|
muda2 dah jadi datuk... she deserves it. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehebatan Nicol abadi
| Datuk Nicol Ann David |
DATUK Nicol David menitiskan air mata buat kali pertama di depan khalayak ramai tatkala tirai merah yang melitupi namanya di gelanggang kaca utama Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, disingkap, petang semalam.
Bersaksikan lebih 500 hadirin yang memenuhi segenap ruang stadium utama, ratu skuasy itu mencipta satu lagi sejarah apabila muncul atlit pertama negara mempunyai gelanggang bersempena namanya.
Arena Nicol David, nama baru gelanggang itu, nyata menjadi pengiktirafan tertinggi pernah diterimanya sejak bergelar atlit seawal usia lima tahun.
Selama ini amat sukar melihat pemain terbaik dunia itu mengalirkan air mata, termasuk ketika hiba tewas mengejut di suku akhir Terbuka British, Ogos lalu, juga gembira mengekalkan gelaran Terbuka Dunia, bulan lalu.
“Apa yang boleh saya katakan... ini gelanggang saya!” katanya sambil teresak-esak kegembiraan.
Saya tidak mudah menangis tapi pengiktirafan ini sememangnya amat bermakna dan paling besar dalam karier saya.
“Saya tidak pernah impikan perkara ini sepanjang hidup saya. Saya hanya mahu menjadi pemain terbaik dunia dan tidak sangka saya memperoleh lebih daripada itu.
“Saya masih terkejut. Saya tergamam melihat nama saya terpapar di seluruh ruang ini. Ia sesuatu yang besar dan mengagumkan. Semestinya penghargaan ini memberi keyakinan tambahan untuk terus beraksi cemerlang.”
Namun, pemain berusia 26 tahun itu tidak berasa pengiktirafan ini mengenakan tekanan berlebihan terhadapnya.
“Kemungkinan kalah di gelanggang sendiri? Saya langsung tidak memikirkannya. Saya masih belum berpeluang memikirkan kemungkinan itu kerana saya masih cuba membiasakan diri dengan suasana ini.
“Nicol bermain di gelanggang Nicol... ia sesuatu yang menakjubkan. Amat luar biasa. Tapi, saya percaya ia akan memberi kelebihan tambahan pada saya apabila menentang pemain terbaik dunia di gelanggang ini.”
Pada majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek itu, Nicol turut menghabiskan hampir setengah jam melayan peminatnya serta menyertai perlawanan persembahan menentang Ahmad Shabery.
Ahmad Shabery juga menyampaikan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dan Skim Hadiah Kemenangan Sukan Atlit Remaja (Shakar) kepada Nicol serta beberapa pemain remaja yang merangkul emas di Kejohanan Remaja Asia di India, awal tahun ini.
Nicol menerima RM20,000 atas kejayaan mengekalkan kejuaraan Terbuka Dunia di Amsterdam, bulan lalu.
Ivan Yuen Chee Wern menerima RM29,375 berikutan merangkul perak individu di Kejohanan Remaja Lelaki Dunia serta dua emas (individu dan pasukan) di Kejohanan Remaja Asia.
Kamran Khan, Ng Jo Wen, Mohd Zulzari Azhar dan Tan Yan Xin masing-masing menerima RM1,875.
Pada 1 Oktober lalu, Ahmad Shabery mengumumkan Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menamakan kemudahan sukan sempena nama atlit yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Selain memberi perhatian kepada gelanggang itu, KBS juga akan menyediakan galeri berkaitan Nicol di ruang utama Pusat Skuasy, dalam usaha menjadikannya tarikan kepada pelajar sekolah dan juga orang ramai yang melawat ke MSN.
Nicol kini setanding jagoan dunia antara mereka legenda tenis Australia, Rodney George ‘Rod’ Laver; bintang bola sepak Itali, Giuseppe Meazza; jaguh tenis Amerika Syarikat, Arthur Ashe dan manusia terpantas ketika ini, Usain Bolt pernah menerima penghargaan sebegini.
Gelanggang tenis di Melbourne Park dinamakan Rod Laver Arena; Stadium Giuseppe Meazza terletak di San Siro, Milan; Stadium Arthur Ashe pula di New York manakala di Jamaica kini ada Lebuh Raya Usain Bolt. |
|
|
|
|
|
|
|
dia mmg talented.. tp syg sports ni takde coverage sgt.. kalo tak mesti dia leh bawak nama Malaysia keserata dunia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DanIno at 22-10-2009 22:28
Sayang sebab dia ni champion dalam skuasy je.
Kalau dalam bola sepak atau tenis, mesti dah kaya raya gila2 ah.
Even kalau dia ni champion mcm sekarang ni dalam badminton pun lagi kaya dari dalam skuasy ni....
Squash, sukan yg kurang dari segi coverage dan populariti... |
|
|
|
|
|
|
|
16 Disember, 2009
Episod Suka Duka Warnai Perjalanan Nicol Sepanjang 2009
Oleh Farhanah Azmi
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kalendar 2009, yang bakal melabuhkan tirai dua minggu lagi, menyaksikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David melalui perjalanannya penuh dengan pelbagai episod suka mahupun duka sepanjang tahun ini.
Dengan jolokan "The Duracell Bunny" kerana kelincahannya di gelanggang, namanya terus terpahat sebagai pemain nombor satu dunia selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia buat kali keempat dan menempatkan dirinya di takhta tertinggi ranking Persatuan Pemain-pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) untuk 41 bulan berturut-turut sejak Ogos 2006.
Namun, penglibatan dalam arena sukan skuasy tahun ini menyaksikan Nicol, 26, kecundang empat kali daripada 11 kejohanan yang disertainya musim ini.
Beliau kecundang di tangan pemain England, Jenny Duncalf, sebanyak dua kali berturut-turut dalam dua kejohanan terakhir musim ini yang menimbulkan persoalan sama ada kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia bakal tergugat.
Kejayaan Duncalf dalam dua kejohanan terakhir musim ini berjaya melonjak naik empat anak tangga daripada kedudukan keenam dalam ranking Wispa dan kini mengekori Nicol di tangga kedua ranking Wispa.
"Kita perlu lihat kekalahan itu daripada sudut positif. Ada kalanya kekalahan adalah sesuatu yang baik. Mungkin selepas ini, beliau (Nicol) akan dapat mengkaji semula corak permainannya. Bukan mudah untuk kekal sebagai pemain nombor satu dunia.
"Kita akan mempunyai ramai saingan di belakang kita yang mencari peluang untuk mengalahkan kita. Saya difahamkan pada kedua-dua perlawanan itu, Nicol mengalami kecederaan tetapi saya tidak mendapat laporan lagi," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong kepada Bernama.
Nicol mengalami kekalahan teruk kepada Duncalf dalam set terus pada perlawanan peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Carol Weymuller di New York, Amerika Syarikat pada 5 hingga 8 Nov lepas.
Selang tujuh hari selepas itu, Duncalf sekali lagi menundukkan Nicol juga dalam perlawanan peringkat separuh akhir di Kejohanan Qatar Classic (19 hingga 23 Nov) yang berlangsung dalam lima set.
"Saya kurang yakin dalam pukulan-pukulan saya. Saya mencuba dan memberikan apa jua yang ada pada saya. Ia banyak memerah tenaga saya dan akhirnya, saya hanya memukul dinding. Dia bermain dengan amat baik. Saya perlu kembali tahun depan dan memenangi gelaran itu semula.
"Saya perlu kembali ke peringkat perancangan untuk mendapatkan keyakinan dan memperbaiki corak permainan saya," kata Nicol dipetik sebagai berkata dalam www.squashsite.co.uk, selepas perlawananya pada Kejohanan Qatar Classic.
Episod duka Nicol bermula pada kejohanan pertama musim ini apabila tewas dalam perlawanan lima set di gelanggang sendiri kepada pemain nombor dua dunia, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur Mac lepas.
Pada 14 Sept, beliau tewas untuk kali kedua kepada Madeline Perry dari Ireland di peringkat suku akhir Kejohanan Terbuka Britain, sekali lagi dalam perlawanan yang berlangsung sebanyak lima set.
Biarpun ranjau 2009 dipenuhi episod suka dan duka buat Nicol, tahun ini juga menyaksikan beliau menerima penghargaan terbesar negara terhadap penat lelahnya mengharumkan nama negara dalam arena sukan skuasy antarabangsa.
Pada 20 Okt lepas, nama permata hati pasangan Desmond David dan Ann Marie itu terpahat di gelanggang utama Pusat Skuasy Nasional, Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil yang kini dikenali sebagai Arena Nicol David.
"Adalah terlalu besar penghargaan ini apabila gelanggang ini diberikan nama saya. Saya masih terkejut dengan penghormatan ini. Ia benar-benar memberi erti yang besar kepada saya untuk menerima penghargaan sebegini daripada kerajaan.
"Penghargaan ini amat bermakna bagi diri saya dan sesuatu yang tidak pernah saya mimpikan," katanya dalam ucapan ringkas yang mengundang linangan air mata pemain berusia 26 tahun itu pada majlis perasmian nama baru gelanggang itu.
Arena Nicol David itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Pada 1 Okt lepas, Ahmad Shabery mengumumkan bahawa Kabinet menerima cadangan Kementerian Belia dan Sukan supaya kemudahan sukan dinamakan mengikut nama atlet kebangsaan yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
"Tekanan sering sahaja datang, sama ada anda suka atau tidak. Sekiranya anda tidak berjaya, terus mencuba dan mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.
Bagi saya, berfikiran positif adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan... namun, saya akui tidak mudah untuk mengharungi tekanan yang ada," kata Nicol.
Nicol, yang mula bermain skuasy secara profesional sejak 2000, meraih 41 kejuaraan sehingga kini.
Pencapaian terbaik beliau dalam siri kejohanan diiktiraf Wispa ialah apabila memenangi kesemua 10 kejohanan yang disertainya pada 2008.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
nicol memang best..dia amik spm sama time ngan aku..dia nyer result punyalah gempak padahal mcmana dia bahagikan masa..yang aku ni result punyalah hampes..huk huk...kita patot bangga ade malaysian yg terer mcm dia ni!!! |
|
|
|
|
|
|
|
semangat juang dia tu mmg betul2 aku respek.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dapat jadi bini aku best nie |
|
|
|
|
|
|
|
Nicol raih permulaan cemerlang
KUALA LUMPUR - Selepas Datuk Lee Chong Wei memulakan musim 2012 dengan kejuaraan badminton Terbuka Korea kelmarin, semalam giliran Datuk Nicol David (gambar) pula memberikan hadiah bermakna buat rakyat Malaysia apabila menjuarai kejohanan skuasy Siri Dunia Akhir di London.
Nicol mencatat kemenangan mudah 11-9, 11-9, 11-9 ke atas seteru utamanya yang menduduki ranking No. 2 dunia, Madeline Perry dari Ireland pada aksi final.
Mengulas kemenangannya, Nicol berkata kejuaraan tersebut merupakan permulaan baik 2012.
"Kemenangan dalam kejohanan yang hanya disertai oleh lapan pemain terbaik dunia adalah sesuatu yang mengkagumkan pada awal 2012.
"Bukan mudah untuk meraih kejuaraan ini dan saya harap kejuaraan di sini akan mencetuskan inspirasi untuk menjulang lebih banyak kejuaraan," katanya.
Pada aksi akhir semalam, Nicol hanya memerlukan 41 minit untuk menjinakkan Perry, meskipun Ireland itu dilihat beraksi lebih yakin pada permulaan set pertama.
Malah Nicol juga mengakui perlawanan semalam adalah yang panjang sebelum akhirnya berupaya muncul sebagai pemenang.
"Saya dapat rasakan ia seperti satu perlawanan yang panjang dan membuatkan saya rasa sedikit bimbang.
"Namun saya dapat mengawal keadaan untuk bermain dengan baik. Sudah pasti kemenangan ini menggembirakan saya," kata Nicol.
Sementara itu, saingan kategori lelaki menyaksikan pemain dari Mesir yang juga juara dunia empat kali, Amr Shabana muncul juara selepas selepas menewaskan Gregory Gaultier dari Perancis dalam perlawanan akhir 6-11, 12-10, 11-7, 7-11, 11-8. |
|
|
|
|
|
|
|
first time tgk squash match....she plays well |
|
|
|
|
|
|
| |
|