View: 8314|Reply: 8
|
Taman Anggur Tasik Kenyir
[Copy link]
|
|
Taman Anggur Tasik Kenyir bakal dibuka
Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
SELAIN keindahan alam semula jadi, kawasan di sekitar Tasik Kenyir
juga akan dibina Taman Anggur bagi menjadikannya destinasi tarikan
pelancongan terbaru di Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Selepas cuba membiakkan spesies ikan keli gergasi Mekong Giant Catfish, sebuah taman anggur pula bakal diwujudkan di Tasik Kenyir.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pokok-pokok anggur itu dijangka mula ditanam penghujung tahun ini di kawasan seluas kira-kira 10 hektar di sekitar kawasan tasik buatan manusia itu.
Menurutnya, tanaman itu bagaimanapun bukan bertujuan untuk dieksport tetapi sebagai satu tarikan baru pelancongan di negeri ini selain bagi keperluan domestik.
"Anggur yang diusahakan di Thailand sangat berjaya, kenapa kita tak boleh buat? Malah di Perlis dan Negeri Sembilan pun ada anggur.
"Saya yakin kita boleh berjaya, masalahnya sekarang yang tak berjaya sebab kita ambil benih anggur dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, ia tak sesuai dengan kita (iklim) sedangkan teknologi di Thailand sangat maju ke depan dan kualiti buahnya sama," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Taman anggur tarikan baru pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU 22 Sept. - Terengganu bakal mewujudkan taman anggur sebagai tarikan pelancongan baru di Tasik Kenyir yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 10 hektar tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tanaman itu dijangka mula dilaksanakan penghujung tahun ini dan ia bukan untuk dieksport sebaliknya sebagai satu tarikan baru pelancongan di negeri ini selain bagi keperluan domestik.
Beliau berkata, buah anggur itu merupakan spesies anggur yang ditanam di Thailand berwarna merah dan hijau yang sesuai untuk ditanam di negeri ini, berbanding benih dari Amerika Syarikat (AS) atau rantau Eropah.
''Anggur yang diusahakan di Thailand sangat berjaya, kenapa kita tak boleh buat, malah di Perlis dan Negeri Sembilan pun ada anggur.
''Saya yakin kita boleh berjaya, masalahnya sekarang yang tak berjaya sebab kita ambil benih anggur dari Amerika Syarikat dan Eropah, ia tak sesuai dengan (iklim) kita sedangkan teknologi di Thailand sangat maju dan kualiti buahnya sama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Bersama Perantau yang dihadiri kira-kira 6,000 orang di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.
Ahmad menjelaskan, buat masa ini pihak mana yang akan diberi tanggungjawab untuk menguruskan projek tanaman tersebut masih belum diputuskan.
Namun katanya, untuk peringkat awal kerajaan negeri bercadang melantik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, anggur yang terdapat di taman itu kelak akan memberi peluang kepada para pengunjung termasuk pelancong untuk membeli seterusnya menikmati keenakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pi sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
bertambah2 menarik la terengganu ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Psl kelantan x de ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
tambah lagi tarikan ke sana dgn view yg cantik, ada taman herba,
tarikan pemancing lagi la ni taman anggur pulak ......... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan xde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sdpnye anggur...nyum nyum |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 yg menganggur leh ar pi sana tanam anggur |
|
|
|
|
|
|
| |
|