CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2711|Reply: 3

Cincin semangat daripada abah

[Copy link]
Post time 23-9-2009 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]


Walaupun dengan kemasyhuran dan kekayaan dimilikinya, Datuk SitiNurhaliza Taruddin (Siti), 30, mampu memiliki barang kemas yang lebihhebat dan mahal harganya, namun cincin mutiara putih itu tetap menjadiidaman hatinya.

Hinggakan, pernah tercetus kontroversi sedikitmasa lalu kononnya Siti dilamar seseorang gara-gara memakai cincinpemberian ayah tersayang, Taruddin Ismail.

"Saya masih memakainya sampai sekarang. Cincin ini pemberian abah masa mula-mula jadi artis dulu.

"Kata abah mutiara itu simbolik buat saya dan dengan memakai cincin iniseolah-olah semangat abah saya bawa bersama," katanya.

Akui Siti, sambutan Aidilfitri tahun ini bagaikan ada kekurangan dan hilang serinya.

Masakan tidak, tahun ini pengalaman pertama Siti menyambut lebarantanpa abah tersayang yang menghadap Ilahi pada 15 Februari lalu akibatserangan jantung, komplikasi buah pinggang dan kencing manis.

Tarudin, menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun di Hospital Pakar Ampang Puteri, kira-kira jam 11.50 pagi.

"Suasana lebaran tahun ini sangat berbeza dan sebelum menjelang Ramadanlagi, hampir setiap malam saya menangis mengenangkan arwah abah.

"Terbayang-bayang wajah abah yang setia menemani emak dan kami bersahurwalaupun dia sebenarnya tidak bersahur. Ada saja cerita lucu dan yangboleh dijadikan teladan diceritakan pada kami," katanya.


Mengenangkan lebaran kali ini amat memilukan, Siti dan adik-beradik lain sepakat beraya dengan ibunya, Salmah Bachik, 57.



Siti akan pulang ke kampungnya di Kuala Lipis sebaik pulang daripada menunaikan umrah pada 20 September ini.   

Secekal manapun insan bernama Siti ini mengharungi kehidupan anak seniyang penuh pancaroba, dia tetap manusia biasa yang ada masanyadiselubungi pelbagai perasaan.

Lebih-lebih lagi berbicaramengenai arwah bapanya, nada suara Siti mula kedengaran tidak stabil,mata berkaca-kaca dan akhirnya tumpas menyembah bumi.

"Tidakdinafikan walaupun mempunyai tujuh beradik dan abah sayangkan semuaanaknya sama rata, saya antara yang paling rapat dengannya kerana sejakkecil lagi sering mengekor abah ke hulu ke hilir membuat persembahan.

"Abah mentor saya dan insan yang paling banyak memberi semangat dandorongan kepada saya sehingga menjadi seperti hari ini. Dia tidakpernah jemu mengasah bakat saya.

"Arwah selalu kata 'Sitiadalah abah sebab abah adalah Siti'. Mungkin benar, kerana saya sendirisedar banyak sifatnya yang diwarisi saya terutama kekuatan dansemangatnya.

"Pemergian abah buat saya terasa bagaikan burung patah sayapnya," katanya.

Ingin membalas jasa abah dan ibu tersayang, Salmah Bachik, 57, dengannada rendah diri, Siti akui, kemewahan sekalipun belum tentu mampumenilai erti pengorbanan ibu bapanya.

Justeru, selagi terdaya, dia berjanji membahagiakan dan menunaikan apa saja impian abah.  

"Sebelum abah meninggal, dia minta saya dan suami membantunya membukasebuah syarikat berasaskan pertanian di Kuala Lipis. Syarikat yangdiberi Saldin (singkatan Salmah dan Tarudin), kini sedang diusahakan,

"Insya-Allah kami anak-anak juga ingin menunaikan haji untuk abah bagimemenuhi impiannya yang tidak berkesempatan melakukannya," katanya.

Allahyarham Taruddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, Kuala Lipis.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh anak (tiga perempuan, empat lelaki).

Empatdaripada mereka bergiat dalam seni, Saiful Bahri, Siti Nurhaliza, SitiNorsaida dan Siti Nursairah. Tiga lagi ialah Saifullizan, Mohd Ali danMohd Hafiz.


kredit: Harian Metro

saper2 bli metro smalam ada cter ni kn..de pic lain x slen drp pic ni?..pic cincin tu x de tnjuk dlm paper ke?? nk tau yg mna satu cincin tuh..x bli metro smalam bli utusan jer..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2009 02:56 PM | Show all posts
syahdunya... apapun CT mmg sentiasa tabah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 04:32 PM | Show all posts
gmbr kat atas tu kan ct ade pakai cincin bkan cincin yg itu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 08:45 PM | Show all posts
ade gamba lagi satu tp ct bergambar sambil tunjuk gamba bapak dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.534970 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list