View: 3910|Reply: 12
|
Kisah Seorang Bapa, Seorang Anak dan Seekor Keldai
[Copy link]
|
|
Alkisah, tersebutlah cerita seorang bapa, anaknya dan seekor keldai. Cerita dahulu kala ini amat masyhur dari zaman ke zaman. Ramai orang sudah mendengar cerita ini.
Beginilah. Jika ente belum dengar riwayatnya, maka ana ulangi ceritanya.
Pada suatu hari, si bapa, anaknya dan si keldai keluar ke bazar untuk membeli sesuatu. Bazar atau disesetengah tempat dipangil shouk, adalah sama seperti shopping complex pada zaman ICT. Cuma deretan kedai-kedainya tidaklah sehebat shopping complex sekarang.
Si bapa mengendari keldai itu dengan memegang talinya. Si anak pula duduk di atas keldai dan mereka pun memasuki kawasan bazar.
Maka terdengarlah oleh si bapa komen beberapa orang yang melihat si anak duduk di atas keldai.
``Apa budak ni, patutnya bapa dia yang naik. Dibiarkan bapa yang sudah tua berjalan, dia pula yang bersenang-lenang atas keldai. Tak patut betul.''
Maka si bapa pun memberitahu apa yang didengarnya kepada si anak. Lalu mereka bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si anak mengendari talinya.
Setelah berjalan hanya beberapa langkah, lalu kedengaran lagi komen daripada beberapa orang di tepi jalan.
``Apalah orang tua ni. Dia syok-syok di atas keldai, anaknya dibiarkan berjalan kaki. Buat aniaya budak saja.''
Maka gundah gelanalah si bapa mendengar komen tersebut. Lalu dia turun daripada keldai dan berjalan di sisi anaknya. Sama-samalah mereka mengendari keldai itu tanpa sesiapa pun menaikinya.
Setelah berjalan beberapa langkah lagi, kedengaran lagi komen daripada orang-orang di tepi jalan.
``Apalah orang tua dan budak ni. Ada keldai heret saja. Bahlul betul...lebih baik tak usah bawa keldai, menyusahkan diri sahaja.''
Betul juga apa yang mereka cakap, fikir si bapa apabila mendengar komen tersebut. Lalu dia mengambil keputusan menunggang keldai itu berdua bersama anaknya.
Terhangguk-hangguklah si keldai membawa beban yang sangat berat.
Melihat keldai letih terhangguk-hangguk membawa si bapa dan anaknya, orang lain di tepi jalan meluahkan kemarahan.
``Apalah awak ni, menyiksa binatang aje. Manalah larat keldai ini bawa dua orang!''
Alkisah demikian cerita yang masyhur itu.
MORAL CERITA: Keldai memang bahlul, tapi kadang kala ada juga manusia yang berfikir seperti keldai.
kredit: iluvislam.com |
|
|
|
|
|
|
|
oooooooo........... cerita banyak maksud nya....{:2_65:}
bagus..bagus...
kita x dapat nak puaskan hati semua org.... jadi buat la apa yang perlu.... |
|
|
|
|
|
|
|
ini kisah luqmanul hakim dengan anaknya.
dia menceritakan kepada anaknya ttg perangai manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
patut mcm penah baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
1# cicitman
Thread nasihat, tidaklah lawak sgt pon |
|
|
|
|
|
|
|
owh..salah masuk upenye..
tp kalau ade babak nii kat youtybe kompom gelak sakan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by irbudan at 28-9-2009 23:12
Post Last Edit by irbudan at 18-9-2009 19:12
Alkisah, tersebutlah cerita seorang bapa, anaknya dan seekor keldai. Cerita dahulu kala ini amat masyhur dari zaman ke zaman. Ramai orang sudah mendengar cerita ini.
Beginilah. Jika ente belum deng ...
cicitman Post at 18-9-2009 01:51 |
|
|
|
|
|
|
|
Then the moral of the story is.......?i am curious ni, please. |
|
|
|
|
|
|
|
moral of the story is...whatever people says about your feelings, ignore them, because as you know, deep inside your heart, the very seed of love is silently growing...and one day it will become a fully grown flower that blooms....(...err i dont know what to continue) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by irbudan at 18-9-2009 19:12
Salam saudara..
terlebih dahulu saya meminta maaf jika apa yg saya katakan ini akan menyinggung saudara..
saya rasa bukan itu moral of the story dan ...
irbudan Post at 18-9-2009 19:11
maaf la kalau tersalah tafsir..
jd pe sebenar pengajan disebalik cite nih? |
|
|
|
|
|
|
|
moral of the cerita jangan naik Keldai nailah kereta
tapi kalau naik kereta org akan komen
apalah sibapa tu membazir je naik kereta
dua org je -seat belakang kosong
bapa pun naik ler motor
org komen
kan membahaya naik motor kalau dah mampu naik lah kereta......
kesianlah kat anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kita bebas shj interpret moral of the story based on the given text ataupun perlukan satu prinsip umum as how to tafsir / interpret the story from Luqmanul Hakim?
sebab secara spontannya saya terfikir it is hard to be donkey dan manusia perlu ada prinsip jgn jadi lalang sebab sat gi org kata itu dia buat lagu tu org kata ini , dia buat lagu ni...
He must be a special person , kan ? sebab nama beliau pun diletakkan dalam Al - Quran . |
|
|
|
|
|
|
| |
|