CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: kertas

doa lupakan kekasih lama

[Copy link]
Post time 25-4-2010 03:42 AM | Show all posts
hanya org yg pernah merasai kehebatan berdoa sahaja yg tahu betapa hebatnya kuasa doa....
ayu_ludo Post at 11-2-2010 23:19


I like this quote! MasyaAllah...

I pernah doa.. teresak esak mintak sungguh2 dgn Allah... istiqamah doa... tunggu jugak smpai Allah makbulkan... tak nampak apa2... Doa di tmpt yg dijanjikan doa makbul pulak tu...

Sampai pada satu saat, I totally forgot about that particular doa... (sebak ni...) - kata lain, I let go...

And then, I went back to the same place... with friends, tgh berdoa I tersentak... MasyaAllah, Subhanallah... doa yg I panjatkan 16 months back dah makbul sebenarnya... Sampai tahap I tak sedar betapa nikmatnya masa tu bila realised doa kt diperkenankan Allah... 16 months!! Nabi Ayub doa 7 tahun untuk sembuh dari sakitnya kan..

Jadi, kpd kertas... jgn putus asa... I believe Allah dngar segala doa kita kalau kt minta bersungguh dgnNya. Cepat or lambat bergantung how much u want it... Allah Maha Tahu akan segala yg tersembunyi. Tak ada tmpt lain nak meminta kecuali Allah. Believe in your doa, yakin Allah kabulkan dan be prepared to receive what u ask (doa)...

Satu lagi, doa yg kt lafazkan kena synchonize dgn hati... Lagi cepat makbul. Contoh, my gud fren yg sama2 pegi tempat yg dijanjikan makbul doa tu - iya2 berdoa nak lupakan somi org ni (they have been together for sometime - she is ready to kahwin, lelaki tu pulak tak brani nak poly... so she decided to be the one to leave...) tp bila kitorang balik, dorang still 2gether gether wpun tak sekerap dulu. It went on and I tanya dia... mcmana boleh jadi mcm tu. I terjah je kat dia ckap masa u doa dulu u ucap lain tp hati u tak merelakan kan... and she paused for a long while tika tu... and not to my surprise, her answer was Yes, I wanted so much to leave him tp hati I tak boleh lepaskan dia... and I ceramah (mcm pandai je!) kat dia, sia2 doa tp tak sungguh2. Sungguh2 means kena dari dalam hati... bukan main trick2 Allah. Astaghfirullah.

I think what I said woke her... I dont know what she did after that but eventually she left him after 7 years... I've lost touch since. I trust she is happier now... wpun tak kahwin2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2010 03:44 AM | Show all posts
btw, thanks ayu sbb post doa kat depan tu... barakallah InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 09:12 AM | Show all posts
sensitif dengar kes2 perempuan kacau suami perempuan lain ni...macam perempuan takde perasaan...
shiina Post at 16-9-2009 11:14


btol2....x berkenan la dgr benda2 mcm ni...

tpi kalo dah tertulis..nak wat cemana...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 01:24 PM | Show all posts
btol2....x berkenan la dgr benda2 mcm ni...

tpi kalo dah tertulis..nak wat cemana...
ruffleen Post at 26-4-2010 09:12



    yelah kn..kadang2 manusia ni lalai....teringat lagi pesan akak angkat saya...dia kata bila kite nampak org tu 'jahat', 'kejam'...elakkan mengutuk..lebih baik kite terus berdoa kepada Allah agar dia menjadi elok dan baik....tp kdg2 susah kan..rasa sgt geram pd perempuan2 yg tak tahu malu nie (tgk..da kutuk lg )....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:13 PM | Show all posts
yang penting,  baca doa yang kita faham maksudnya.. doa melayu pon ok.. doa bahasa arab, tapi haram sepatah tak faham, apa guna
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 09:27 AM | Show all posts
emmmm..............................apa jadi dgn kertas yee........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2010 04:29 PM | Show all posts
hi friends....
make me feel so sad when reading these thread...
actually i'm facing it now... someone wanted to ruin  the happiness of my family......
trying to take my husband away from me..... I"m restless... i'm live in the darkness now....
every day n nite i pray to Allah that everything will turn back as b4.....
tak sangka perkahwinan yg ku pertahankan 10 tahun ini goyah akibat kehadiran org ketiga yg bernama perempuan......
aku pasrah Ya Allah......
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:39 PM | Show all posts
buat kertas, tiada doa khusus, yang penting, cara kita berdoa.. betapa kita percayakan kuasa doa sebagai perisai kita.. artikel di bawah yang menarik mengenai doa, tajuknya agak lari, tapi isinya amat bertepatan dengan thread ni.. sila ambil masa untuk baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 09:40 PM | Show all posts
Doa Yang Menolak Zina

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.

Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.

Solat.

Doa.

Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:

“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat  itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]

Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek  cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.

Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?

Sampaikah kepada permintaan seorang anak muda bernama Yusuf?

TELADAN MUJAHADAH YUSUF

Imra’ah al’Aziz yang dikenali sebagai ‘Zulaikha’ itu, tidak pernah berputus asa. Di satu ketika dia menafikan dirinya sebagai orang yang memaksa zina ke atas Yusuf. Tetapi setelah kejadian baju Yusuf terkoyak akibat kejadian sebelumnya (Yusuf 12: 25) tersebar ke seluruh kota (Yusuf 12:30), Zulaikha menjadi liar. Malunya hilang, malah semakin mengganas pada tindakannya untuk mendapatkan Yusuf. Wanita-wanita bangsawan temannya dihimpunkan. Mereka dijamu makan. Setiap tangan diberikan pisau untuk memotong dan Zulakhai memaksa Yusuf tampil ke khalayak menampakkan diri.

Daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Yusuf telah diberikan separuh daripada kecantikan diri” [Al-Bukhari no. 7517 dan Muslim no. 162]

Separuh kecantikan diberikan kepada Yusuf.

Separuh lagi diagihkan kepada seluruh manusia lain!

Giliran mereka pula dibius cinta. Tangan tidak terasa bahawa pisau tidak lagi memotong makanan. Jari-jari mereka luka dipotong pisau kerana panahan rupa paras Yusuf. Zulaikha mengeluarkan ‘buah’ manusia yang mabuk cinta. Mereka belum kena lagi. Sekarang tahukah mereka apa yang dihadapinya saban hari selama ini?

“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan, dan (Yusuf) akan menjadi daripada orang-orang yang hina.“ [Yusuf 12: 32]

Kini Zulaikha tidak lagi sendirian. Kemahuannya diakui oleh seluruh wanita yang melihat susuk wajah Yusuf. Zulaikha berjaya menjustifikasikan kehendak nafsunya. Maksiat bukan lagi maksiat. Kini maksiat adalah suatu mangsa keadaan!

Malah dayusnya al-’Aziz dan betapa berkuasanya Zulaikha sebagai First Lady, dia bebas menentukan siapakah yang patut dihumban ke penjara dan siapa yang tidak. Andai Yusuf enggan menerima ajakan Zulaikha, harga yang perlu dibayar adalah PENJARA.

Apakah tekanan yang Yusuf hadapi?

Anak muda, peluang ada, kecenderungan bisa terjadi, menolaknya pula bererti merengkuk di penjara. Sepadankah tekanan itu dengan apa yang kalian sebagai anak muda, hadapi berkaitan zina?

Atau kalian dengan sengaja gemar berkelakuan lemah diri? Justeru mudah memberi alasan, bahawa keadaan adalah ‘pihak’ yang patut dipersalahkan?

Sesungguhnya Yusuf mendengar ugutan itu. Beliau tahu di hadapannya hanya dua. Zina atau penjara.

MENCARI KEKUATAN DENGAN SOLAT DAN DOA

Yusuf tinggal sendiri.

Al-’Aziz sebagai bapa angkatnya, suami kepada Zulaikha dan Menteri Utama negara Mesir, tidak berperanan untuk mencegah hal ini. Beliau berada di kemuncak dayus.

Tiada tempat lain untuk Yusuf mencari kekuatan melainkan dengan Solat dan Doa.

Yusuf (merayu kepada Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan jadilah aku daripada golongan orang jahil yang tidak mengamalkan ilmunya” [Yusuf 12: 33]

Doa Yusuf itu sarat dengan makna. Yusuf benar-benar menyatakan kebergantungannya kepada Allah. Sesungguhnya tanpa bantuan Dia, Yusuf lemah untuk mendepani tipu daya wanita-wanita jahat itu. Sesungguhnya doa tidak boleh datang daripada hati yang sombong. Meminta sesuatu daripada Allah yang dirinya tidak berasa kepada keperluannya. Jika Allah beri, dia terima. Jika Allah tidak beri, dia akan buat sendiri. Sombongnya hati manusia yang meminta dan berdoa tidak dengan bahasa seorang hamba.

Yusuf juga menunjukkan kepada kita kuasa sebuah doa. Doa menguji sama ada kita benar-benar mahu kepada apa yang diminta, atau kita memintanya tanpa kesungguhan dan makna. Doa akan membunuh sifat hipokrit bahawa mulut meminta sesuatu, namun hati tidak bersungguh memaksudkannya.

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani)

ENGKAU DAN DOAMU


Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika hati dibiarkan melayan kecenderungan?

Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.

“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata: Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta. Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Doa menyaring hasrat hati.

Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.

Yusuf benar-benar memaksudkannya. Dirinya semakin lemah dengan tekanan yang memuncak. Justeru jika satu-satunya cara untuk selamat adalah dengan merealisasikan ugutan Zulaikha, sesungguhnya penjara itu lebih disukainya berbanding zina yang membinasakan.

HATI YANG IKHLAS

Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Yusuf 12: 34]

Allah Maha Mendengar permintaanmu.

Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.

Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.

Zulaikha mahukan engkau terpenjara untuk membalas dendam.

Allah memberikan engkau penjara seperti yang diminta, bahawa penjara itu memiliki hikmah besar yang menanti, seperti yang berada di dalam Ilmu-Nya.

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina” [Ghafir 40: 60]

Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk mencari ketulusan hati.

Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.

Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.303681 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list