View: 1977|Reply: 5
|
dua golongan penghuni neraka
[Copy link]
|
|
dipetik dari http://muassasah.wordpress.com/2 ... an-penghuni-neraka/
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuniNeraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepalamereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yangsenget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.H.R. Muslim
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masihada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakanbertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengansecarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun iaberpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warnakulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambilmenghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akandapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah terciumdari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
betul betul betul,,skrg ni dh ramai.....nama pun dh akhir zaman...huhu takutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 golongan dah ada. Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
betullah. skrg ni mmg trend pakai tudung sanggul tinggi. dulu sy pernah tanya dengan kwn apa motif pakai tudung mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
akhir zaman..... masa dah semakin hampir.... cukup kah bekalan yg nak di bawa...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|