CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2331|Reply: 3

Hikmah musibah menjelang Syawal

[Copy link]
Post time 11-10-2009 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Hikmah musibah menjelang Syawal
    Oleh Faizal Tahir
[email protected]
               

     Penulis (dua dari kanan) bersama Lan, Noh Hujan dan Aizat pada rakaman Akustika Raya TV3 di Seri Pentas 2, Shah Alam.

                   ASSALAMUALAIKUM.Hari ini genaplah 22 hari kita menyambut Syawal dan dalam kesempatanini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batinkepada semua pembaca setia B*Pop. Diharapkan Syawal kali ini memberi1001 makna yang baru kepada anda semua. Saya juga ingin memohonkemaafan sekiranya selama ini ada yang terasa mahupun terguris hatidengan apa saja yang dipaparkan dalam ruangan saya selama ini. Yangbaik itu datang daripada Allah, yang buruk, daripada diri saya sendiri.

Di dalam kemeriahan kita menyambut hari kemenangan ini, setiapinsan menyambutnya dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yangmenyambutnya secara mewah, ada yang bersederhana, ada juga yang kurangbernasib baik dan tidak mampu menyambut Syawal dengan kelengkapan dankeperluan yang cukup. Oleh itu, di dalam keghairahan kita menyambutSyawal, janganlah kita sesekali lupa kepada mereka yang lebihmemerlukan, supaya mereka dapat sama menikmati sambutan Hari Rayadengan umat Islam lain di Malaysia dan juga serata dunia.

Kita semua tidak terlepas daripada menghadapi dugaan dan ujiandaripada Yang Maha Esa. Dugaan daripada-Nya datang di dalam pelbagaibentuk dan cara. Bagi saya, Syawal tahun ini tidak kurang memberi sayapelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa saya hadapi. Menjelang bulanmulia ini, kemeriahan sambutan Syawal ini diberi satu ujian apabilasaya terpaksa menjalani pembedahan lutut, tiga hari sebelum Hari Raya.
        Selepas menjalani pembedahan itu, aktiviti danpergerakan saya terpaksa dihadkan, sejajar dengan keperluanrehabilitasi yang perlu diikuti sebagai sebahagian daripada prosespemulihan saya. Oleh itu, perkara ini sedikit sebanyak membataskanpergerakan saya semasa menyambut Syawal.
                                  Sejakpembedahan itu, saya banyak menghabiskan masa di rumah dan berulangalik ke hospital bagi proses pemulihan. Selain itu, semua show terpaksasaya batalkan kerana daya fizikal saya belum mampu lagi untuk memikultugas yang diperlukan bagi memenuhi jemputan berkenaan.

Antara show yang terpaksa dibatalkan termasuklah persembahandi negara yang saya belum pernah berpeluang mengadakan persembahaniaitu di Singapura, Brunei Darussalam dan juga International Music Festdi Australia. Walaupun berat hati memikirkan aktiviti kerja dan Syawalkian terjejas, saya reda kerana saya akur ia bertujuan membolehkan sayapulih kembali seperti asal dan itulah perkara yang paling penting dalamproses pemulihan post-operation.

Bukan saya seorang saja yang terpaksa menempuh pelbagai dugaandan ujian Allah di kala menjelangnya Syawal, malah ramai rakan taulanjuga terpaksa mengharungi situasi yang mencabar dan menguji kesabaran.Baru-baru ini, seorang sahabat baik, yang juga pengurus yang menjagasaya di bawah naungan The 8-unit, Eddy terbabit dalam satu kemalanganjalan raya yang serius.

Dia kini sedang dirawat di hospital untuk menjalani beberapaproses pembedahan bagi memulihkan keadaannya yang agak kritikal. Beritamengenai kemalangan beliau begitu mengejutkan saya dan membuatkan sayatergamam seketika selepas mendengar betapa seriusnya kerosakan yangdialami serta keadaan kesihatannya apabila menempuh kemalangan yangngeri itu.

Bagaimanapun, kita harus bersyukur dengan setiap ujian yangdatangnya daripada Allah kerana ia menunjukkan bahawa Dia masih memberitumpuan pada kita dan kita keluar daripada ujian itu dalam keadaan yangsihat dan masih bernyawa, Alhamdulillah, pujian bagi Allah. Sayamendoakan agar Eddy selamat dan segera pulih serta berharap agar ahlikeluarga beliau sabar dalam menempuhi ujian ini. Insya-Allah, semuanyaakan selesai secepat yang mungkin.

Pun begitu, dalam setiap kesusahan, pastinya ada kesenangan.Di dalam situasi saya, walaupun pelbagai show terpaksa ditolak dandibatalkan, ini bermakna saya berpeluang untuk berehat di rumah iaitusesuatu yang sangat jarang dapat dilakukan saya sebelum ini, terutamaminggu-minggu akhir sebelum tibanya Syawal.
                                Sebelumini, jadual kerja saya begitu padat dan masa untuk berehat begituterhad, apatah lagi masa untuk dihabiskan bersama keluarga. Sekarangini, walaupun berada di dalam tahap fizikal yang agak kurang selesa,saya bersyukur kerana dengan ini, saya berpeluang menikmati masa rehatdengan sebaik yang mungkin. Dalam pada itu, saya juga berpeluangmenggunakan masa terluang ini dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepadapembikinan album kedua saya yang mana pengeluarannya menjadi persoalanutama oleh khalayak umum sejak tahun lalu.

Alhamdulillah, boleh katakan di sini bahawa sehingga kini,empat buah lagu berjaya disiapkan dan perkara ini tidak mungkin akanmenjadi kenyataan sekiranya saya tidak diberi ‘cuti’ yang panjang inisebagai susulan kepada pembedahan yang dijalankan.

Kesimpulannya, walaupun Syawal saya pada kali ini dipenuhipelbagai ujian fizikal dan mental, pelbagai juga hikmah yang diperolehdaripada kesusahan itu. Saya bersyukur kerana selepas sekian lama,proses pembikinan album kedua saya sedang berada pada tahap yang amatmemuaskan dan menunjukkan peningkatan yang progresif.

Saya juga bersyukur, dalam masa ini juga, saya dapatmeluangkan masa bersama keluarga, ibu bapa serta adik beradik yang lainkerana tidak berpeluang melakukan demikian sebelum ini kerana komitmenkepada kerjaya saya yang agak padat. Tetapi, ia tidak akan berakhir disini, kerana kita ada beberapa hari lagi sebelum berakhirnya Syawal.

Saya berharap dapat menggunakan selebihnya Syawal ini dengansebaik yang mungkin dalam usaha merapatkan silaturahim antara keluargadan juga rakan-rakan, Insya-Allah. Sekali lagi saya mengucapkan kepadasemua pembaca B*Pop, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Wassalam.

Bipop Berita Harian 11.10.09
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2009 09:17 PM | Show all posts
Melodi semalam FT perform di Rumah Terbuka PNB walaupun bertongkat dan jalan sakit2

http://www.tv3.com.my/Shows/EpHi ... 0&VideoID=38618

P/S : comel tengok FT, wifey dan anak2 sedondon time raya dan wedding their friend bebaru ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2009 09:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 12-10-2009 21:20

edited double posting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2009 09:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 12-10-2009 21:22

triple post edited
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.901295 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list