CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: tobby

Kelantan ready to ban purdah

[Copy link]
Post time 17-10-2009 06:16 PM | Show all posts
39# sirrikhafi


masyaAllah bolehkah aku katakan yg aku cukup pening!?

sirrii......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 10:41 AM | Show all posts
41# ussopp
Akak nak tumpang pening sekali soppp!!!

Ustazzzzz,
Bagi saya purdah itu islamik dari segi bahasa AlQuran.
i xberani cakap purdah itu islamik dari sisi sunnah kerana iamenuntutkan pembuktian& kesaksian mata sedangkan i hanyalah umatakhir zmn yg telah terpisah dgn nabi SAW selama 1400 tahun.


Kalau dah wajib dr sudut Quran, kenapa x berani cakap islamik dr sisi sunnah? Ada kemungkinan ke Nabi x ikut Al Quran? Atau... boleh ke me nak buat lawak bodoh, Nabi memang x pakai purdah pun jadi x sunnah.

Well, kita ikut Al Quran ye, based on Surah Al Ahzab td tu, apakah WAJIB dipakai setiap kali berada bersama non mahram? errr... to be honest, sukarrrnyaaaaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 11:10 AM | Show all posts
Salam...

Perintah ber-Jilbab tu ada dalam Al-Quran. Konteks melabuhkan tutup muka dan dada (Jilbab) tu boleh ditafsir berbeza sebagai melabuhkan pakaian tutup aurat melainkan yang zahir.

Dan yang zahir tu pun ada khilaf, ada Ulama kata muka dan dua tapak tangan secara ringkasnya.

Penerangan Ibn Abbas RA menyatakan 'yang zahir' tu dibolehkan nampak bila berada di rumah, bukan semasa keluar rumah. Bila di rumah, yang zahir tu termasuk muka, celak, inai dan cincin, boleh dinampakkan.

Kalau ada yang kata ada hadith sahih pasal boleh nampak muka, tentunya kalau dikaji lagi juga boleh didapati banyak hadith sahih tentang tutup muka. Perbezaan ini atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Contoh hadith sahih full hijab/Jilbab:
عن ابن شهاب قال حدثني عروة بن الزبير وسعيد بن المسيب وعلقمة بن وقاص وعبيد الله بن عبد الله بن عتبة بن مسعود عن عائشة رضي الله عنها زوج النبي صلى الله عليه و سلم حين قال لها أهل الإفك ما قالوا وكلهم حدثني طائفة من حديثها وبعضهم كان أوعى لحديثها من بعض وأثبت له اقتصاصا وقد وعيت من كل رجل منهم الحديث الذي  حدثني عن عائشة وبعض حدثيهم يصدق بعضا وإن كان بعضهم أوعى له من بعض . قالوا  : قالت عائشة كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه...إلى قولها...فأصبح عند منزلي فرأى سواد إنسان نائم فعرفني حين رآني وكان رآني قبل الحجاب فاستيقظت باسترجاعه حين عرفني فخمرت وجهي بجلبابي والله ما تكلمنا بكلمة ولا سمعت منه كلمة غير استرجاعه الخ

Ibn Shihaab narrates from Ayesha (May Allah Ta'ala be pleased with her) that when Nabi صلى الله عليه وسلم would intend going out on a journey he would draw lots between his spouses...until the portion...he came to the spot where I was sleeping and noticed the shape of a human. He immediately recognised me since he saw me before the laws of hijab were revealed. I woke when he claimed Inna lillahi. I covered my face with my jilbab. By Allah, we did not speak a single word not did I hear a letter from him besides Inna lillahi. (Narrated by Bukhari and Muslim)


Jadi macamana nak amalkan?  Ikutlah saranan Ulama Mujtahid, ke-empat-empat Ulama Mujtahid ASWJ menyatakan adalah keperluan bagi wanita untuk tutup muka (full hijab). Dalilnya banyak dan sudah terbukti. Kalau kita minta bukti lagi, dan kalau dibuktikan depan mata, adakah kita nak terima?

Persoalan untuk meringankan hukum hijab ni berlaku bila ada khilaf Ulama. Bila ada khilaf, ada sikit kelonggaran, dan kalau ikut yang longgar tu, janganlah pula anggap yang amal full hijab tu ekstrim.

Dan semasa menunaikan Haji dan Umrah semasa berihram, memang kena tak boleh tutup muka. Masa Ihram itu adalah masa berpantang macam-macam yang halal pun jadi tak boleh, jadi ada hikmahnya untuk muka dibuka.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 11:24 AM | Show all posts
pening sebab terma-terma ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 06:05 PM | Show all posts
44# ibnur

No lah! Pening sebab penerangan mcm kontra. Dah bg dalil wajib jilbab pastu kata muka x aurat.
Dah bagi dalil wajib ikut Quran pastu kata x berani bg dalil ikut sunnah. I think tuan sirri kena revise cara penerangan.
Rakyat marhaen mcm hamba nih, mudah pening.

Apa2 pun tkasih pd tuan MnM. Penerangan yg lebih jelas.
Cuma nak tanya... mengenai "yg zahir" yg tuan kata tu, kalau kat rumah ada non mahram, mcm mana?
Me ada kawan, be it kat luar rumah atau pun dlm rumah, kalau ada non mahram even depan ipar pun dia tetap berjilbab dgn lengkap. I do respect her. Yg ni la me kata sukarnya!

Yup! Betul, ada byk hadis sahih pasal boleh nampak muka tp ada juga hadis sahih yg suruh tutup muka. Pernah baca buku mengenai niqab long time ago. Byk hujah2 yg menjurus kpd wajib. Since the book is not with me, x leh nak quote dalil2nya. Tp i can still remember di antaranya hujah spt hadis yg tuan mnm berikan. Cuma terkilan kenapa ada scholars  yg mengatakan niqab ni bukan sebahagian dr Islam. Tak terkecuali Nik Aziz. Apabila scholars yg dikenali dan dihormati ni buat kenyataan, manusia amat mudah menerima. Atau nak salahkan media membuat silap laporan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 06:14 PM | Show all posts
40# richard303
Pd me, since ianya khilaf, so i respect those yg nak ambil pendapat yg mana2 pun. Cuma jgn sesekali kata ia x de kaitan dgn Islam atau pun nak ban semata2 atas alasan keselamatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2009 06:16 PM | Show all posts
45# HOTlips

yup.....very2 unsettling...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 07:32 PM | Show all posts
Dah bagi dalil wajib ikut Quran pastu kata x berani bg dalil ikut sunnah.


Kebelakangan nih i cenderung utk tidak berhujjah dgn dalil Sunnah @hadis kerana ada hadis mutawatir yg mengatakan bahawa org yg berdusta atas nama nabi maka neraka lah tempatnya!
sebab itu saya lebih mengutamakan ijtihad dgn AlQuran dari berdalilkan hadis
(mcm mazhab hanafi).
kerana beratnya ancaman mendustakan sesuatu atas nama nabi!

kalau dalil AlQuran dah tentu konfem dari sisi ALLAH.
berbeza dgn hadis yg perlu di qualify kan martabat kesahehan hadis itu terlebih dahulu.
maka sebab itulah ulamak mujtahid mengatakan dalil Sunnah@ dalil hadis tentang hukum cabangan (furu') itu hanyalah berdasarkan sangkaan yg baik semata-mata shj.
berbeza dgn AlQuran, dalil yg dah memang konfem dari sisi ALLAH akan kewajipannya.

Yup! Betul, ada byk hadis sahih pasal boleh nampak muka tp ada juga hadis sahih yg suruh tutup muka. Pernah baca buku mengenai niqab long time ago. Byk hujah2 yg menjurus kpd wajib.


Nah! di situlah kewujudan khilafnya bila berdalilkan Sunnah@ hadis-hadis yg berlawanan.
adapun setiap hujjah itu ada tingkatan kekuatannya sedangkan hujjah AlQuran itu lebih tinggi& kuat serta kukuh dari hujjah hadis.
maka sebetulnya, syariat islam itu haruslah ditegakkan dgn dalil-dalil yg kukuh seperti AlQuran terlebih dahulu. barulah di ikuti dalil-dalil hadis seperti dlm masaalah purdah, niqab dsbnya.

Cuma terkilan kenapa ada scholars  yg mengatakan niqab ni bukan sebahagian dr Islam. Tak terkecuali Nik Aziz. Apabila scholars yg dikenali dan dihormati ni buat kenyataan, manusia amat mudah menerima.


Sebetulnya mereka pun punya dalil yg menyebabkan mereka cenderung berpendapat sedemikian.
Islam menuntut manusia membawakan dalil &bukti-bukti yg kukuh dari ALLAH SWT.
sedangkan perbuatan zina pun memerlukan saksi 4 org yg adil. inikan sunnah nabi muhammad SAW.
maka tentulah sulit membuktikannya jika kita tidak hidup sezaman dgn nabi muhammad SAW.
nah,
inilah yg di panggil KESAMARAN di dlm menentukan sunnah-sunnah nabi muhammad SAW.
perkara ini telah di alami sendiri oleh imam-imam mujtahid pdhal mereka itu generasi tabi'ut-tabiien .
sedangkan kita pulak adalah umat akhir zaman.
di sebabkan wujud perbezaan maklumat tentang sunnah &hadis lah yg menyebabkan khilafiyah di kalangan para ulamak di sepanjang sejarah islam.
so,
kita utamakanlah dalil@ hukum yg telah jelas. barulah di ikuti dalil@ hukum yg samar-samar.

sesungguhnya perbezaan pendapat adalah rahmat.
sedangkan perselisehan &perpecahan itu adalah bala.  




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 09:30 PM | Show all posts
Pd me, since ianya khilaf, so i respect those yg nak ambil pendapat yg mana2 pun. Cuma jgn sesekali kata ia x de kaitan dgn Islam atau pun nak ban semata2 atas alasan keselamatan.



Nak mengaitkan sesuatu perkara dgn islam itu mestilah di buktikan dahulu dgn dalil yg kukuh dari AlQuran.

kalaulah purdah itu tradisi islam, sudah tentulah ianya di syariatkan di dlm solat, haji, umrah dsbnya.

nah,
inilah teori qias tentang mengapa wujud sebahagian ulama' mengatakan purdah, niqab dsbnya itu bukan tradisi islam.
namun purdah itu adalah perkara yg baik &ALLAH pun xlarang jika sesiapa nak pakai purdah, niqab dsbnya.
kerana ia selaras dlm mengamalkan kewajipan jilbab.
itu shj....ada yg xclear lagi ker wahai kak hotlips yg di rahmati ALLAH....





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 12:25 AM | Show all posts
.very2 unsettling...



Perkara khilafiyah di kalangan manusia hanya akan settle di akhirat. Kita di dunia hanya di tuntut mengikuti apa yg jelas dari sisi ALLAH &sememangnya bukti kebenaran AlQuran itu jelas &terang benderang.


Dan tidaklah berseliseh org-org yg di beri Kitab kecuali dari sesudah ilmu datang kpd mereka kerana dengki antara mereka.
dan barangsiapa kafir dgn ayat-ayat ALLAH maka sesungguhnya ALLAH sangat pantas perhitungannya.
Ali 'imran: 19

Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka dari sesudah apa yg telah datang kpd engkau dari ilmu, sungguh jika begitu nescaya engkau dari org-org yg zalim.
Al-Baqarah: 145.

Itulah umat yg sungguh telah berlalu. bagi mereka apa yg telah mereka usahakan dan bagi kamu apa yg kamu usahakan. dan kamu sekali-sekali tidak akan di tanya dari apa yg dahulu mereka kerjakan.
Al-Baqarah: 141.


Sunnah &para sahabat telah berlalu.....kita adalah umat akhir zaman....Tuhan memahami kesusahan &kesamaran kita!



Tuhan kami! janganlah engkau bebankan ke atas kami akan beban yg berat

(isr: perjanjian, beban bai'at, ijazah, syahadah dll)
sepertimana telah ENGKAU bebankannya ke atas org-org dari sebelum kami!
Al-Baqarah: 286.



ALLAH tidak akan beban ke atas umat akhir zaman ini sepertimana yg DIA telah bebankan ke atas org-org terdahulu dari kita yakni ahlulbait &sahabat.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:31 AM | Show all posts
49# sirrikhafi
Loud n clearrr!!! Macih. Lenkali bila bg penerangan, bg LOUD n CLEAR mcm nih ek???
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 12:58 PM | Show all posts

Cuma nak tanya... mengenai "yg zahir" yg tuan kata tu, kalau kat rumah ada non mahram, mcm mana?
Me ada kawan, be it kat luar rumah atau pun dlm rumah, kalau ada non mahram even depan ipar pun dia tetap berjilbab dgn lengkap. I do respect her. Yg ni la me kata sukarnya!
HOTlips Post at 18-10-2009 18:05


Islam ada tetapkan batas-batas Syari'at dalam etika berpakaian. Dalam Al-Quran disebut, pakaian Taqwa adalah pakaian yang terbaik.

Nak beramal bukannya mudah, apatah lagi kalau Iman dan Taqwa belum sempurna terbentuk. Bagi yang dapat ikut Taqwa, mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada fatwa untuk beramal.

Tujuan fatwa dikeluarkan adalah untuk memudahkan orang awam beramal. Dan bila ada berlaku khilaf Ulama, ia adalah rahmat untuk meringankan sedikit kepada umat... dan sebaiknya Taqwa lah yang perlu diutamakan....kalau belum sampai ke maqam Taqwa, kenalah bermula dengan fatwa...( ada khilaf dan ada kelonggaran dalam isu khilaf )

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2009 02:49 AM | Show all posts
http://fadlan-mohd-othman.blogsp ... ongsi-maklumat.html
Assalamu alaikum kepada semua ikhwah yang disegani,

Saya ingin berkongsi satu persoalan yang menjadi satu pengalaman baik. Pada minggu lepas, seorang Professor Malim dari Universiti of Jordan telah berkunjung ke Jabatan kami (Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah). Di dalam sesi pertama iaitu Isnin 19 Oktober, semasa soal jawab, seorang pensyarah telah bertanya beliau berkenaan dengan kemelut yang berlaku di Mesir di mana al-Shaykh al-Tantawi telah menyatakan bahawa beliau akan mengharamkan penggunaan ‘niqab’ di institusi pengajian di Mesir, lalu Professor Malim itu (Proffesor Dr Muhammad Khazir al-Majali) menjawab antara lain seperti berikut, “Shaikh al-Tantawi telah menziarahi sebuah sekolah perempuan. Apabila beliau masuk ke satu bilik darjah, guru kelas itu menutup wajahnya dan begitu juga dengan seorang pelajar. Al-Shaikh al-Tantawi bertanya kenapakah pelajar itu menutup wajahnya, lalu pelajar itu mengatakan bahawa hukumnya wajib. Al-Tantawi menyuruh pelajar itu membuka niqabnya dan mengatakan ianya tidak wajib dan tiada dalam Islam. Guru kelas itu mempertikaikan jawapan beliau dan beliau marah. Apabila pelajar tersebut telah membuka niqabnya, al-Tantawi mengatakan ‘Wajah awak tak cantik, bagaimana jika wajah awak cantik?’ Kemudian beliau mengumumkan bahawa beliau akan menghalang penggunaan niqab di institusi pengajian. Akan tetapi al-Shaikh al-Tantawi telah pun menarik balik pengumuman menghalang penggunaan niqab itu tidak lama kemudian.”
Pengajaran yang dapat digarap daripada peristiwa tersebut mengikut apa yang saya faham daripada ulasan Prof. Dr Muhammad al-Majali:
1- Seorang yang alim sepatutnya tidak mudah diganggu emosinya dengan teguran orang lain terhadapnya.
2- Kenyataaan al-Tantawi terhadap pemakaian niqab bahawa ianya tidak wajib dan tiada dalam Islam adalah silap kerana perkara tersebut ada dalam Islam.
3- Individu-individu muslim sepatutnya bertoleransi dalam perkara yang khilaf dan tidak sewenang-wenangnya menolak pendapat yang bertentangan dengan pendapat yang dipegangi.
4- al-Shaikh al-Tantawi telah menarik balik kenyataannya tentang Niqab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2009 03:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.129584 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list