|
Siti ‘rahsia’ produk kosmetik hingga hujung tahun ini
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Siti ketika tampil di konti Suria FM semalam. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN
SEHINGGA saat ini, penyanyi popular Datuk Siti NurhalizaTarudin belum bersedia untuk menceritakan tentang produk kosmetik danpenjagaan kulit yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.
Menurut wanita cantik dan manis ini, apabila bersedia nanti barulah dia akan membuat satu sidang media.
“Sekarang, saya tak boleh cerita kerana ia masih dalam proses pembuatan.
“Kita telah melakukan penyelidikan (R&D) dan membuat ujian kepada beberapa wanita.
“Produk itu mengandungi formula bahan-bahan yang saya suka pakai dansaya ingin berkongsi kesukaan saya dengan peminat agar masing-masingberpuas hati,” ujarnya mengenai produk yang juga masih belum diberikannama itu.
Sebelum ini, Siti pernah berkata usaha ini turut melibatkankerjasama dengan pihak lain tetapi syarikat suaminya tetap merupakanpengeluar utama produk ini.
Nampaknya, Siti akan lebih sibuk nanti memandangkan banyak projekyang sedang diusahakannya sekarang ini meski dalam bidang perniagaanmahupun nyanyian.
Bagi Siti, biarlah sibuk sekalipun asalkan dia puas hati kerana dapat merealisasikan impiannya sejak kecil itu.
Antara 'candid shot' Siti ketika di dalam konti.
“Walaupun saya sudah terlibat dengan perniagaan ini, nyanyian tetapditeruskan kerana selain dari bisnes nyanyian, saya nak cuba bidangyang saya minat dari kecil.
“Saya juga nak berkongsi apa yang peminat nak tahu tentang sayaseperti memilih warna yang saya suka dan apa yang saya pakai untuk‘show’,” ujarnya ketika ditemui di konti radio Suria FM semalam.
Siti dijemput untuk memilih pendengar bertuah yang mendapat RM10,000menerusi ‘Lagu Berduit Ekstra’ yang menghantar khidmat pesanan ringkas(SMS) selepas Siti mendendangkan lagu ‘Biarlah Rahsia’ secara ‘live’.
Pertandingan itu merupakan lanjutan kempen ‘Lagu Berduit Suria FM’diWANGikan oleh One Drop Perfumes yang bermula 20 Julai lalu danpengirim SMS bertuah itu adalah Norshahida Nasir, 20, dari Rawang,Selangor.
Menurut DJ Lin, sebanyak 30,000 SMS yang dihantar untuk peraduan itu semalam.
Siti turut diberi peluang untuk berbual dengan pendengar yang bukansahaja dari dalam negara malah ada yang dari luar negara sepertiShanghai, China, Jakarta, Indonesia dan Perth, Australia.
Kejutan ucapan ulang tahun ke-3 daripada suami
Selain itu, Siti juga mendapat kejutan daripada suaminya, DatukKhalid Mohd. Jiwa (Datuk K) dengan kerjasama dua penyampai yangbertugas, Tuah dan Zizi yang mengenakan misai palsu mirip misai Datuk K.
Datuk K telah memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinanmereka yang ketiga pada 21 Ogos ini menerusi panggilan telefon ke kontiyang dikeudarakan secara langsung.
“Saya mengucapkan selamat ulang tahun (perkahwinan) kami yangketiga. Semoga kami hidup aman bahagia hingga ke alam syurga,” ucapDatuk K menerusi corong telefon dalam nada gembira.
Siti membalas dengan ucapan, ‘I love You, sayang..’ dan kemudian Datuk K menjawab, ‘I love You too, sayang..’
Siti yang menerima kejutan itu dalam nada gembira berkata inimerupakan kali pertama dia mendapat ucapan ulang tahun daripadasuaminya menerusi telefon.
“Saya rasa ‘oklah’ kejutan ini walaupun pada mulanya saya dengar suara macam nak kenal dan ini merupakan ucapan terawal..
“Sebelum ini biasanya saya mendapat ucapan semasa hari ulang tahuntu,” katanya yang kali terakhir menjejakkan kaki ke konti Suria FMsemasa zaman kemunculan album ‘Hadiah Daripada Hati’.
Datuk K dari kaca mata Siti
Mengenali Datuk K dari kaca mata Siti, penyanyi yang akan melahirkanalbum kerohanian pada bulan puasa ini hanya meluahkan syukur yang tidakterhingga kerana memberikan kehidupan yang lebih bermakna sejak dia danDatuk K hidup bersama dalam tiga tahun ini.
“Saya bersyukur kerana Allah menstabilkan kehidupan saya. Dulu hidupsaya hanya bekerja dan memikirkan muzik serta seni sehingga terpaksamengorbankan masa sendiri.
“Tetapi apabila saya berumah tangga, saya ada masa untukdiri-sendiri, berasa selamat kerana ada lelaki yang menjaga, berehatdan bercuti bersama keluarga.
“Hidup saya juga lebih seimbang dan mendapat apa yang diimpikan.
“Dia pun menyokong apa yang saya lakukan. Kami mempunyai impianmasing-masing dan saya juga menyokongnya dalam membuat kebajikan.
“Paling penting, dia menerima saya seadanya...,” jawab pelantun lagu‘Di Taman Teman’ dan ‘Cintamu’ ini yang juga dalam proses membikinalbum duet dengan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti pada hujung tahunini.
Siti bergambar dengan penyampai Suria FM yang turut mengenakan misai palsu persis misai Datuk K.
Jual air di Bazar Ramadhan
Dalam pada itu, Siti juga dilaporkan akan menjual air di Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh Suria FM.
Stesen radio itu akan menjual minuman di gerai ‘Jus Jambo’ di Bazar Ramadhan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.
“Minuman itu akan dijual pada harga RM2.50 dan pembeli juga akan diberikan hadiah CD dan barangan Suria FM.
“Gerai itu akan dibuka bermula pukul 4 petang hingga 8 malam. Selainpenyampai Suria FM, artis tempatan akan turut serta dalam jualan ituseperti Datuk Siti Nurhaliza,” ujar DJ Lin. |
|
|
|
|
|
|
| |
|