|
sesape yg pnah dgr lagu ni bg la komen. best ke x.
Raihan vs Hujan Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
PELIK dan unik apabila melihat dua nama popular dari dua arena yang berbeza di atas satu pentas menyanyikan lagu bersama.
Siapa kata kumpulan nasyid tidak boleh bergabung dengan band indie?Buktinya, buat pertama kali dua nama popular daripada dua arenaberbeza, band indie Hujan dan nasyid terkenal Raihan berkolaborasidalam sebuah lagu raya.
Meskipun lagu yang berjudul Salam Aidilfitri Ayahanda & Bondaciptaan sepenuhnya oleh ahli kumpulan Raihan, Abu Bakar Md. Yatimtetapi apabila susunan lagu dibuat oleh Noh dari Hujan, lagu raya baruini kedengaran sungguh unik.
Tiada langsung bunyi lagu kumpulan nasyid sebaliknya ia lebih terarah pada muzik kumpulan Hujan.
Bercakap mengenai perkara itu, Abu Bakar memberitahu, kumpulanRaihan sememangnya berfikiran terbuka dan menyerahkan bulat-bulatkepada Hujan untuk membuat susunan muzik kerana lagu ciptaannya itupada mulanya memang lagu raya untuk kumpulan nasyid.
"Kita memang nak bunyian muzik Hujan, kami tidak kisah untuk mencubaperkara yang baru dan melihat pada hasilnya kami serta Hujan berpuashati," ujar Abu Bakar.
Terangnya lagi, meskipun mereka memiliki imej yang berbeza, itu bukan halangan untuk bersatu dalam muzik.
"Saya melihat Hujan sebagai anak muda yang cukup berbakat dan kamicukup gembira apabila dapat bekerjasama dengan mereka," ujarnya.
Sebenarnya ini bukan kali pertama kumpulan Raihan berkolaborasidengan band rock kerana mereka pernah bekerjasama dengan kumpulan dariIndonesia seperti Sheila On 7 dan Gigi serta dari Malaysia bersama Awiedan Man Kidal tetapi Raihan tetap berbangga dengan kerjasama terbarumereka ini.
Hujan terkejut!
Noh selaku vokalis kumpulan Hujan tidak dapat menyembunyikanperasaan terkejutnya apabila mereka dihubungi pihak Raihan yangberminat untuk berkolaborasi dengan Hujan pada tahun lepas.
Bagaimanapun setelah sekian lama, tiada khabar berita dari pihakRaihan, Noh menyangkakan semua perancangan tersebut berkubur begitusahaja.
Namun, sangkaannya meleset apabila pada minggu pertama umat Islamberpuasa pihak Raihan menghubungi Hujan untuk merakamkan lagu rayabersama mereka.
"Bila mereka ajukan pertanyaan tentang kolaborasi bersama tahunlepas, saya dan anggota Hujan yang lain terus sahaja setuju tanpaberfikir panjang sebab siapa yang tidak mahu berduet dengan Raihan,satu nama yang besar.
"Ia memang satu penghormatan buat kami dan memang tidak sangkalangsung. Tetapi yang lucunya ketika kami mula-mula dengar lagu yangmereka berikan bunyinya 100 peratus macam lagu nasyid dan saya mulafikir macam mana kami nak nyanyi lagu ini," tutur Noh.
Tambahnya, setelah mengadakan beberapa perbincangan bersama pihakRaihan, akhirnya terhasil lagu raya pertama band Hujan sepanjangbergelar anak seni dengan gabungan bunyi lagu nasyid dan indie.
"Saya akui masa mula-mula dengar lagu ini dalam kereta tanpa buat susunan yang baru, saya macam tidakyakin, rasa kelakar pun ada.
"Tetapi pihak Raihan memberikan kebebasan pada saya untukmencorakkan lagu ini dan mereka yang nak lagu raya yang ada bunyiHujan, hasilnya kami semua suka," ujar Noh.
Selain Noh, Hujan yang dianggotai oleh AG (gitar utama), Izzat(bass), Ambobzeela (drum) dan Hang Dimas Santoso (keyboard) memberitahupembikinan keseluruhan lagu raya ini tidak mengambil masa yang lamaiaitu hanya tiga hari sahaja bermula dari proses rakaman lagusehinggalah rakaman klip video.
"Kami rakam lagu ini hanya satu hari, kemudian rakaman klip videosatu hari dan suntingan satu hari, semuanya tiga hari sahaja berlakupada waktu selepas solat terawih dan sebelum sahur setiap hari," kataAG.
Disoal tentang perbezaan imej yang ditampilkan ketika berduet denganRaihan, Hujan mengatakan tiada apa yang berubah meskipun merekamenyanyi bersama kumpulan nasyid.
"Kami tetap menjadi diri kami sendiri, cuma bila lagu raya kenapakai baju Melayu, itu sahaja. Tetapi kalau orang nak kritik kami tidakkisah kerana selama ini kami buat muzik untuk diri kami sendiri dantidak kisah apa orang lain fikir tentang kami.
"Pemikiran dan pandangan itu hak individu, ada orang suka dan adaorang tak suka. Selama ini pun sudah banyak kali Hujan kena 'tembak'dengan pihak media, jadi kami sudah biasa," tutur Noh lagi.
Selepas kolaborasi bersama Raihan, Hujan memberitahu merekamempunyai perancangan untuk membuat satu album ketuhanan tetapi semuaitu masih dalam peringkat perbincangan.
"Kami berminat untuk buat album ketuhanan tetapi konsep dan bunyinyatetap Hujan, mungkin liriknya yang berbeza, tengoklah macam mana," katapemain keyboard Hujan, Hang Dimas Santoso. |
|