View: 2498|Reply: 15
|
Kisah puasa saudara baru
[Copy link]
|
|
"SEBELUM masuk Islam, saya sudah belajar berpuasa dengan kawan-kawanMelayu. Namun, selepas memeluk Islam pada bulan Jun tahun ini, nikmatberpuasa itu lebih dirasai.
"Walaupun terasa penat dan dahaga, saya tetap meneruskan puasasehingga waktu berbuka," kata Nur Aisyah Mariana Abdullah, 24, kepada Kosmo! ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur.
Sebelum memeluk Islam, gadis yang berasal dari Sarawak itu mempunyairamai kawan beragama Islam di Kolej Cosmopoint, Jalan Raja Laut, KualaLumpur.
Dari situ, timbulnya minat Aisyah ke arah Islam selepas melihatrakan-rakannya bersolat dan berpuasa. Ajaran Islam semakin dekat dihatinya apabila dia mula bercinta dengan lelaki Melayu.
Namun, siapa sangka dunia indah yang diimpikan anak kedua daripadaempat beradik itu perlu dilalui dengan pahit getir kehidupan sebelumdia memeluk Islam.
SAUDARA baru daripada pelbagai kaum tidak kekok membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Gadis yang dahulunya beragama Kristian itu pernah hilangpertimbangan apabila teman lelaki berketurunan Melayu yang diharapkanuntuk membawanya memeluk Islam mengambil keputusan untukmeninggalkannya pada April lalu.
Lebih parah, ibu bapa Aisyah juga tidak dapat menerima keinginan anak mereka untuk memeluk Islam.
Ibu bapa Aisyah tidak lagi memberinya wang pada setiap bulansehingga dia terpaksa berhenti belajar di peringkat diploma di kolejtersebut.
Aisyah yang ketika itu terumbang ambing masih lagi beragama Kristianwalaupun hatinya sudah semakin dekat dengan Islam. Dia mengakui, ketikaitu dia tidak tahu kepada siapa boleh mengadu.
Dalam keadaan itu, tatkala syaitan menguasai diri, dia pernah cuba bertindak untuk membunuh diri di rumahnya di Kuala Lumpur.
Sungguhpun begitu, pintu harapan untuk bergelar saudara Islam masihlagi terbuka luas buat Aisyah apabila dia dipertemukan dengan seorangpolis berpangkat Sarjan ketika operasi menyelamatkannya daripadamembunuh diri.
Lelaki yang kini menjadi bapa angkatnya itu memberi Aisyah harapan, kekuatan dan semangat untuk mendekatkan diri ke arah Islam.
Polis itu kemudiannya membawa Aisyah ke Jawi bersama dua orang saksi.
Manis mengenakan baju kurung dan bertudung, Aishah kini menjadisaudara Islam, bersama-sama umat Islam yang lain mengerjakan ibadahpuasa yang dituntut agama suci itu.
Aisyah tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin,sesukar manapun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisanyang akan dikecapi.
| FIKIRAN Aisyah semakin tenang selepas memeluk Islam pada Jun lalu.
|
"Sekarang saya menetap di Setapak Indah, Kuala Lumpur bersama dua orang rakan perempuan.
"Walaupun tanpa ditemani keluarga, saya gembira mempraktikkan Islambersama saudara Islam yang lain. Saya memiliki ramai rakan beragamaIslam yang berlainan kaum dan kami bersama-sama mengerjakan ibadahpuasa," katanya yang jauh di sudut hati, masih lagi mengharapkanpenerimaan keluarganya.
Ulasnya, jiwa dan fikirannya tidak lagi berkecamuk seperti dahulu.Kini, selepas tiga bulan mendekatkan diri dengan agama Islam, Aisyahberasa tenang dan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup.
Aisyah juga memberitahu, masa terluangnya banyak diisi denganmenghadiri kelas agama di Jawi, selain bekerja separuh masa sebagaiagen kosmetik dan agen insurans.
Sementara itu, bagi Mohammad Kamal Meng Abdullah, 49, pula, pertamakali berpuasa menyebabkan dia hampir-hampir pernah ingin meneguk airkerana tidak tahan dengan tekak yang terasa kering dan dahaga.
Tetapi, semua itu hanya berlaku kira-kira empat tahun lalu. Kini,Kamal atau nama asalnya Kam Chee Meng, bukan sahaja berpuasa penuh,malah tidak pernah meninggalkan solat lima waktu.
Dia yang menetap di asrama di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bersama 11lagi saudara Islam lain akan memastikan dirinya bangun bersahur setiaphari.
Jelasnya, dengan bersahur sahaja sudah membuatkan umat Islam memiliki pahala sunat di bulan Ramadan.
Meskipun hanya bersahur air dan kurma, Kamal mampu mengharungi puasa sehingga waktu berbuka.
Lebih membanggakan, lelaki yang berasal dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu juga pandai membaca ayat al-Quran yang pendek.
Apabila diminta membaca beberapa potongan ayat al-Quran, kedengaranbunyinya pelat. Namun bacaannya tidak silap dan Kamal boleh membacadengan tajwid yang baik.
Menurut anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu, hatinyaterbuka untuk memeluk Islam pada tahun 2005 apabila mendapati agamatersebut begitu indah.
| MOHAMMAD KAMAL menadah tangan dan membaca doa sebelum berbuka puasa.
|
Sebelum ini, Kamal pernah menganut agama Buddha dan Kristian tetapiberanggapan agama Islam adalah agama yang realistik dan sempurna.
Dia yang dahulunya bekerja sebagai tukang masak seronok mempraktikkan Islam sehingga hayatnya.
Bagi Maimunah Sher Abdullah, 53, pula, dia baru sahaja memeluk Islam empat bulan yang lalu.
Maimunah yang dahulunya dikenali dengan nama S. Minder Kaurmemberitahu, pertama kali berpuasa menyebabkan dia berasa pening danhampir-hampir pitam.
Mungkin masih belum boleh menyesuaikan diri, Maimunah sentiasamelatih dirinya dan kini ibu kepada tiga orang anak itu mampu berpuasapenuh.
Maimunah mula memeluk Islam selepas dia merasakan hidupnya kosongselepas ditinggalkan suami. Dia yang kemudiannya menetap denganadik-beradiknya mula berminat dengan agama Islam.
Anak lelakinya, Mohd Haikal Abdullah terlebih dahulu mengambilkeputusan untuk memeluk Islam sebelum berkahwin dengan gadis Melayu.
Maimunah menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam kepada anaknya dan Mohd Haikal gembira dengan keputusan ibunya itu.
Malangnya, adik-beradik Maimunah tidak dapat menerimanya dan menghalau Maimunah keluar dari rumah.
Kini, Maimunah menetap di Segambut bersama rakan-rakan saudara Islam yang dianggapnya sebagai adik-beradiknya.
...................
kesian depa ni...
aku arap suatu ari nnti aku leh bantu org cmni... |
|
|
|
|
|
|
|
bnyk jugak yang dapat tentangan keluarga...kesian..tapi alhamdulillah depa dah peluk islam.... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dpt menghadapi ujian ALLAH dgn penuh sabar |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0915/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg
"SEBELUM masuk Islam, saya sudah belajar berpuasa dengan kawan-kawanMelayu. Namun, selepas memeluk Islam pada bulan Ju ...
hizzahzu Post at 15-9-2009 23:32
Alhamdulillah, mereka semua mendapat hidayah drp Allah s.w. dan dpt merasakn betapa indahnya
nur Islam dlm sanubari mereka. Cuma kita yg dilahirkan drp keturunan Islam, knapa agaknya
(sbhgn drp kita) tak dpt melihat cahaya Islam itu. Apakah itu yg dikatakan ada mata tapi tak
melihat, ada telinga tapi tak mendengar, ada mulut tapi tak membaca dan ada akal tapi tak berfikir?
Ataukah kita belum mndpt hidayah? |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. makin byk yg ttarik dgn islam... syukur... |
|
|
|
|
|
|
|
mak saya pun mualaf juga, belajar semayang puasa dgn bapak saya, tapi org keliling pulak yg tak best.....depa panggei kita org anak maklap,...anak kacukan ...mcm la hina sgt anak kacukan....siap depa ludah depan laman rumah kita lagi.....mak cik tu sakit kot...bila lalu depan rumah depa depa simbah lantai dgn air mcm la najis kalau kita lalu......pelik tengok mak cik tu...mulut dia plak pot pet pot pet nampak cam kartun kekadang.... |
|
|
|
|
|
|
|
mak saya pun mualaf juga, belajar semayang puasa dgn bapak saya, tapi org keliling pulak yg tak best.....depa panggei kita org anak maklap,...anak kacukan ...mcm la hina sgt anak kacukan....siap depa ...
lantanao8 Post at 16-9-2009 17:00
biarkan depa tu..depa ingt depa islam sngt ke...mungkin depa tu lahir dari keluarga islam tapi iman xdak pun...
klu aku jumpa makcik y mengata kt lantanao tu aku ludah balik kt muka dia..
lantanao sabar banyak2...jangan amek peduli sangat org cmtu...dia ada ke xdak ke tak penting pun... |
|
|
|
|
|
|
|
syahdunya................ |
|
|
|
|
|
|
|
mak saya pun mualaf juga, belajar semayang puasa dgn bapak saya, tapi org keliling pulak yg tak best.....depa panggei kita org anak maklap,...anak kacukan ...mcm la hina sgt anak kacukan....siap depa ...
lantanao8 Post at 16-9-2009 17:00
maklap...teruknya... kau ni orang utara ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe... syukur
dpt hidayah pas byk pkare dilalui
moge keimanan tros terpelihara
p/s: cute gak dak nie pki tudung, rugi woo bf die xnk |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe... syukur
dpt hidayah pas byk pkare dilalui
moge keimanan tros terpelihara
p/s: cute gak dak nie pki tudung, rugi woo bf die xnk
syaiful Post at 17-9-2009 12:55
tu la...nampak manis ja muka dia...sejuk ja bila pandang muka dia... |
|
|
|
|
|
|
|
sama seperti seorang kawan anon...... baru memeluk islam... dalam bulan pose.... tp dier cabaran pun agak kuat.. duk dalam masyarakat.. smua bukan islam.... dan kini dier belajar secara online iqra.. dgn ustazah brang kali.. kerana... tempat dia tiada guru agama.....sbb dier duk di kawsan pendalamann.. sarawakk...
memang lain wajah dier lepas masuk islam... lebih lembut jerr..... |
|
|
|
|
|
|
|
sama seperti seorang kawan anon...... baru memeluk islam... dalam bulan pose.... tp dier cabaran pun agak kuat.. duk dalam masyarakat.. smua bukan islam.... dan kini dier belajar secara online iqra.. ...
anonymous Post at 18-9-2009 02:43
rajin dia berusaha .........
klu ada pic dia tempek la sini gk...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
erm.. memang dier rajin.. sungguh2 dier.. dan slalu rujuk web2 islam.... dan kini dgr kata tgah belajar iqra online... sbb ketiadaan ustazah yg bleh mengajar dier.... skrng dh pakai tudung n pose.... solat rasanyer ader skit2.....tp kkdang cian gak buka pose sendri2....
lor.. xyah ler tepekk... nt menjawab plak anon... hehhe |
|
|
|
|
|
|
| |
|