|
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihakIslam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikanseketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telahberkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwayang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalamperbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat merekaiaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekorsinga yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telahmenjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapatmenandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab,"Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullahitu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islamboleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lainapabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percayadengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsamkeluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibatditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzmanmeletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan kedadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidaktahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia matibukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri.Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuksyurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzmanada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agamatetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkanoleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku.Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim. |
|
|
|
|
|
|
|
sungguh menyedihkan pahlawan yang begitu berani berperang demi agama akhirnya menghuni neraka...hanya Allah yng mengetahui....wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
"Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkanoleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
bukan kerana agama.. :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Means berperang hanya kerna nama.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm majalah solusi ada diterangkan kisah pahlawan begini..dia sengaja mencederakan dirinya dan teruskan berperang dgn niat pahlawan2 lain tgk keaddan dirinya begitu akan menaikkan semangat utk berperang...dia ni juga tak dpt ganjaran syurga...kerana apa yg dibuatnya bukan utk allah..apa pun yg kita buat pasang niat awal2 utk mendpt keredhaan ilahi...mardhatillah..
ada juga satu kisah pahlawan yang hampir mati syahid..tapi dia bunuh diri sendiri kerana tak sanggup menanggong sakit akibat luka parah...dia juga tak kan dpt masuk syurga...padahal mati syahid dah hampir utk nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|