View: 7678|Reply: 13
|
Mohon cahaya mata Ramadan - Datin Seri Hajjah [Dato'] Siti Nurhaliza
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ezal at 24-8-2009 07:57
Mohon cahaya mata RamadanOleh ZAMRI RAMBLI
[email protected]
Tanggal 21 Ogos hadir lagi. Tarikh keramat dalam hidup seorang divanegara. Tiga tahun lalu, ia menjadi detik penamat segala spekulasipaling hangat dalam sejarah industri hiburan tanah air apabila DatukSiti Nurhaliza Tarudin sah memilih Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwasebagai lelaki yang bertakhta dalam hatinya.
Begitu pantas masa berlalu, tiga hari lalu Siti, 30, bersamasuaminya meraikan kembali detik bersejarah itu. Saat gemilangmenyatukan dua jiwa.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya, tanggal 21 Ogos tahun initernyata lebih bermakna buat penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerlohitu.
Jika tahun pertama ulang tahun perkahwinan mereka diraikan denganpelbagai persembahan di sebuah hotel, tahun kedua disambut denganmajlis doa selamat di rumah, malam Sabtu lalu ulang tahun ketigamenyaksikan pasangan itu mengambil keberkatan Ramadan dengan mengadakanmajlis sembahyang Tarawih di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa.
"Kebetulan kali ini tarikh ulang tahun perkahwinan kami jatuh padamalam 1 Ramadan sebab itu kami adakan majlis doa selamat dandisekalikan dengan sembahyang Tarawih.
"Kali ini memang Siti rasa ulang tahun kami lebih istimewa keranakami dapat meraikan dan mendapatkan keberkatan bulan Ramadan," ungkapSiti mengenai majlis malam itu yang dihadiri oleh ahli keluarga dankenalan rapat.
Mengenakan persalinan baju kurung moden rona hitam putih, Sitimemberitahu, beliau berharap keberkatan Ramadan akan menambahkan lagikebahagiaan rumah tangganya dengan suami tercinta.
"Sudah tentunya banyak perkara yang Siti harapkan daripadakeberkatan Ramadan ini. Siti mendoakan agar kebahagiaan rumah tanggakami bertambah-tambah. Macam suami cakap biar sampai akhir hayat, biarsampai ke alam syurga.
"Kedua, Siti memohon agar rezeki yang lebih murah untuk keluargakami dan ketiga sudah tentunya Siti mendoakan juga kehadiran cahayamata sebagai penyeri kehidupan bersama suami," ujar Siti jujur.
SITI dan Khalid melihat jambangan bunga yang diterima sempena ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.
Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti menjelang Aidilfitri, Sititurut mengakui rahmat Ramadan juga tidak mahu dilepaskan denganmemperbanyakkan amalan kebajikan melalui Yayasan Nurjiwa.
Sibuk melayan lebih 200 tetamu yang hadir pada majlis doa selamatdan solat Tarawih di kediaman mereka, Khalid yang kemudian duduk disebelah Siti menambah : "Tiga tahun berlalu dengan begitu cepat. Pejamcelik, pejam celik sudah tiga tahun. Saya rasa seperti baru semalamkami berkahwin," gurau Khalid, 50.
Tambah leaki yang terkenal dengan panggilan Datuk K, beliau telahmelalui hari-hari yang sangat membahagiakan sejak menyunting Sitisebagai suri dalam hidupnya.
"Kehidupan saya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang.
"Syukur di atas kehidupan indah ini. Ia satu anugerah daripada Allahbuat saya. Saya berdoa agar kehidupan kami akan terus dan bertambahbahagia.
"Tidak ketinggalan sudah tentu kami mengharapkan Siti akan dapat menimang seorang cahaya mata."
SITI bahagia di sisi suami tercinta biarpun dalam tempoh tiga tahun pelbagai ujian perlu ditempuhi mereka.
Mengenang kembali perjalanan mahligai cinti yang dibina selama tigatahun itu sambil senyuman tidak pernah lekang di wajahnya, Sitimengakui dalam tempoh tersebut memang bukan sedikit ujian dan liku-likudugaan yang cuba menggegarkan hubungan mereka suami isteri.
Sudah menjadi resam dunia glamor, gosip dan kontroversi memang tidakpernah lekang dalam kehidupan selebriti apatah lagi penyanyi nomborsatu negara seperti Siti.
"Macam-macam khabar angin dan gosip yang disebarkan, entahlah Sititunggu juga apa pula gosip selepas ini. Tetapi hakikat, gosip sepertiitu jugalah yang merapatkan lagi hubungan kami," luah Siti.
Sepanjang tempoh tiga tahun ini, antara gosip yang pernah difitnahkepada pasangan itu termasuklah Siti pernah dipukul Khalid, selain ahliperniagaan itu dikatakan memadukan Siti apabila mendiri rumah tanggadengan seorang pramugari.
"Saya bersyukur Siti tidak melatah dan tidak stres dengan satu demisatu gosip yang difitnah ke atas kami. Sebaliknya, kadang-kadang sayayang jadi tertekan.
"Tetapi Siti pandai menuetralkan gosip. Ikutkan hati memang tidakmahu layan, tetapi bila orang bertanya kita terpaksa jawab. Harapnyatidak adalah lagi fitnah selepas ini," pinta Khalid yang selalu diusiksebagai lelaki bermisai tebal.
IBU Khalid, Siti Zainab Hanafi (duadari kanan) dan ibu Siti, Siti Salmah Bachik turut hadir pada majlisulang tahun ketiga Siti dan suaminya di Bukit Antarabangsa.
Ditanya tentang resipi kebahagiaan rumah tangga mereka yang mungkinboleh menjadi panduan masyarakat di luar, Siti tidak berahsia bahawadalam alam perkahwinan perlu ada tolak ansur.
"Sebenarnya ada pasangan artis lain yang bertahan lebih lama dan boleh dijadikan rujukan.
"Tetapi kalau bagi Siti sendiri, yang penting dalam alam rumahtangga kita perlu terima setiap pasangan kita seadanya. Kita perluterima baik buruk dia, barulah kita jadi seorang isteri yangbersyukur," kongsi penyanyi yang popular dengan lagu seperti Di Taman Teman dan Di Kayangan Kita.
SITI dan Khalid memotong pulut kuning sambil diperhatikan oleh ahli keluarga mereka.
Mencelah jawapan isterinya, Khalid memberitahu, beliau belajar untukmenyesuaikan diri dengan perasaan bahawa Siti adalah milik masyarakat.
"Lelaki biasanya ada perasan possesive (memiliki dancemburu). Menjadi suami kepada Siti Nurhaliza, saya belajar untukmenerima hakikat Siti adalah penyanyi kesayangan masyarakat.
"Namun, yang penting membuatkan hubungan kami terus kekal bahagia,Siti tidak lupakan suaminya. Dia (Siti) hanya memikirkan sayadifikirannya setiap masa," luah Khalid.
Dipuji begitu Siti mengakui dalam kesibukan kerjaya masing-masing, mereka tidak pernah lupa saling berhubung.
SITI (tiga dari kiri) berpelukan dengan jemaah wanita selepas sembahyang Isyak dan Tarawih di kediamannya di Bukit Antarabangsa.
Itu menjadi tanda mereka sentiasamengingati dan mengambil berat.
"Ada masanya belum Siti telefon suami, dia (Khalid) sudah telefonterlebih dahulu. Siti akan bagi tahu yang Siti baru hendak telefon dia.
"Mungkin sudah naluri suami isteri, masing-masing tidak pernah putus berhenti saling mengingati," ungkap Siti lagi.
Ramadan ini selain ke Melbourne, Australia menghantar anak ketiga Khalid, Mohd. Ashraf menyambung pengajian di sana, pasangan itu juga dijangka menunaikan umrah bersama di Tanah Suci.
Alhamdulillah...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada2 saje sebelum ni gosip kate rumahtangga diorg dh beretakan
tp sebaliknya berlaku.....tgklah begitu mesranya tok ti dgn keluarga barunya |
|
|
|
|
|
|
|
kongsi penyanyi yang popular dengan lagu seperti Di Taman Teman dan Di Kayangan Kita
wartawan ni biaq betol...
bagila fakta yg jelas sikit...lagu di kayangan kita tak pernah pun ak dgr kat corong radio lagi
terutama hotfm & era fm
manela nk popularnye |
|
|
|
|
|
|
|
haha...
popular ape...
bg fans yg ade album la... |
|
|
|
|
|
|
|
haha...
nampak sgt wartawan tuh minat lagu2 ct ni kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
haha...
nampak sgt wartawan tuh minat lagu2 ct ni kan....
rotibusuk Post at 24-8-2009 22:54
dia pun minat ct la maksuidnye..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
tulisan author ni pn dh menggambarkan die peminat DCT |
|
|
|
|
|
|
|
Doa SitiOleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap | KATA nista mahupun gosip liar, nyata Datuk SitiNurhaliza Taruddin, 30, bukanlah orang yang sesuai untuk diuji keranadia sudah cukup kebal dengan kerenah dunia seni yang penuh ranjau danduri. | Hamburlah dengan sejuta tohmahan sekalipun, ia tidak menjadi kudisbuat wanita yang sentiasa mengekalkan sifat merendah diri tanpamendabik dada dengan kehidupannya yang berprofil tinggi.
Malah,setiap dugaan dilalui dengan tenang dan sabar. Moleknya sifat dan budipekerti insan bernama Siti ini, dia terus dijulang peminat tanpa mampudigugat meskipun selepas berstatus isteri.
Ketabahan Sitimelayari dunia seni turut mengagumkan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atauDatuk K, lelaki bertuah kerana memiliki hatinya.
Selesai solatTarawih dan sambutan ulang tahun perkahwinan ketiga 3 pasangan ini yangdiadakan di kediaman mewah Datuk K di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang,Jumaat bersamaan 21 Ogos lalu, Datuk K membuat satu pengakuan yangmenyentuh semua hati wakil media yang hadir.
"Dek kerana Sitisaya belajar menghadapi gosip kerana dia seorang yang tidak melatah dantidak pernah tunjuk perasaan marah setiap kali berhadapan situasi(gosip) begini. Siti pandai mengendali serta menjernihkan keadaan.
"Cumaitulah, setiap gosip yang diperkatakan walaupun tidak benar iameninggalkan kesan kepada masyarakat. Dari mula kahwin gosip tidakpernah lekang dari hidup kami," katanya.
Celah Siti, diamemilih untuk bergelumang di lapangan seni dan kerana itulah dia harusmempersiapkan diri untuk berhadapan dengan kontroversi serta gosip yangadakalanya menguji kesabaran dan keimanan.
"Keadaan yang terjadi membuatkan kami susah untuk menjawab. Lebih-lebih lagi terpaksa menjawab banyak kali.
"Kalauikutkan saya dan suami lebih senang untuk tidak bercakap atau memberisebarang komen, tetapi tidak adil bagi peminat serta masyarakat yangingin mengetahui keadaan sebenar. Jadi mahu ataupun tidak terpaksa jugakena menjawab.
"Jadi saya harap tiada lagi gosip dibangkitkan dan tidakdiselubungi fitnah. Saya mengerti fitnah itu adalah dugaan dari Allahs.w.t, tetapi saya juga manusia biasa. Janganlah fitnah yang dibuat itusampai menjatuhkan maruah," katanya.
Akui Siti, sambutan ulang tahun kali ini memberikan makna cukupmendalam meskipun ia diadakan dalam suasana cukup sederhana berbandingdua tahun sudah.
Majlis yang bermula selepas solat Maghrib itudihadiri lebih kurang 50 tetamu yang terdiri keluarga terdekat, sahabathandai serta kenalan rapat.
"Memang kami sudah rancang, kebetulan pada malam ini hari pertama mula bertarawih, justeru kami ingin mengambil berkat Ramadan.
"SejakJumaat lepas dan Jumaat yang seterusnya di rumah ini kami adakansembahyang jemaah yang dikendalikan ustaz yang hadir mengendalikanmajlis malam ini.
"Di samping solat jemaah, majlis turut diisi dengan tazkirah disampaikan ustaz.
"Sambutan Ramadan kali ini cukup istimewa kerana tarikhnya jatuh pada ulang tahun perkahwinan ketiga kami," katanya.
Berhubungharapannya sempena meraikan ulang tahun perkahwinan yang ketiga, jawabSiti, sudah semestinya dia mengharapkan jodoh mereka berpanjangan sertadikurniakan anak.
"Untuk rumah tangga, semestinya mahukanrumah tangga berkekalan hingga ke akhir hayat. Bak kata suami,berkekalan hingga ke syurga. Selain mengharapkan rezeki bertambahdengan kehadiran cahaya mata," katanya.
Mengakui belum sempatmeminta hadiah istimewa daripada suami, Siti berkata, apa yangdimilikinya sekarang serta bersuamikan seorang yang bertanggungjawabsudah cukup membuatkannya mensyukuri nikmat Yang Maha Besar.
"Sayabersyukur dengan nikmat pemberian Ilahi dengan apa yang saya adasekarang. Kalau ditanya hadiah ulang tahun, saya tidak kisah.
"Jikamahu sekalipun, mungkin saya mengajak suami pergi bercuti. Di mana, itubelum sempat saya fikirkan lagi, tetapi ada dua tempat yang sudah lamasaya kepingin untuk pergi iaitu Switzerland dan Rome," katanya.
Destinasibulan madu yang ketiga belum sempat dirancang, bagaimanapun pada 3September nanti, Siti dan suami akan berangkat ke Australia untukmenghantar Ashraf (anak ketiga hasil perkahwinan Datuk K bersama bekasisteri) yang melanjutkan pengajian di negara kangaru itu.
"Ashrafakan menyertai dua lagi abangnya yang berada di sana dan kesempatan ituturut digunakan kami menjenguk anak sulung dan kedua," katanya.
Jikatiada aral, Siti dan suami merancang menunaikan umrah Ramadan ini danmelakukan ibadah itu dua minggu sebelum menyambut Aidilfitri.
SementaraDatuk K yang menikahi Siti pada tanggal 21 Ogos 2006, berkata walaupunsudah tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Siti namun, dia terasabagaikan semalam menikahi biduanita juga pemilik suara merdu itu.
"Tigatahun rasa sekejap, macam baru semalam kami bernikah. Alhamdulillah,tiga tahun ini kami lalui rumah tangga dengan tenang, gembira, penuhdengan kasih sayang, perhatian dan setiap hari saya jalani hidup denganindah.
"Siti anugerah Allah s.w.t. Saya berharap hubungan kamibertambah-tambah bahagia lagi, malah berkekalan ke akhir hayat hinggasampai syurga.
"Sama seperti Siti katakan tadi, saya jugadoakan Siti dapat cahaya mata untuk menambahkan lagi keceriaan, sekaligus menjadi penyeri dalam rumah tangga kami," katanya.
Datuk Ksedar ramai yang begitu cemburu terhadap Siti malah, jika kebanyakansuami punya perasaan cemburu apabila isteri menjadi tumpuan ramai, diatidak boleh berasa seperti itu dalam banyak hal kerana akur Siti milikmasyarakat.
"Saya kena biasakan diri. Namun saya sangat bersyukur, Siti walaupun kadangkala sibuk, dia pandai bahagikan masa untuk saya.
"Alhamdulillahsampai sekarang kami cukup bahagia biar ada yang cuba menduga rumahtangga kami, saya percayakan Siti kerana 'dia hanya ada saya dalamfikirannya.'
"Kadang-kadang itu memanglah Siti tidak sempatmasak mahupun menemani saya makan tengah hari hari atau makan malam,tetapi apabila ada waktu dia akan beri seluruh perhatian kepada saya,"katanya.
Sementara Siti pula ketika berkongsi tip rumahtangganya, berkata, dia sentiasa memastikan ada komunikasi yang baikdengan suami.
"Ramai pasangan yang mampu mempertahankan rumahtangga lebih lama berbanding saya yang baru melangkau tiga tahun. Cumaapa yang boleh saya katakan, kita harus menerima pasangan kitaseadanya.
"Memastikan suami tidak berasa terabai saya pastikansentiasa wujud komunikasi antara kami," katanya bakal muncul denganalbum kerohanian, Tahajud Cinta masa terdekat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
best jer baca n tgk gamba diorang nih!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hope dorg nih kekal hingga ke akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
argh romantiknya..pnahan matamu menusuk kalbu ku |
|
|
|
|
|
|
|
bila siti nak bertolak ke mekah? |
|
|
|
|
|
|
|
since SITI kawen, baru le berpeluang nengok kediamannya
kalo dulu, nampak pintu pagar je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|