|
Jumaat September 4, 2009
Faizal Tahir derma separuh wang kemenangan untuk badan kebajikan
Oleh AU YEONG HOW
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama pemenang pencarian lagu 1 Malaysia, Audi Mok (dua dari kanan) dan Nur Fatima Abd Wahab (kanan) di Banggunan Perdana Putra pada 2 September 2009. Turut sama ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (kiri) dan Penyanyi Malaysia 1, Faizal Tahir (tengah). Pemenang pencipta lagu Malaysia 1 nyanyian Faizal Tahir itu memenangi wang tunai RM 25,000. -fotoBERNAMA
BARU kelmarin lagu patriotik 'Malaysia Satu' nyanyian Faizal Tahir diumumkan sebagai juara pencarian lagu '1Malaysia Kita' dan Faizal berhasrat untuk mendermakan separuh habuannya kepada badan-badan kebajikan.
"Wang tunai RM25,000 akan dibahagikan antara kami bertiga. Audi Mokdan saya telah berhasrat untuk menderma separuh hadiah wang tunai kamiuntuk tujuan kebajikan. Saya ingin menderma sebagai warganegaraMalaysia yang mendukung konsep 1Malaysia.
"Sebagai seorang pemuzik, saya berasa berbangga dapat menyumbangkansesuatu untuk menyokong konsep Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak," kata Faizal selepas ditemubual dalam Celebrity Room @ SURIA FMdi sini, semalam.
Lagu 'Malaysia Satu' digubah oleh komposer terkenal Audi Mok sementaralirik lagu itu ditulis Nur Fatima. Hasrat murni Faizal itu betul-betulmencerminkan semangat 1Malaysia.
Faizal ingin menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukanbantuan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan. Semua adalah SATUbangsa Malaysia.
"Saya tidak pernah terfikir lagu tersebut akan dinyanyikan oleh semuarakyat negara ini sekarang. Saya betul-betul berasa bangga danbersyukur diberi peluang oleh Audi untuk membawakan lagu tersebut,"ujar Faizal.
Faizal memetik gitar dalam segmen 'Selebriti Room Istimewa Merdeka @ Suria FM Breakfast Show', semalam. -foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
Menceritakan lagu tersebut, Faizal berkata: "Pada mulanya, saya berasajanggal mendendangkan lagu patriotik dengan 'beat marching'.
"Biasanya, saya nyanyikan lagu-lagu patriotik untuk upacara-upacarakorporat," kata Faizal yang masih terkejut dengan kemenangannya itu.
Bagaimanapun menurut pelantun lagu 'Malaysia Satu' itu, kekuatan laguitu ialah ia adalah 'catchy'. Liriknya senang untuk diingati. Iasenang dinyanyikan dan dirakamkan.
"Kami tidak memerlukan masa yang panjang untuk merakamkannya. Cumasejam lebih. Biasanya lagu komersial memerlukan lebih dua jam.," kataFaizal lagi.
Adakah Faizal Tahir akan menjadi penyanyi lagu patriotik selepas ini?
"Tidak pasti. Saya sejujurnya tidak akan berkata ya dan pada masa yangsama, tidak akan berkata tidak. Nyanyian lagu patriotik ini pun satuperkara on dan off," katanya.
Walaupun bahang kemenangan pencarian lagu '1Malaysia Kita' masihdirasai, Naib Juara One In A Million (OIAM) musim pertama itumemberitahu dia masih ingin mengekalkan stail nyanyian 'rock'.
Selain berupa penyanyi lagu patriotik kini, kata Faizal, dia tidakakan mengubah cara nyanyiannya untuk menyesuaikan diri dengan imejbaru itu.
"Saya akan menjadi Faizal Tahir yang sebenarnya iaitu penyanyi rock.Saya ikhlas terhadap diri saya sendiri. Itu adalah pendekatan uniksaya," ujarnya.
Winnie Kok, Jaclyn Victor dan Faizal Tahir ditemuramah oleh dua deejay Suria FM, Bob Ringgo dan Naim.
Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketikamengumumkan juara pencarian lagu '1Malaysia Kita' berkata lagu rancakdan bersemangat itu boleh diubahsuai sedikit kalau hendak dinyanyikanoleh kumpulan koir.
Bagi Faizal, orang ramai boleh menyanyi mengikut rentak mereka selagimereka masih dapat menghayati lagu tersebut. Apa yang penting merekafaham dan dapat memahami apa maknanya bergelar seorang rakyat Malaysiayang bernaung di bawah konsep 1Malaysia.
Dalam perkembangan terkini, Faizal memberitahu dia sedang dalam prosespembikinan album kedua yang bakal dilancarkan pada Disember ini.
"Terdapat lapan lagu kesemuanya. Salah satu lagunya ialah 'Bencinta'.Saya tengah membuat single kedua," kata Faizal.
Untuk sambutan Hari Raya tahun ini, Faizal akan merayakan Hari RayaPertama di kampung halaman isterinya di Selayang.
"Hari Raya kedua saya akan merayakannya di Penang. Saya harap dapatbercuti untuk dua minggu," kata penyanyi lagu 'Bencinta' itu.
mstar |
|