|
Pada aku, ziarah ke kubur hanyalah untuk mendoakan kesejahteraan kaum keluarga agar diringankan azab kubur, kelapangannya dan perkara yang baik untuk si roh. Pada yang hidup, ziarah ini mengingatkan perihal mati yang tak akan lupa pada diri kita. Maka bersiapkanlah bekalan. Persoalannya kini, kita dihidangkan dengan amalan pragmatik yang belum pasti seperti membaca surah-surah al-quran diatas kubur sedangkan Islam menuntut si waris (hidup) menghadiahkan doa kepada roh. Kubur bukanlah satu kawasan "biasa", masuk pun perlu diberi salam pada ahli kubur dan perlu diringan hentakan perjalanan kerana dikhuatiri menambah beban pada kesan siksaan kubur pada si roh. Kubur juga dikatakan satu kawasan berhimpun jin-jin yang sering bermundar-mandir disekitarnya. Oleh itu bagi mereka yang sedang datang haid (darah kotor) atau memiliki sesuatu yang disukai oleh makhluk jin ini seperti tahap keimanan yang senang diganggu-gugat, berhati-hati lah ketika menjamahkan kaki dikawasan ini. Kita bukan diminta takut kepada makhluk seperti Jin, cuma kita berdoa pada Allah agar dilindungi dari gangguan jahat mahkluk-makhluk seperti ini terutama dikawasan kubur atau dibilik air (tandas). |
|
|
|
|
|
|
|
21# zexus
thanks zexus....
amat berinformatif..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mesti kes takut hantu kubur..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|