CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1910|Reply: 7

Kesilapan Biasa Umat Islam Di Bulan Ramadhan

[Copy link]
Post time 24-8-2009 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)

7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith:

ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".
(Riwayat Bukhari)

9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..

Wallahu'alam...

Kredit kepada blog isuhangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2009 02:30 AM | Show all posts
bagus.. terima kasih..
semoga berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 08:51 AM | Show all posts
bleh share ngan rakan se opis nih..... pose atr adat dan ibadah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 09:09 AM | Show all posts
Alhamdulillah.... nak share dgn member opis leh tak??
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:28 PM | Show all posts
Jadikan ramadhan tahun ini yang terbaik kita lakukan...andai diri dipanggil tuhan...bersediakah kita dgn amalan selama ini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 05:12 PM | Show all posts
semoga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2009 12:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by cursebreaker at 27-8-2009 12:08

"Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik.."

Thanks saudara atas perkongsian ni..

saya musykil sket pada ayat yg akhir tuh...yg saya purplekan tuh...

kalo ikutkan zaman skang manusia mane kat mesia yang x  buat loan rumah, keta & kredit kards..& kalo guna konvensional banking...ade riba' ke?

so, camane tu yeh...risau gak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 01:26 PM | Show all posts
kat opis aku...bila bulan puasa aje...surau mesti jamm giler....aku tak kesah kena queue nak smayang..cuma yang herannye..knape bila bulan puasa baru nak semayang penuh 5 waktu?bulan2 lain tak yah smayang ke??pelik arrr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069558 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list