View: 3781|Reply: 0
|
Seekers & Incredible Tales 2 [NTV7 - Rabu @ 8.30pm]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 22-10-2009 10:45
Seekers musim kedua lebih menyeramkan
![](http://www.bharian.com.my/Thursday/Hip/20091022082401/mainpix1.jpg)
Izreen Azminda dan Abdullah.
| BANYAK kejadian aneh boleh berlaku apabila tiba waktu malam. Kejadian aneh yang masih tinggal misteri, mesej daripada dunia ghaib dan dunia paranormal tentunya sebuah khazanah menakjubkan dan menggerunkan.
Pemburu aksi seram dalam program Seekers & Incredible Tales kembali untuk musim kedua yang akan disiarkan di ntv7 setiap Rabu 8.30 malam.
Lebih menyeramkan suasana, rancangan yang menghantui jutaan rakyat Malaysia dengan visual yang mengerikan kembali dengan wajah baru seperti Abdullah (Lah) dan Izreen Azminda (Izreen) sebagai penyiasat. Gandingan mereka ini pasti meninggalkan kesan yang lebih hebat.
Dengansegmen yang menyaksikan mereka menerokai lokasi hanya berbekalkan kamera video, penonton pastinya mendapat kelainan dengan corak format rancangan kali ini yang masih mengekalkan segmen sukarelawan.
Aktiviti paranormal adalah suatu perkara yang lazim buat Lah berlainan dengan Izreen, seorang gadis biasa yang tidak pernah melihat kejadian paranormal. Lah tentunya berjaya menambahkan lagi faktor seram sejuk rancangan ini dengan kebolehannya ‘melihat’ makhluk halus dan bakat artistiknya, dia melakar entiti paranormal yang di kesannya dilokasi.
Lakaran berkenaan kemudian dipamerkan pada saksi aktiviti paranormal di lokasi berkenaan untuk pengesahan. Kali ini, pemburu aktiviti paranormal dibekalkan dengan pengesan EMF dan pengesan bunyi.
Menerusi Seekers, pemuda yang mempunyai anugerah istimewa ini mula melebarkan sayapnya ke dalam bidang seni dengan percubaan pertamanya dalam Seekers. Manakala, jelitawan yang bernama Izreen pernah mencuba nasib sebagai pelakon dalam beberapa produksi seperti Otai, Gerak Khas, AirMata Maria, Bella selepas berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Dewi Remaja.
Lokasi penggambaran rancangan yang akan disiarkan sebanyak 13 episod ini termasuklah di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Setiap tempat memiliki kisah terpendam yang perlu diceritakan daripada kejadian pontianak, tangisan terseksa meminta tolong daripada roh yang terperangkap di rumah berhantu kepada serangan paranormal terhadap seluruh perkampungan.
Saat cemas anda di rumah bakal ditambah dengan kisah paranormal yang diilhamkan dari kejadian sebenar termasuklah cerita hantu daripada penulis Russell Lee (True Ghost Story) dan banyak lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|