CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3720|Reply: 8

Rahsia solat tahajjud

[Copy link]
Post time 5-10-2009 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Salam.

Saya nak tya dgn para ustaz2 yg ada kat sini perihal rahsia solat tahajjud. sy pernah terbaca salah satu rahsia solat tahajjud ni ialah lidah org tu sentiasa berkata benar. apa yg dituturkan oleh mereka benar2 berlaku. kalo dalam bahasa biasanya (mulut masin). betul kah?

wasalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 09:50 AM | Show all posts
jiwa bersih, terhindar dari melakukan dosa, tingkahlaku terjaga..dan byk lagi, cuma lupa..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:57 AM | Show all posts
setahu sy dlm tafsir Al- Quran ada byk menyebut supaya kita bangun dan ber tahajud utk diampunkn dosa2 kita selain itu ia solat sunat yg paling dianjurkan dlm Islam selain dhuha & witir...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 12:12 PM | Show all posts
banyak sangat hikmah nya hanya mereka yg mengamalkannya yg merasai nikmatnya...

boleh rujuk buku solat sunat ada tertulis hikmah2nya..yg terbaru buku tulisan zulkifly = buku ni dipromote ust zahazan kat tv9 baru ni saya ada jumpa di jual di petronas
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 01:14 PM | Show all posts
banyak sangat hikmah nya hanya mereka yg mengamalkannya yg merasai nikmatnya...

boleh rujuk buku solat sunat ada tertulis hikmah2nya..yg terbaru buku tulisan zulkifly = buku ni dipromote ust zahaza ...
sunsuria3 Post at 4-10-2009 19:12


kalau tertinggal satu malam pun..
kita dah rasa menyesal sangat2..
itu lah nikmatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 01:34 PM | Show all posts
5# TimahMulia

betul betul betul

saya tertinggal 2 malam...menyesal sgt...lagi time anak nak pmr lusa ni...tak bangun sbb tukar bantal..baru beli bantal yg boleh buang ion negative..charge2 ion negative dari handfon dan menda2 letric ni..mula hari tu anak lelaki saya guna..sbb dia kata sering pening kepala beli khas utk dia..tapi lepas dia guna 2 malam, dia tak mau guna dah katanya tidur lama sangat tak blh bangun tengah malam..bila saya try pun alahai..tak blh bangun gak tidur lena nampak ni..jam bunyi pun gatal2 tgn off kan...mlm tadi tak guna dah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2009 01:37 PM | Show all posts
Diriwayatkan oleh Jama'ah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Tuhan kita 'Azza Wa Jalla, turun setiap malam ke langit dunia, tatkala malam tinggal sepertiga akhir, dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku pasti akan Aku kabulkan, barangsiapa yang memohon kepada-Ku pasti akan Aku perkenankan, dan barangsiapa yang meminta ampun kepada-ku pasti akan Aku ampuni.'"

Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadith yang bersumber dari 'Amr bin 'Absah dan mengatakan bahawa hadith ini adalah atas syarat Muslim, bahawa 'Amr bin 'Absah mengatakan yang bermaksud:

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sedekat-dekat hamba kepada Allah, ialah pada sepertiga malam terakhir. Maka jikalau engkau dapat termasuk golongan orang yang berzikir  kepada Allah pada ketika itu, usahakanlah."

Diriwayatkan pula oleh Jamaah selain al-Turmudzi yang bersumber dari 'Abd Allah ibn 'Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud. Sembahyang yang paling disukai oleh Allah ialah sembahyang Nabi Daud juga. Beliau tidur separuh malam dan bangun pada sepertiga akhirnya, kemudian tidur seperenamnya dan beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari."
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 04:16 PM | Show all posts
betulkah solat sunat tahajjud boleh diqada sebanyak 12 rakaat 6 salam sekiranya kita tidak tersedar pada malamnya..dengan syarat kita selalu membuat solat sunat tahajjud pada tiap2 malam..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 04:57 PM | Show all posts
Terdapat berbagai cara untuk melakukan sembahyang Tahajjud. Kesemua ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Adapun cara-cara itu adalah sebagai berikut:

a. Cara yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., iaitu:
"Bahawa Rasulullah s.a.w bangun dari tidurnya, lantas bersugi dan berwuduk. kemudian baginda mambaca awakhir surah Ali Imran. Setelah itu baginda berdiri dan sembahyang dua rakaat dengan memanjangkan berdiri, rukuk dan sujud. Sesudah itu Baginda tidur agar sebentar,  kemudian bangun dan melakukan sebagaimana yang dilakukan tadi. Demikianlah berulang-ulang hingga sampai tiga kali sembahyang. Dan Baginda akhiri Tahajjudnya itu dengan tiga rakaat witir. Ketika Azan Subuh dikumandangkan oleh muazzin, Baginda keluar untuk pergi ke masjid, ketika itu Rasulullah s.a.w. membaca doa yang bermaksu:
"Ya Allah! Jadikanlah di dalam hatiku cahaya yang cemerlang pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikanlah pada penglihatanku cahaya yang cemerlang, jadikanlah di belakangku cahaya yang cemerlang dan di hadapan ku cahaya yang cemerlang. Jadikanlah dari atasku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemelang. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang."

b. Cara yang diterangkan oleh Aishah, iaitu:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. membuka sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian bersembahyang sebanyak 10 rakaat sunat Tahajjud dengan lima salam, akhirnya Baginda melakukan sembahyang Witir sebanyak satu rakaat."

Di dalam riwayat yang lain, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengerjakan dua rakaat Iftitah kemudian sembahyang Tahajjud sebanyak enam rakaat dengan tiga salam. Akhirnya mengerjakan sembahyang Witir lima rakaat dengan satu tasyahhud dan satu salam.

Sementara dalam riwayat yang lain pula, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengerjakan sembahyang Tahajjud sebanyak lapan rakaat dengan dua Tasyahhud dan dua salam. Kemudian melakukan sembahyang Witir sebanyak tiga rakaat.

c. Cara yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, iaitu:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan sembahyang Tahajjud sebanyak lapan rakaat dengan empat salam, kemudian sembahyang sunat Witir sebanyak satu rakaat."

d. Cara yang diterangkan oleh Al-Sa'ib Ibn Yazid, iaitu:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. mengerjakan sembahyang malam itu sebanyak 13 rakaat. yang terdiri dari dua rakaat sembahyang Iftitah, lapan rakaat sembahyang sunat Tahajjud dan tiga rakaat sembahyang sunat Witir."

Demikian beberapa cara melakukan sembahyang sunat Tahajjud yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang kesemuanya diakhiri dengan sembahyang satu rakaat Witir. jika kita hendak melaksanakan sembahyang Tahajjud, bolehlah kita pilih salah satu daripada cara yang kita sukai berdasarkan riwayat di atas.

Namun, kalau dirasakan berat, memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat, tetapi dilakukan berterusan setiap malam. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang di riwayatkan oleh Bukhari dam Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah s.a.w. di tanya oleh salah seorang sahabat, maksudnya:

"Apakah amal yang paling disukai oleh Allah?" Rasulullah menjawab, "Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.381699 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list