View: 1623|Reply: 0
|
Langkah yang diumumkan di dalam Bajet 2010 tidak cukup radikal
[Copy link]
|
|
Tidak cukup rangsang ekonomi baruKUALA LUMPUR 30 Okt. - Langkah yang diumumkan di dalam Bajet 2010tidak cukup radikal untuk merangsang model ekonomi baru bagi jangkapendek dan sederhana, kata Ketua Ekuiti HwangDBS Investment ManagementBhd., Gan Eng Peng.
Katanya, langkah itu juga tidak membantu kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
''Ia agak mengecewakan kerana kerajaan selalu memperkatakan mengenaimodel ekonomi baru dan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
''Sebahagian daripada langkah yang diambil hanya mengambil kira isustruktur semasa yang dihadapi perniagaan daripada efisiensi danperspektif sumber manusia, tetapi ia terlalu sederhana untuk merangsangperubahan besar yang diperlukan untuk membina model ekonomi baru,''katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini.
Sementara itu, katanya, secara keseluruhan Bajet 2010 adalah neutral kepada pasaran saham
Katanya, walaupun terdapat langkah spesifik yang diumumkan yangdapat memacu saham individu, langkah tersebut tidak memadai untukmembantu pasaran saham sama ada secara positif atau negatif.
''Kita perlu mengambil kira bahawa kerajaan sedang beroperasi dalamkeadaan bajet defisit, oleh itu terdapat ruang yang sedikit untukmerangsang ekonomi.
''Pemotongan cukai atau langkah pengurangan perolehan kerajaan perludi sokong oleh kenaikan serta kutipan cukai di bahagian lain. Oleh itu,kesannya adalah neutral,'' tambahnya.
Tambah Eng Peng, sebagai contoh, pengurangan cukai pendapatanindividu dan korporat perlu disokong oleh pengurangan subsidi, cukaitembakau yang tinggi, cukai terhadap permit import (AP) dan cukaikeuntungan hartanah.
''Memandangkan jangkaan bajet kali ini tidak terlalu tinggi, bajetneutral yang dibentangkan bermakna telah menepati ramalan awal,''jelasnya.
Selain itu, katanya, sektor hartanah telah menarik perhatian denganpelaksanaan lima peratus terhadap keuntungan penjualan hartanah telahmemberi kesan negatif kepada spekulator hartanah.
''Kami menjangka reaksi kejutan sementara, tetapi ia tidak akan memberi kesan teruk kepada sentimen positif pasaran hartanah.
''Kami merasakan aliran tunai tersembunyi pasaran hartanah dankekurangan peningkatan harga akan membantu mengurangkan kesankejatuhan,'' katanya.
Eng Peng berkata, kesan negatif akan diimbangkan dengan membenarkanpencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menggunakansimpanan mereka untuk mendapatkan kadar pembiayaan rumah tinggi.
Saham hartanah di dalam FMBKLCI 100 kurang daripada tiga peratus,oleh itu reaksi negatif akan mengurangkan kesan kepada pasaran.
Hartanah Johor akan mendapat manfaat daripada bajet. Pemotonganradikal cukai pendapatan daripada 26 peratus kepada 15 peratus untukpekerja di Iskandar Malaysia akan membantu melonjakkan saham-sahamhartanah ini.
Eng Peng berkata, unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalahsebanyak dua hingga tiga peratus bagi 2010 adalah rendah berbandingjangkaan orang ramai sebanyak 4.2 peratus.
Utusan
bajet apa lak yg lebih praktikal??? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|