View: 2325|Reply: 11
|
PEMUDA BERIBU - BAPAKAN BABI
[Copy link]
|
|
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus denganAllah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik keBukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.
Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terusberjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari didalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjayabertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliaudipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik danmelakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawaseekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. NabiMusa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itudilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula kedalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawapula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dandibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium denganpenuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apaagama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam."Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu."Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalahibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soaldosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Akusebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hariaku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihattadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakantugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Akubermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yangsebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itulagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurgananti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya.Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telahberada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kamipindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosaibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini jugahendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hinggake peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapakita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukanurusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayangsebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukanurusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supayakedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yangbaik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alamkubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaranwang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialahdengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik disisi Allah.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kaseh .. satu cerita yg besar makna tuk aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmm ...thanks byk hikmah dari cerita ini |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah dengar cerita ni. Teringat kat mak n bapa ku yg jauh. Apakan dayaku |
|
|
|
|
|
|
|
huhu,menginsafkn...tq for the info |
|
|
|
|
|
|
|
sbg seorang anak, kisah ini patut dijadikan teladan dan ambil ikhtibar dr kisah ni...
susah nk jumpa anak mcm ni zmn skang.. ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak mintak ampun kat mak aku |
|
|
|
|
|
|
|
mashaAllah..... terharunya.........
thanks for sharing.... |
|
|
|
|
|
|
|
arwah adik selalu citer pasal kesah nih..... sedih sgttt!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sedehnyer... sayangi la ibu bapa seperti nyawa kita sendirk.... |
|
|
|
|
|
|
|
oerbanyakkan lagik cerita tauladan spt ini
supaya aku leh print utk mak bapak aku
terutama skali MERTUA AKU |
|
|
|
|
|
|
| |
|