CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2724|Reply: 8

Faizal alami kecederaan lutut

[Copy link]
Post time 17-9-2009 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by rienn at 17-9-2009 09:39

faizal buat operation lutut hari ni sbb cedera main futsal.... sama2 kita doakan dia cepat sembuh...

sumber dari fan fb faizal
http://www.facebook.com/pages/Faizal-Tahir/29160344728
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 09:38 AM | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 09:40 AM | Show all posts
smoga operation beliau berjaya..futsal ni bahaya jg kan..kwn sy pun lutut tercabut (istilah je) smpai kena jumpe pakar nk betulkan balik lutut dia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 09:55 AM | Show all posts
aku tengok orang malaysia
main futsal ganas2.
aku anti gile dgn futsal since dorang main, semua nya nak gasak abis.
takde nak main rilex2, skil2 ke apa.
asal dapat bola terus sepak kuat2.
gameb aru start je first kick off dah terajang bola kuat2 ke arah goal.
nasib la kena orang ke tak,janji dapat cuakkan pihak lawan.
bodo nya futsal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 10:00 AM | Show all posts
kalu x baik jugak potong la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 10:00 AM | Show all posts
main futsal rilek2 baru layannn. ingat ragbi ke main ganas2 :kant:

get well soon!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2009 10:23 AM | Show all posts
memba aku pun br lepas operate lutut last week.. sbb futsal jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 11:07 AM | Show all posts
doakan dia cpat sembuh... insyaAllah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 11:30 AM | Show all posts
Faizal tetap balik kampung beraya selepas jalani pembedahan         
                      Oleh AU YEONG HOW


       

Faizal suka bermain futsal walaupun pernah cedera sebelum ini.


PETALING JAYA: Artis yang terkenal dengan lagu popular'Bencinta', Faizal Tahir tetap berharap dapat beraya di kampunghalamannya di Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan lutut kanannyapagi ini.

Pengurusnya, Haryadi Rusli berkata, Faizal telah dimasukkan wad keHospital Prince Court, Kuala Lumpur sejak semalam dan sedang menjalanipembedahan pada pagi ini.

"Sebelum ini, dia memang mempunyai kecederaan lutut kanannya keranabermain futsal. Pada Selasa lalu, dia bermain futsal di One Utama danselepas terjatuh, dia tidak dapat berjalan.

"Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Doktormenasihatkannya untuk menjalani pembedahan segera. Menurut doktor,kecederaan itu tidak boleh dibiarkan lama. Jika selepas raya,kecederaan lutut kanannya mungkin melarat," kata Haryadi ketikadihubungi di sini hari ini.

Oleh itu kata Haryadi yang mesra disapa Eddy, Faizal mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu sebelum Raya itu.
"Doktor-doktor berjanji akan memberi perhatian perubatan sepenuhnyakepada Faizal. Doktor-doktor memberitahu Faizal boleh jalan dalamtempoh dua atau tiga hari kalau tak ada apa-apa.

"Moga-moga, Faizal boleh keluar pada pagi Ahad ini," tambahnya.
Haryadi memberitahu, pembedahan itu tidak akan menjejaskan rakaman albumnya.

"Untuk persembahan, mungkin dia perlu berehat beberapa bulan tetapikesemuanya bergantung kepada sejauh mana cepatnya dia sembuh.

"Dia perlukan rehat dan semoga pembedahan itu berjalan lancar. Jikatiada aral, doktor beritahu Faizal boleh balik pada Ahad ini dan diaingin terus pulang ke Pinang untuk beraya sambil berehat," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061181 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list