|
ASSALAMUALAIKUM
Suka saya untuk membangkitkan isu ini, di mana kita sebagai kaum muslimin terkadang terlepas pandang bahawa musuh-musuh Islam 24/7 terus menerus menerjah dan menyerang kita kaum muslimin.
Kita sibuk dengan perbezaan pendapat dan mazhab sedangkan sebahagian dari persengketaan antara kita dicetuskan oleh kaum kafirin laknatullah yang mahu kita terus berpecah.
Kita masih sibuk dengan perbezaan pendapat ttg halal dan haram pada fardhu ain, sedangkan kehidupan kita sehari-hari masih berlandaskan sistem yahudi yang disediakan untuk kita supaya kita jauh dari Alqur'an dan Assunnah.
Keadaan semasa kaum muslimin ketika ini semakin meruncing khususnya di tanah air kita. Perkara ini patut difikirkan bersama supaya serangan dari pihak MUSUH SEBENAR dapat disedari seterusnya dapat dibendung demi menyelamat umat Islam khususnya di MALAYSIA, tanah air tercinta.
Wassalamualaikum |
|
|
|
|
|
|
|
So......maksud anda untuk menghadapi serangan musuh kristian dan yahudi....... kita lupakan semua sengketa antara kita, kita lupakan perbezaan antara kita walaupun di peringkat fatal?
Kita ahli sunnah sudah lama melupakan sengketa lama, tetapi mau kah syiah melupakan sengketa mereka dengan para sahabat?
Maukah mereka berhenti dari mengutuk sahabat yg mulia dan ummul mukminin Aishah? |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli Sunnah dan Syiah boleh bersatu dan dalam dunia sekarang ni pun mereka sudah nampak sepakat dalam beberapa isu.
Yang jadi masalah skarang ni membuat haru biru dalam dunia ialah angkara jahat wahabi...yang disokong oleh ketuanan wahabi di Arab Saudi melalui konspirasi dengan tuannya Amerika dan zionis. Bekerjasama dengan amerika dan Israel membunuh umat Islam cuma hal dunia saja mengikut cakap ussopp dan bukannya bidaah ibadat pun yang tak salah.![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli Sunnah dah lama bersatu kecuali orang tareqat yang kerjanya nak wahabikan orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Seruan kepada satu titik penyatuan bukan hanya diserukan pada satu-satu golongan sahaja. Malah untuk semua golongan yang terdapat di dalam umat islam. Dalam setiap fikrah yang ada, tidak dapat dinafikan terdapat golongan ekstrimis. Mengatakan bahawa mereka yang paling afdhal dan paling mulia.
Namun apabila kita kembali kepada kalimah suci Syahadatain , secara sedar atau tidak kita adalah bersaudara, dan darah kita antara kita adalah haram ditumpahkan.
Perlu berlapang dada dalam masalah ini. Walaupun kita mempunyai perbezaan pendapat dalam banyak, tetapi jangan sampai perbezaan pendapat kita menjadi kelemahan yang dapat dipergunakan oleh pihak musuh laknatullah yang telah sedia ada mengganyang kita.
Perbezaan pendapat tetap perbezaan pendapat, perkara itu saya yakin pasti tidak akan dipadamkan. Cuma di sini saya ingin menyeru untuk kita memberi penumpuan kepada masalah lebih besar yang dihadapi oleh umat Islam dalam keadaan semasa sekarang ini.
Antara masalah yang besar saya lihat sekarang ini apabila umat Islam bergantung sebahagian besarnya kepada sistem riba yang diasaskan oleh golongan yahudi. Yang mana akhirnya sebahagian besar dari kita menjadi hamba kepada sistem tersebut.
Saya suka untuk memetik statement Ustaz Asri Zainal Abidin (bekas mufti negeri perlis ) "Orang kita apabila melihat babi jadi mual dan jijik, tapi apabila lalu didepan bank konvensional tak der pulak rasal jijik , padahal ALLAH dan Rasulnya didalam Alqur'an secara jelas memerangi riba'" |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Suka saya untuk berkongsi maklumat dengan teman-teman forumers
[img]http://www.facebook.com/photo.php?pid=1179127&id=1237613353/img]
Menjadi satu kemusykilan apabila satu buku yang berjudul Malaysia, diterbitkan 26 tahun sebelum tertubuhnya Malaysia .................. |
|
|
|
|
|
|
|
[img]http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs259.snc1/10626_1255147298950_1237613353_1193019_7901656_n.jpg/img] |
|
|
|
|
|
|
|
http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs259.snc1/10626_1255147298950_1237613353_1193019_7901656_n.jpg |
|
|
|
|
|
|
|
Antara masalah yang besar saya lihat sekarang ini apabila umat Islam bergantung sebahagian besarnya kepada sistem riba yang diasaskan oleh golongan yahudi. Yang mana akhirnya sebahagian besar dari kita menjadi hamba kepada sistem tersebut.
saya setuju dgn saudara.
sudah sampai masanya kita berjihad utk dunia manusia yg kebih baik.
dahulu ketika saya karkun, saya dream weaver.
but now im reborn.
sesungguhnya hakikat makhluk itu adalah hadis dan setiap yg hadis itu adalah baharu dan setiap yg baharu itu adalah berubah dan setiap yg berubah itu adalah konflik dan konflik itu adalah perjuangan dan perjuangan hidup itu adalah sunnatuLLAH bagi seluruh makhluknya.
itulah hakikat makhluk yg memilukan hati. kita hanya mampu berserah diri.
accept the thorn &bleed with me brothers.
rage againts the zalim.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Disini saya ingin berkongsi maklumat ttg satu buku yang harus dibaca oleh setiap lapisan masyarakat Islam yang cinta kan agamanya
INFO
Gerakan Freemansonry Musuh dalam Menghancurkan Islam
Pengarang: Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa
Tebal: 210 halaman
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Harga: RM35.90 senaskhah
Dibawah ini komen ttg buku tersebut ( dipetik dari http://grelovejogja.wordpress.com/2009/04/03/dunia-buku-awas-anda-freemason/#comment-3824)
Oleh: Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad ([email protected])
Sumber: Berita Harian dot com
PASTI ramai pembaca akan terkejut dengan pendedahan yang dibuat Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa dalam Gerakan Freemansory: Musuh dalam menghancurkan Islam kerana ia terjadi secara di luar sedar sehingga gerakan kebangsaan turut menjadi sasaran.
Freemasonry atau Freemason dipelopori oleh gerakan Zionis dengan agenda menghancurkan Islam di seluruh dunia berselindung di sebalik kegiatan kemanusiaan, kebajikan dan keamanan di seluruh dunia sehingga musuh tidak sedar akan fahaman Yahudi yang cuba disebarluaskan.
Kegiatan dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial, turut dijadikan landasan untuk menyusup masuk ke fahaman, agama dan bangsa lain, tetapi di luar sedar mereka, hakikatnya taat setia mereka sebenarnya adalah pada gerakan terbabit.
Seluruh umat Islam pasti membenci Yahudi yang bertanggungjawab merampas Palestin dan membina Haikal Sulaiman, iaitu kuil Yahudi pertama di Baitulmaqdis di atas runtuhan Masjid al-Aqsa.
Bagaimanapun, berapa ramai daripada kita yang sedar bahawa gerakan terbabit sudah berjaya memperluaskan cengkaman pemerintahannya sehingga ke Syria, Iraq, Jordan dan Mesir dan menguasai Makkah dan Madinah!
Buku ini mendedahkan segala-galanya dengan menyorot lima rukun gerakan Freemason yang mempunyai persamaan dengan Zionisme, sekali gus merebak ke negara yang pernah menjadi jajahan kuasa imperialis Barat.
Lima rukun gerakan Freemason ialah monotheisme bermaksud kesatuan Tuhan dan nasionalisme yang cenderung kepada fanatik bangsa seperti Yahudi serta humanisme, iaitu kemanusiaan yang digula-gulakan dengan konsep adil dan beradab, tetapi sebenarnya merujuk ajaran Talmud.
Rukun keempat ialah demokratisme atau penyatuan suara, manakala rukun terakhir ialah sosialisme, iaitu keadilan sosial tetapi ia hanya ditujukan kepada Yahudi atau Yahudi diangkat menjadi pemimpin.
Buku ini turut mendedahkan perhatian yang diberikan gerakan Freemason kepada aktiviti sosial dengan tumpuan kepada aktiviti kemanusiaan dan bantuan serta memberi penghargaan kepada individu cemerlang.
Segala-galanya ini berlaku secara biasa sehingga unsur gerakan Yahudi tidak kelihatan, lalu kehadiran persatuan yang mengagung-agungkan kemanusiaan diterima ramai seperti penerimaan Pertubuhan Bahaiyah, Kelab Rotary Antarabangsa, Kelab Lions dan Pertubuhan Yoga di negara ini.
Lebih menyedihkan apabila pengarang buku ini mendedahkan sebahagian besar yang terjebak dengan gerakan ini ialah di kalangan orang berkepentingan dalam kerajaan dan bukan kerajaan.
Buku ini mengemukakan bukti pendedahan itu berdasarkan kajian 2002 yang menunjukkan 60 peratus daripada kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah anggota Freemanson, selain mereka bergiat secara aktif dalam organisasi penting di Amerika Syarikat (AS) dan Britain serta negara Eropah.
Pembaca turut disuguhkan contoh cara Freemason menguasai pemikiran masyarakat di negara ini dengan konsep pecah dan perintah serta pembahagian kuasa, menyerahkan urusan pemerintahan negara kepada orang politik, manakala agama dan istiadat kepada orang agama.
Buku ini menegaskan gerakan Freemason menjadi agenda jahat Yahudi sejak sekian lama seawal usaha menghapuskan agama Islam melalui kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah, Kerajaan Islam yang kuat dan unggul.
Pembaca boleh menilai gerakan Freemason sebagai dakyah Yahudi dalam mencapai impian leluhur mereka dan tidak puas hati terhadap layanan yang diterima sejak sekian lama, termasuk tindakan licik merekrut ahli dengan memilih individu berkedudukan dan status saja.
Dengan membaca buku ini, pembaca dapat kesedaran untuk berhati-hati dalam memilih pemimpin dan jangan mempercayai badan sosial atau kebajikan tanpa usul periksa kerana berkemungkinan mereka mempunyai agenda tersembunyi.
Wassalam
"Demi mengembalikan sesuatu pada tempatnya" |
|
|
|
|
|
|
|
Lima Musuh Mukmin
Betapa ramai manusia hari ini menyangka musuh mukmin hanyalah orang kafir, Yahudi dan Nasrani sahaja. Maka mereka pun menganggap itulah musuh mereka yang mesti diperangi. Tapi adakah kita tahu bahawa sebenarnya musuh mukmin itu lebih dari apa yang kita sangkakan. Bukan sahaja yang boleh dilihat dengan mata lahir bahkan yang tidak mampu dilihat dengan mata lahir. Ada 5 musuh mukmin yang wajib kita perangi.
1. Pertama : Mukmin yang 'asi atau mukmin yang hasad dengki.
Contohnya: orang yang dengki dengan kebaikan yang dibuat oleh saudaranya.
Cara memeranginya ialah membalas kejahatan dengan kejahatan. Cara ini lebih baik ditinggalkan kerana ia akan menyebabkan perpecahan.
Kedua: diam, iaitu tidak membalas kejahatannya. Ini susah dilaksanakan kerana ia memerlukan mujahadatun-nafsi.
Ketiga : kejahatannya dibalas dengan kebaikan. Pelaksanaannya amat sukar sekali diibaratkan seperti mencabut nyawa dari badan.
Keempat : mendoakan mereka
2. Musuh mukmin yang kedua : Nafsu, sepertimana firman Allah SWT :
sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. Bagaimana cara untuk memeranginya? Didik nafsu dengan hikmah.
3. Ketiga : Syaitan, yang akan masuk melalui sifat mazmumah, kemudian, menguasai jasad lahir.
4. Keempat : orang munafik.
Terbahagi kepada dua golongan.
Pertama : sepertimana terdapat di zaman Rasulullah SAW.
Kedua : seperti yang terdapat sekarang, mereka sukar dikenali. Kerana mereka hanya bercakap tentang Islam, tetapi tidak meyakininya.
5. Kelima : Orang kafir yang memusuhi.
oleh: USTAZ ASHAARI MUHAMMAD |
|
|
|
|
|
|
|
ASSALAMUALAIKUM
Suka saya untuk membangkitkan isu ini, di mana kita sebagai kaum muslimin terkadang terlepas pandang bahawa musuh-musuh Islam 24/7 terus menerus menerjah dan menyerang kita kaum mus ...
paktuaman Post at 25-9-2009 00:15 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Musuh utama kita syaitan , dan syaitan bukan hanya tertakluk kepada zionis saja, tapi boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa . Yang kita perlu sedar adalah apa itu kejahatan tak kiralah dalam bentuk apa sekali pun ia wujud atau muncul . Setelah mengenali kejahatan baru kita dapat ambil initiatif seterusnya untuk mengelaknya . Selagi tak kena selagi tu kita akan membiarkan syaitan menyusup masuk dalam hidup kita . |
|
|
|
|
|
|
| |
|