|
Ustaz Dah Jumpa Hadis Baru Ke? Puasa 6 Hari di Bulan Syawal
[Copy link]
|
|
Kpd forummer Islam, berhati2 dengan post Ostad Amir. Banyak mengelirukan aqidah. Boleh check post2 dia sebelum ni.
cth
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=433241&highlight= |
|
|
|
|
|
|
|
okay now i know...nak faham hadith kena tengopk konteks, kan? tak leh ambil bit and pieces , context mempengaruhi maksud...thank you .... |
|
|
|
|
|
|
|
ni saya baru dpt dari email
Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
sumber
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu |
|
|
|
|
|
|
|
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/ |
|
|
|
|
|
|
|
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
&
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati
di dalam ibadah.
Tiada masaalah.....
menurut saya,
puasa org yg mati itu automatik akan bertukar di sisi ALLAH menjadi puasa wajib kerana kedudukan kewajipan& kefardhuan itu sendiri.
rahmat ALLAH itu maha luas. kita sangka baiklah...
Masaalah niat pula,
hanya aliran syafi'e shj yg agak tegas& disiplin. sebetulnya segala perbuatan manusia itu tidak wajib niat pun seperti makan, main bola, mengundi, layan forum dsbnya termasuklah ibadat sekalipun.
amalan manusia itu tetap di kira &di tulis di sisi ALLAH.
cuma kalau ada niat, ada lah pahala. xder niat kurang lah pahala. itu je...
Contoh mcm perbuatan merompak, xkan nak kena niat jugak ? kalau x niat x sah di sisi ALLAH ke ? gitu ? hehe.....
xsalah sebenarnya kita berijtihad utk umat akhir zaman supaya umat mudah mendekati agama islam.
asalkan jangan kita menyeleweng dari Quran &sunnah.
Contohilah nabi SAW dlm hal ini.
ALLAH menghendaki bagi kamu kemudahan dan Dia tidak menghendaki bagi kamu kesusahan,
Al-baqarah: 185.
fikirlah....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Masaalah niat pula,
hanya aliran syafi'e shj yg agak tegas& disiplin. sebetulnya segala perbuatan manusia itu tidak wajib niat pun seperti makan, main bola, mengundi, layan forum dsbnya termasuklah ibadat sekalipun.
amalan manusia itu tetap di kira &di tulis di sisi ALLAH.
cuma kalau ada niat, ada lah pahala. xder niat kurang lah pahala. itu je.
~ this is funny hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg "funny" tuh wahai cik syida yg di rahmati oleh ALLAH ? ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Pd pendapat i,
i lebih cenderung menggunakan pendapat mazhab hanafi bagi org-org awam.
sedangkan utk org-org alim &org yg terpelajar, mazhab syafi'ie amat sesuai utk mereka...
Kita kena lah beri fadihilat &kemudahan (rukhsah) kpd ummat manusia dlm mengamalkan agama wahai cik syida.
muslihatnya ialah supaya mereka sentiasa cenderung kpd agama ALLAH SWT.
ilmu fiqh mestilah menjurus kpd dakwah &hikmah. bukan hukum semata-mata.
Ingat,
Permudahkanlah...jangan mempersulitkan. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm...
pada pendapat saya hal riya' @ nak menunjuk2 die sedang berpuasa sepatutnya x timbul..
sebagai satu contoh ketika di pejabat rakan mengajak sahabatnya utk mkn lunch tp ditolak dgn baik kerna die sedang berpuasa sunat.. begitu juga jika kita dtg menziarahi sedara @ rakan2 tanpa diberitahu tuan rumah terlebih dahulu sedangkan ketika itu tuan rumah sedang berpuasa sunat..
maka dalam situasi ini tidak harus timbul soal seorg mukmin itu hendak berpuasa sunat dikatakan riak dgn ibadahnya kerana masing2 harus menghormati hak utk beribadah..
soal apabila ditanya berape hari sudah berpuasa n jwbnye esok sudah raya pd pendapat sy ia tidak menjadi satu bentuk riak @ kesalahan kerana ia lebih pada gurau senda rakan2 yg rapat seperti meraikan alhamdulilah sy sudah hampir selesai puasa sunat saya..
soal puasa berturut2 @ puasa lbh afdal dilaku pd syawal kedua itu terpulang pada mukmin itu sendiri.. Nabi x pernah menyebut cara berpuasa sunat itu..
maka cara berpuasa sunat yg difahamkan adalah di bulan Syawal tp diharamkan pada satu syawal.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg saya faham, correct me if wrong
dlm mazhab syafie mementingkan niat...niat yg dibaca outloud gitu..mcm nak puasa niat baca..nawaitu...kira sblm tidur or masa sahur dibaca dgn terang dan jelas
tapi mazhab lain niat tu blh dikira dari perbuatan..mcm perbuatan bangun sahur tu pun dah menandakan kita berniat utk berpuasa tak perlu baca baris niat semua tu..
mcm dlm solat jua mazhab syafie say it out loud ;usalli.....mazhab lain tak perlu terus angkat takbir dan tertanam lah niat tu automatically..
baru ni tanyalah ust tv9 pun ust menekankan tak perlu lah nak hafal niat solat jamak dan campur qasar yg panjang lebar tu.., nanti silap baca tersilap sebut jadi lain cukup lah dgn bismillah angkat takbir..allah maha mengetahui niat kita tu nak solat jamak dan qasar..
wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
yg saya faham, correct me if wrong
dlm mazhab syafie mementingkan niat...niat yg dibaca outloud gitu..mcm nak puasa niat baca..nawaitu...kira sblm tidur or masa sahur dibaca dgn terang dan jelas
t ...
sunsuria3 Post at 5-10-2009 16:25 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
niat tu dalam hati. Yang sebut kat mulut tu lafaz. Ramai yang silap dalam sembahyang, ingatkan lafaz sebelum takbir itu adalah niat. padahal niat adalah ketika angkat takbir. Dan niat itu dalam bahasa ibunda, kecuali afdal dalam bahasa arab bagi sesiapa yang faham bahasa arab. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 5-10-2009 17:32
Apa yang menarik berkaitan niat adalah, niat itu adalah sekadar 'gerak hati' untuk melakukan sesuatu....
Tak mungkin kalau seseorang itu nak buat maksiat tanpa gerak hatinya menuju ke arah itu. Juga tak mungkin seseorang itu nak buat amal kebajikan tanpa gerak hatinya menuju ke arah itu
Niat yang sebenarnya bukanlah lafaz niat atau 'bacaan dalam hati', ia tiada bunyi dan tidak semestinya seperti bacaan dalam bahasa tertentu asalkan kita faham 'kehendak gerak hati kita'. Itulah niat.
Apa yang disebut lafaz niat (secara terang), dan juga 'bacaan niat dalam hati' (secara senyap) ketika Takbir untuk Solat itu adalah kaedah untuk memperkuatkan niat kita, atau untuk memastikan niat kita betul.
Kita boleh membaca sesuatu secara senyap seperti 'saya mahu makan', namun tak semestinya bacaan itu (dalam hati) adalah niat kita melainkan kita memang lapar dan ingin makan. Ia sama juga kalau seseorang itu dipaksa bersolat, 'bacaan niat dalam hatinya' tidak semestinya niatnya yang sebenar melainkan dia benar-benar ingin solat. Namun secara umum, 'bacaan niat dalam hati' boleh memperkuatkan dan membetulkan niat sebenar kita, kerana kadang-kadang niat sebenar kita juga boleh tersalah, lagi-lagi kalau seseorang itu dalam tergesa-gesa atas sebab tertentu.
Hadith pertama dalam Sahih Bukhari berbunyi:
إِنَّمَا الْأَعْمَال بِالنِّيَّاتِ
Sesungguhnya setiap amal bermula dengan niat
Niat baik seorang mukmin diberi ganjaran amal penuh, dan jika dilakukan kebaikan itu maka mendapat ganjaran 10 kali ganda (minimum).
Niat untuk melakukan perbuatan buruk/jahat tidak ditulis sehingga amalan itu dilakukan dan bila ia dilakukan ia dikira sekadar perbuatan tersebut.
Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya sepuluh kali ganda amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya. (Al-An’aam, 160)
Bagi mereka yang membelanjakan harta di Jalan Allah, ganjarannya dilipat-gandakan kepada 700 kali ganda dan Allah Melipat-gandakan ganjaran lebih dari itu sehingga kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya…
Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah, 261)
Dan Allah Memberi ganjaran TAK TERKIRA banyaknya kepada mereka yang SABAR:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Az-Zumar, 10)
Wallahu a’lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibnur at 5-10-2009 22:52
Hadis itu bukan saya yang bawa tetapi dibawa oleh mnm77. Saya cuma pinjam saje bagi menerangkan kepada kamu tentang apa yang Nabi sebut sebagai tiada lagi cara puasa yang lebih baik dari itu. ...
Amir Post at 4-10-2009 23:28 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
saya tak pasti kamu buka kitab sahih muslim yang mana?
hadith berkenaan puasa selang seli tu dari sahih muslim dan semua dari Abdullah bin Amru sebab Nabi s.a.w. jumpa dia seorang dan beritahu akan hal tersebut. Dah tentu seperti mana sahabat lain, hadith tersebut akan diajar oleh Abdullah bin Amru kpd orang lain. sebab itu hadith berkenaan ada beberapa jalan yang semuanya kepada Abdullah bin Amru. Dan salah satu hadith tersebut (samada murid Abdullah atau Abdullah sendiri) menyebut hanya bahagian akhir hadith tersebut. Apahal pun, Nabi s.a.w. berjumpa Abdullah kerana Abdullah telah bernazar utk sepanjang hayat. Dan Imam Muslim memasukkan hadith tu dalam bab 'Puasa Sepanjang Masa'. Bukan bab puasa 6.
Ada terdapat beberapa lagi riwayat yg sebut ganjaran puasa 6 adalah sepanjang tahun. Kau dah tengok dalam Musnad Ahmad? Nasa'i? Ibu Majah? Tarmizi? Yang mana ada, yang mana tiada dan semuanya sebut macamana? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya cabar kamu,sila bawa hadis yang Nabi ada sarankan, boleh berpuasa sunat berturut-turutAmir Post at 4-10-2009 23:28 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ustaz pun main cabar-cabar yer...
Tak payah ler cabar mencabar, buka sahajalah kitab hadith tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kita berbincang utk mengelakkan kekeliruan jgn lah over sangat, yg salah kita betulkan utk kebaikan semua....rasanya kat website ust zaharudin dah tulis detail about puasa ni siap dgn dalil hadith dan nas blh rujuk kat situ..and of course ust2 ni pun berlainan pendapat..sedangkan mazhab pun ada berlainan pendapat...so refer to all their facts mana yg sesuai dgn kita, kita ikutlah..ust zahazan baru je keluar tv terang2 bagi tau blh niat puasa 2in 1 bagi wanita dan dah saya tlis pun sebab2 hujah2 nya..
nak buat sesuatu kita mesti ada ilmu mengenainya jgn ikut membabi buta itu dikatakan taklid buta..
buat masa ni saya puasa di bulan syawal niat qadak...infact semua puasa sunat pada hari2 yg digalakkan puasa sunat pun saya niat qadak..reason....lain kali tulis tapi saya dah faham mengapa dan sb itu saya ikutinya...
ni selingan jer...tahun lepas dgr kat radio ikim...ust tu kata bagi wanita2 yg susah nak dpt puasa penuh sebulan eloklah perbanyakakn sedekah di bulan ramadhan, sedekah utk beri orang berbuka puasa..sbb memberi makan orang berbuka puasa kita pun dpt pahala orang yg berpuasa tu..so bayangkan dgn sedekah seekor kambing dah blh bagi makan satu kg utk berbuka puasa..berapa ramai pulak pahala orang berpuasa tu...sempat gak kempen dgn kawan2 pakat ramai2 beli lembu sedekah di negara2 islam yg miskin..sempat gak pilih rumah2 anak yatim dan sekolah tahfiz sponsor berbuka puasa...alhamdulillah..
fikir2kan...dlm nak mengejar pahala puasa satu tahun ada cara lain juga...kalau satu kg ada 360 orang..?
baru kelmarin syarikat yg sama 'ezy kurban' kempen melawat kampuchea sambil melakukan ibadah korban..katanya kalau nak tgk malaysia zaman 50an di sana lah tempatnya...di mana sungai2 nya hidup ..tak mcm di sini sungai semua mati...mendalam maksud ni....cost rm700 tak masuk duit flight dan duit korban rm250 satu bahagian..5/6hari back to the old days...rasa nak join tapi saya ni insan lemah...or another word byk cikadak...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar Kuliyah baru ni, sunat puasa 6 hari bulan syawal, afdal dipercepatkan. Di situ datangnya berturut-turut.
Sapa nak buat, buat je la, nak buat berturut2 ke, selang-seli ke, tak nak buat terus pun takpe. Tak payah bergaduh menda macam ni. Benda sunat nak bergaduh, benda yang wajib, yang mutlak ramai yang buat buta. |
|
|
|
|
|
|
|
kita berbincang utk mengelakkan kekeliruan jgn lah over sangat, yg salah kita betulkan utk kebaikan semua....rasanya kat website ust zaharudin dah tulis detail about puasa ni siap dgn dalil hadith dan ...
sunsuria3 Post at 5-10-2009 23:50 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Nak menjadikan kita ini muslim yang baik dan berilmu serta tidak mudah disesatkan oleh orang lain;tidak kira siapa,ustaz ke,tok guru ke,kita kena belajar dahulu AlQuran dan Hadis.
Allah berfirman bahawa Dia memberi berita gembira kepada hamba-hambaNya yang mendengar perkataan-perkataan dan ambil yang mana yang lebih baik. Sambung Allah lagi bahawa dengan berbuat sedemikian,orang-orang itulah yang mendapat pertunjuk dan orang-orang itulah yang berakal fikiran.
Jika ingin memenuhi tuntutan Allah itu,jawabnya kita kena tahu dulu barulah kita pandai memilih yang mana yang lebih baik. Jika tidak,main pulun saje. Orang kata ini,kita telan. Orang kata itu,kata pun telan.
Pokoknya,mesti ada ilmu yang menjadi penentu baiknya sesuatu perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut manusia.
![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|