CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2104|Reply: 2

4 orang yang akan ditarik oleh seorang perempuan ke NERAKA...

[Copy link]
Post time 7-9-2009 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarikmasuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidakmemberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya
Apabilaseseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannyadi dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarsolat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannyatidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahandunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(P/S: Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anakperempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salahsatunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)


2. Suaminya
Apabilasang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas dipejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaumlelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorangyang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidaktinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama kedalam neraka.
(P/S: Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteritercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kaumenjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kauakan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya
Apabilaayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahuabang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkankeluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaranIslam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(P/S: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjagaamalmu, dan jangan ingat kau terlepas...kau juga akandipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmubergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak Lelakinya
Apabilaseorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haramdisisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dandipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunyake neraka.
(P/S: Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu.....nasihatilah dia jikatersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak terlepasdari melakukan dosa...selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api'neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya..)
Lihatlah,betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhiratpun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/ abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2009 01:16 PM | Show all posts
aku ada dengar orang tabligh cite kat aku nih..
peringatan untuk aku dan semua orang,
moga2 kita dijauhkan dari api neraka...
amin...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 02:32 PM | Show all posts
kalu nak dipikir2kan takutnya .... mudah2an dijauhkan  dari api neraka... amin!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.194226 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list