching Ching/Wong Seng Jinn, penyanyinya Maya Karin.
Sehati Sejiwa, lagu dan dendangan D Gerard Singh.
Satu, ciptaan Shazzy/Shah Shamsiri, nyanyian Tomok.
Kami Anak Malaysia ciptaan Ashroff Shariff/Eka Shariff dendangan Noh, Lah dan Shila.
Inilah Malaysia ciptaan Taja Meet Uncle Hussain/Tun Teja dinyanyikan oleh Jaclyn Victor dan Arch Little Danielle.
Malaysia Satu, ciptaan Audi Mok/Nur Fatimah, nyanyian Faizal Tahir
Antara lagu lain dan komposer yang bertanding: Keranamu Hati Ku Malaysia, lagu ciptaan Lead dan didendangkan kumpulan Manis dan Lagu Rakyat Satu Malaysia ciptaan Norm Aidid, dinyanyikan oleh Rida.
LAGU: Malaysia Satu
Ku teguh berdiri tiada lagi ragu
atau gentar
Ku terus berani melangkah
maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara
janji ku pada mu, harapanmu
ingin ku laksanakan
kau adalah ilham pada mereka
yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan
Genggaman tanganmu, semangatku terus
membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan
1Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..
Genggaman tanganmu, semangatku terus membara
janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan
ARTIS: Faizal Tahir
KOMPOSER: Audi Mok
PENULIS LIRIK: Nur Fatima |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah audi mok faizal tahir n nur fatima - |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah!!!! aku suka lagu ni. bersemangat bila mendengarnya! :pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
| |
|